omniture

Brookfield Jalin Kerjasama Dengan Schoeller Group

Schoeller Group GmbH
2018-05-16 20:19 533

MUNICH, 15 Mei 2018/PRNewswire/ --

Schoeller Group hari ini mengumumkan ia telah menyelesaikan pengambilalihan yang diumumkan sebelum ini oleh Brookfield Business Partners L.P. bersama-sama rakan-rakan kongsi institusi (secara kolektif "Brookfield") untuk saham JP Morgan dalam Schoeller Allibert.

generated by system

Brookfield akan menjalin kerjasama dengan Schoeller Group dalam Schoeller Allibert yang dibuat dalam syarikat induk bersama yang dikenali sebagai Schoeller Packaging. Martin dan Christoph Schoeller akan bertindak sebagai pengerusi bersama. Schoeller dan Brookfield akan sama-sama diwakili dalam Lembaga.

Schoeller Group akan memegang 30% daripada Schoeller Allibert dan 48% daripada saham mengundi. Tertakluk kepada syarat-syarat tertentu, Schoeller Group akan berpeluang meningkatkan pemilikan mereka dari masa ke masa.

Ia merupakan hasrat bersama antara rakan-rakan kongsi untuk meluaskan apa yang kini merupakan salah satu pengeluar terbesar di Eropah bagi pempakejan yang boleh dikembalikan dengan cara pertumbuhan organik dan strategi beli dan bina disasarkan. Sebilangan transaksi yang berpotensi turut dibincangkan.

Martin dan Christoph Schoeller, Rakan Pengurusan Schoeller Group, yang turut memiliki dan mengendalikan perniagaan pempakejan dan logistik lain dengan tumpuan terhadap pempakejan mampan (http://www.schoellergroup.com ), mengalu-alukan perkongsian baharu itu dan keupayaan pelengkap Brookfield untuk membantu merealisasikan visi mereka bagi melahirkan peneraju global dalam sistem pempakejan yang boleh dikembalikan.

http://www.schoellergroup.com

Hubungi:

Schoeller Group GmbH
Sylvia Wendt
Zugspitzstr. 15
82049 Pullach
Tel. +49-89-55277-101
Faks +49-89-55277-299

Sumber: Schoeller Group GmbH

Source: Schoeller Group GmbH
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Paper/Forest Products/Containers Transportation Acquisitions, mergers, takeovers