omniture

Kemenangan Padu Untuk Jepun, Amerika Syarikat di Terbuka Bangkok

E-Plus Global Sdn Bhd
2018-05-16 02:16 563

TAKAHASHI/GOTTSU KUASAI KEMENANGAN MANAKALA SCARBROUGH/DAVIS RAIH KEMENANGAN JELAJAH DUNIA PERTAMA

BANGKOK, 16 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Ia merupakan hari terakhir penuh aksi di Jelajah Dunia Bola Tampar Pantai Federation Internationale de Volleyball (FIVB) – Kejohanan Terbuka Bangkok 2018 pada hari Ahad. Hari terakhir menyaksikan empat pasukan lelaki dan wanita terbaik bersaing dalam peringkat separuh akhir pada sebelah pagi bagi menempah kedudukan dalam pusingan akhir pada petang Ahad.

Kemenangan Padu Untuk Jepun, Amerika Syarikat di Terbuka Bangkok
Kemenangan Padu Untuk Jepun, Amerika Syarikat di Terbuka Bangkok

Pasukan wanita Amerika Syarikat iaitu Bree Scarbrough/Aurora Davis meraih pingat emas Jelajah Dunia pertama mereka selepas kemenangan mengujakan 2-1 (21-13, 17-21, 15-8) dengan mengalahkan Paula Soria Gutierrez/Maria Belen Carro Marquez de Acuna dari Sepanyol. Scarbrough/Davis mengulas, "Mereka [Sepanyol] benar-benar pasukan yang bagus dan ia merupakan gaya permainan yang kami inginkan, pada pusingan akhir. Ia juga merupakan satu pengalaman hebat. Masih lagi cuba menerima semua ini dan benar-benar teruja dengan perlawanan seterusnya serta berasa amat teruja!"

Dengan pasukan Sepanyol membawa pulang satu lagi pingat perak untuk hujung minggu kedua berturut-turut, pingat gangsa menjadi milik para pemenang Kejohanan Terbuka Manila, Ayumi Kusano/Takemi Nishibori dari Jepun setelah menewaskan kembar Kanada, Megan dan Nicole McNamara (21-15, 21-13).

Pusingan akhir kategori lelaki menyaksikan penonjolan kuasa oleh gandingan Jepun, Takumi Takahashi/Yusuke "Gottsu" Ishijima bagi menewaskan Florian Schnetzer/Daniel Mullner dari Austria dalam straight set (21-15, 21-14) bagi meraih pingat emas Jelajah Dunia pertama mereka. Takahashi/Gottsu mengulas, "Ia merupakan satu perlawanan hebat! Dalam minda kami, kami hanya mempunyai satu misi iaitu untuk menang dan menjadikan Jepun sebagai Nombor 1. Kami bersatu hati dan bermain bersama-sama, yang merupakan satu-satunya objektif kami dan kami berjaya!"

Membawa pulang pingat gangsa ialah adik beradik Sepanyol, Alejandro dan Javier Huerta Pastor selepas menewaskan Aleksandr Kramarenko/Taras Myskiv dari Rusia, 2-1 (21-18, 19-21, 18-16).

Andrew Ching, Ketua Pegawai Eksekutif E-Plus Global, promoter dan penganjur perlawanan berkata, "Semua perlawanan yang dimainkan di gelanggang tengah hari ini adalah amat menarik dan sengit. Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang bersaing hujung minggu ini dan khususnya kepada pasukan Jepun Takahashi/Gottsu yang begitu menguasai permainan mereka ketika menentang Austria. Persaingan bagi merebut pingat emas dalam perlawanan kategori wanita tidak kurang hebatnya. Tahniah diucapkan kepada gandingan Amerika Scarbrough/Davis yang mana setelah begitu banyak cubaan dibuat akhirnya berjaya melayakkan diri ke dalam acara Jelajah Dunia dan muncul sebagai juara! Satu penghujung yang tiada taranya untuk satu perlawanan yang hebat! Terima kasih kami tujukan buat semua rakan kongsi kami, Persatuan Bola Tampar Thailand dan pihak penaja atas Kejohanan Terbuka Bangkok 2018 yang luar biasa!"

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180514/2131975-3

 

Source: E-Plus Global Sdn Bhd
Keywords: Sporting Events Sports