omniture

IPAN IPAN dan SM FRANCE Lancar Generasi Pertama Meja Luar Yang Mengecas Telefon Pintar

Ipan Ipan
2018-05-15 22:27 445

BORDEAUX, Perancis, 15 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Fungsi mengecas tanpa wayar kini disepadukan dalam semua telefon pintar baharu, yang mengurangkan penggunaan kabel. Hal ini mendorong IPAN IPAN menggunakan teknologi ini dengan pendekatan baharu, memberikan pengguna keupayaan untuk mengecas telefon dengan meletakkannya di atas meja dengan pengecasan induktif yang inovatif.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/8328251-ipan-ipan-sm-france-outdoor-table-charger/

Sangat popular dengan pengguna disebabkan oleh kemudahalihannya, IPAN IPAN percaya teknologi ini akan menjadi sepenting WiFi di kawasan awam. Mengecas telefon pintar di atas meja teres kini menjadi satu perkara biasa.   

SM France, peneraju dunia dalam pembuatan bahagian atas meja luar, dan IPAN IPAN, perintis dalam teknologi pengecasan tanpa wayar, telah bersama-sama membangunkan meja generasi baharu yang membolehkan pengecasan telefon mudah alih. Usaha sama ini bakal melihat teknologi pengecasan tanpa wayar ditambah ke meja-meja dalam kilang melalui proses terpaten, yang memastikan ia turut disertakan.

IPAN IPAN mendakwa keputusannya memberangsangkan dengan talian yang elok. SM France dan IPAN IPAN telah bekerjasama untuk memastikan bahawa teknologi ini hampir tidak kelihatan langsung melainkan pelekat yang terbenam, menunjukkan tempat mengecas dengan tidak ketara.

Hasil daripada proses penyepaduan inovatif ini, bahagian atas meja mengekalkan ciri-ciri yang membina reputasi SM France bersama-sama golongan profesional selama tiga puluh tahun:

  • Bahagian atas meja yang licin sepenuhnya
  • Kukuh dan tidak telap
  • Bahan dan warna tahan lasak
  • Berintangan tinggi terhadap sinar matahari, kelembapan dan kepelbagaian cuaca yang melampau
  • Penjagaan mudah dengan bahan kebersihan

Meja-meja SM France juga dilengkapi dengan 2 port USB untuk telefon yang tidak sesuai dengan pengecasan tanpa wayar. Dikuasakan oleh bateri bersepadu yang kalis air sepenuhnya, meja ini mendapat kelebihan daripada kapasiti 15A/j, menawarkan kira-kira 8 hari autonomi. Selamat daripada kecurian, bateri yang boleh dicas semula boleh ditanggalkan dengan mudah menggunakan kunci khas yang dibekalkan bersama meja. Dengan lebih daripada 350 model yang tersedia, meja-meja generasi baharu ini akan merevolusi bidang teres dan perniagaan.

Latar Belakang IPAN IPAN

IPAN IPAN (http://www.ipanipan.com) ialah syarikat Perancis terkemuka mengkhusus dalam penyelesaian pengecasan tanpa wayar, berusaha untuk kecemerlangan dalam pasaran perabot profesional. Selama lebih 7 tahun, syarikat ini telah menjadi ahli aktif Konsortium Kuasa Tanpa Wayar.

Latar Belakang SM France

SM France (http://www.sm-france.com) telah bergiat dalam pembuatan bahagian atas meja laminat teracu selama 30 tahun. Jenama SM France terkenal di seluruh dunia untuk pelbagai kualiti mereka. Mewujudkan nic kelas atasan dan reka bentuk produk yang sentiasa diperbaharui, SM France menggunakan 100% kayu kitar semula dalam proses pengeluaran.

generated by system

Sumber: IPAN IPAN

Source: Ipan Ipan
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services