omniture

XGIMI Perkenal Versi Global Serba Baharu TV Tanpa Skrin: Z6 & H2

XGIMI Technology
2018-05-16 22:42 836

CHENGDU, China, 16 Mei 2018 /PRNewswire/ -- XGIMI Technology, pengeluar projektor rumah yang terkemuka di China, mengumumkan tiga TV tanpa skrin serba baharu hari ini, iaitu H2, H2 Slim dan TV Laser LUNE (versi Cina) di Chengdu. XGIMI turut memperkenalkan dua produk global, Z6 dan H2. Satu lagi kemuncak dalam pengumuman hari ini adalah XGIMI memperkenalkan dua strategi utama untuk pembangunan masa depan: menubuhkan makmal tanpa skrin-AI di Baidu dan mempercepatkan peluasan pasaran global.

XGIMI Perkenal Versi Global Serba Baharu TV Tanpa Skrin: Z6 & H2
XGIMI Perkenal Versi Global Serba Baharu TV Tanpa Skrin: Z6 & H2

Trend TV tanpa skrin telahpun meningkat maju dalam pasaran global. TV tanpa skrin XGIMI menggabungkan secara inovatif projektor LED berprestasi tinggi, stereo Harman Kardon tersuai dan sistem Android dalam satu kotak kecil, yang menawarkan pengguna dengan konsep tontonan baharu dan pilihan menarik untuk menghidupkan semula reka bentuk kediaman.

Z6 ialah TV tanpa skrin 1080p dengan prestasi berkos tinggi, dan reka bentuk minimalisnya memenangi Anugerah Reddot 2018. Stereo Harman Kardon terbina dalam menghasilkan bunyi berkualiti unggul, dan ia mengubah dinding putih menjadi skrin 180'' dalam beberapa saat. Pada bulan Mac tahun ini, XGIMI melancarkan prapesanan Z6 (versi Cina) melalui platform pendanaan orang ramai JD.com dan tempahan telahpun melangkaui angka 200,000 unit dalam masa hanya 7 hari, yang memecah rekod sepanjang zaman platform.

Sebagai versi dinaik taraf TV tanpa skrin 1080p, H2 meningkatkan dengan ketara kecerahan, kualiti imej dan pengalaman mengasyikkan. H2 mewarisi reka bentuk H1, yang memenangi Anugerah Inovasi CES 2017, Anugerah iF Design dan Anugerah Reddot. Ditambah baik selama 2 tahun, H2 meningkatkan dengan ketara prestasi dan kebolehgunaannya. Dengan kecekapan pelesapan haba yang lebih tinggi dan reka bentuk laluan optik empat saluran, kecerahan H2 mampu mencecah 1,350 ANSI lumen, yang melangkaui had maksimum kecerahan produk yang serupa dan memberikan pengalaman tontonan tanpa sebarang kekangan cahaya ambien. Ia membolehkan pengguna menikmati hiburan di skrin besar sama ada pada waktu siang atau malam.

Dari segi pasaran global, XGIMI akan bersungguh-sungguh meluaskan kedua-dua saluran dalam talian dan luar talian bagi pasaran-pasaran benua Amerika, Asia dan Eropah, demi membawakan hiburan berskrin besar kepada pengguna seluruh dunia.

Produk-produk global serba baharu itu akan disediakan untuk prajualan melalui Amazon.com dan Aliexpress.com tidak lama lagi. Z6 dijangka akan diserahkan pada awal Jun manakala H2 pada pertengahan Julai.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180515/2133583-1

Source: XGIMI Technology
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Television New products/services