Sekumpulan empat ahli ganding bahu dengan matlamat bangunkan Industri Pengeluaran Pempakejan Beralun Thailand sebagai hab serantau.
BANGKOK, 16 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Sekumpulan persatuan industri dan badan kerajaan Thailand mengumumkan pameran perdagangan CCE Asia Tenggara - Thailand 2018 edisi ke-2, menonjolkan industri Pempakejan Beralun Thailand.
Acara ini berjalan serentak dengan ICE Asia Tenggara mulai 5-7 September 2018 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Bangkok (BITEC), Bangna, dan akan menonjolkan mesin serta peralatan terkini daripada pengeluar-pengeluar utama di seluruh ASEAN, menawarkan pameran penyelesaian terus-kepada-pengguna.
Empat organisasi dalam perkongsian CCE Asia Tenggara ialah Persatuan Pempakejan Beralun Thailand; Persatuan Industri Pulpa dan Kertas Thailand; Persatuan Pencetakan Skrin & Pengimejan Grafik Thailand; dan Biro Konvensyen & Pameran Thailand (TCEB).
Acara CCE - ICE 2018 adalah sebahagian daripada sasaran lebih luas kumpulan tersebut untuk meluaskan keupayaan pengilangan dan memacu pertumbuhan mampan dalam industri Pempakejan Beralun Thailand, sejajar dengan rancangan pembangunan era digital 'Thailand 4.0'.
Menurut Kanokwara Anutarawatr, Pengurus Kanan Mack Brooks Exhibitions Asia Ltd., "Kebelakangan ini, industri-industri pempakejan beralun di negara-negara ASEAN haruslah berupaya memenuhi keperluan tempatan yang semakin meningkat dan peningkatan bilangan pelanggan. Dengan populasi tergabung seramai 620 juta orang, yang kebanyakannya berada pada usia bekerja, negara-negara ASEAN mengalami peningkatan kukuh dari segi permintaan pengguna. Ini merupakan faktor utama yang memacu tahap pertumbuhan ekonomi negara di wilayah ini, yang menjurus kepada peluasan pasaran barangan pengguna dan pempakejan serta inovasi terkini dalam industri pempakejan beralun."
"CCE - ICE 2018 akan membawa peluang hebat kepada para usahawan industri pempakejan beralun untuk berkongsi pengalaman dan membina hubungan dengan pengeluar-pengeluar utama inovasi dan teknologi mesin," kata Ravi Kasemsarn, Presiden Persatuan Pempakejan Beralun Thailand.
Vichan Jitpakdee, Presiden Persatuan Industri-industri Pulpa dan Kertas Thailand, mengulas tentang pertumbuhan pameran ini: "Bilangan pengunjung dan mesin yang dipamerkan di CCE Asia Tenggara - Thailand 2018 dijangka melangkaui pencapaian pameran terdahulu, yang memberikan peluang kepada usahawan-usahawan industri kertas beralun yang berpangkalan di Thailand dan ASEAN untuk menyaksikan inovasi dan teknologi mesin baharu sekaligus membangunkan jaringan perniagaan mereka."
Untuk maklumat lanjut layari: www.cce-southeastasia.com; www.ice-southeastasia.com
Untuk media, sila hubungi:
Cik Parichart Suwan
Core & Peak Public Relations Co., Ltd.
Tel. +66-2439-4600 samb. 8300, +6681-668-9239
Emel: paricharts@corepeak.com