omniture

Dar Al Arkan Lancar Mirabilia, Pembangunan Vila SR 600 Juta di "Shams Ar Riyadh" bernilai SR 10 bilion dengan Hiasan Dalaman oleh Roberto Cavalli

Dar Al Arkan
2018-05-15 04:52 544

RIYADH, Arab Saudi, 15 Mei 2018 /PRNewswire/ --

Dar Al Arkan, pemaju hartanah terbesar yang tersenarai di Kerajaan Arab Saudi, mengumumkan pelancaran vila kediaman mewah Mirabilia bernilai SR 600 juta dengan hiasan dalaman oleh syarikat fesyen Itali Roberto Cavalli, di Pembangunan "Shams Ar Riyadh" yang bernilai SR 10 bilion.

generated by system

generated by system

Satu majlis telah dianjurkan di Riyadh untuk melancarkan pembangunan dan perkongsian berprofil tinggi dengan jenama fesyen paling terkemuka dengan Itali ini.  Acara ini dihadiri oleh Yousef Bin Abdullah Al Shelash, Pengerusi Dar Al Arkan, Gian Giacomo Ferraris, Ketua Pegawai Eksekutif Roberto Cavalli Group yang terbang ke Riyadh khusus untuk menghadiri majlis ini, serta beberapa pegawai, diplomat, orang kenamaan dan pelabur.

Mirabilia, atau "Marvels" dalam bahasa Latin, mempersembahkan koleksi vila kediaman mewah dengan tiga hingga tujuh bilik yang dibina khusus berkeluasan 300 meter persegi hingga 1600 meter persegi dalam pembangunan penggunaan bercampur bergaya "Shams Ar Riyadh" berkeluasan lima juta meter persegi. Vila kediaman premium yang mempunyai pemandangan hadapan Wadi Hanifa ini akan menampilkan reka bentuk seni bina terhalus dan ekspresi terbaik hiasan dalaman fesyen oleh Roberto Cavalli.  Dinding kaca dari lantai ke siling mengundang pemandangan panorama kehijauan vista Wadi Hanifa yang subur digabungkan dengan hiasan dalaman Roberto Cavalli yang diilhamkan oleh haiwan liar dan alam semulajadi, dalam satu gabungan alami yang harmoni.

Berada di lokasi strategik di King Khalid Road, "Shams Ar Riyadh" yang ikonik ialah pembangunan premium dan merupakan yang pertama seumpamanya di Kerajaan Arab Saudi, direka sebagai "bandaraya di dalam bandaraya" bertaraf dunia. Projek ini terdiri dari ruang kediaman, komersil, hospitaliti dan guna campuran digabungkan dengan kemudahan terbaik untuk gaya hidup eksklusif.

"Shams Ar Riyadh" merupakan komuniti serba lengkap yang menzahirkan kemewahan dan keanggunan dalam setiap komponennya: kediaman, komersial, Pendidikan, perubatan, rekreasi dan keagamaan.  Ia menampilkan pusat jualan yang meriah, restoran dan kafe antarabangsa legenda kulinari bertaraf dunia yang terbaik, berhadapan dengan lanskap dan laluan hijau yang subur, kawasan permainan kanak-kanak, sekolah, klinik, pejabat kerajaan dan masjid.

Pelaburan kerja infrastruktur setakat ini sudah melebihi SR 1 bilion, termasuk dua substesyen janakuasa dan jalanraya utama.

Saudi Basic Industries Corporation (SABIC), memeterai perkongsian strategik bersama "Shams Ar Riyadh" untuk mewujudkan persekitaran kediaman yang luar biasa dengan kewujudan bandar yang membahagiakan untuk pekerja dan keluarga mereka. Kompleks Kediaman SABIC terdiri dari 600 unit kediaman lengkap yang dibina di atas kawasan seluas 1.8 juta meter persegi. Ramai ahli pasukan SABIC yang berpindah masuk mulai tahun 2017.

Yousef Bin Abdullah Al Shelash berkata: "Mirabilia akan menafsir semula kehidupan mewah, menawarkan penghuninya dengan pengalaman eksklusif di Riyadh ini sendiri, dalam lanskap unik yang luas yang menggabungkan kemewahan bandar yang disusun teliti daripada syarikat fesyen mewah Itali Roberto Cavalli dengan tema Wadi Hanifa yang memukau. Bluprin baharu Mirabilia akan menetapkan rentak bagi wilayah yang menakjubkan di ibu negara, Riyadh. Saya gembira dengan perkongsian kami bersama-sama Roberto Cavalli Group, yang merangkumi makna sebenar kemewahan dan merupakan jelmaan kecantikan, reka bentuk dan kesenian."

Gian Giacomo Ferraris mengulas: "Kami teruja untuk memasuki sektor harta tanah Arab Saudi buat pertama kali sebagai satu kumpulan melalui projek yang futuristik yang mempersonafikasi ekstravaganza moden. Keindahan hidupan liar Wadi Hanifa, digabungkan dengan kecanggihan reka bentuk seni bina dan lanskap, kediaman moden dan panorama luar dan dalam Mirabilia yang menarik, akan membantu reka bentuk kami melangkau peraturan sekali lagi untuk menyampaikan koleksi gaya individu yang eksotik dan pengalaman kepada keluarga dan pelabur Saudi yang sofistikated yang telah memilih keajaiban Mirabilia sebagai kediaman pilihan mereka."

daralarkan.com

@DarAlArkanDev; #DarAlArkan; #MirabiliaLaunch; #ShamsArRiyadh

robertocavalli.com

Source: Dar Al Arkan
Keywords: Real Estate Residential Real Estate New products/services