omniture
PR Newswire: news distribution, targeting and monitoring

Designer Parfums Tambah Jenama Cerruti 1881 yang Berjaya Seluruh Dunia kepada Portfolio Minyak Wangi Kukuhnya

2018-05-17 03:26

LONDON, 17 Mei 2018 /PRNewswire/ --

Dilesh Mehta, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Designer Parfums yang berpangkalan di UK, hari ini mengumumkan bahawa Syarikat telah memperoleh lesen minyak wangi jenama Cerruti 1881 untuk ditambahkan kepada portfolio mereka yang terdiri daripada minyak wangi berprestij.

Dilesh Mehta berkata: "Kami berasa gembira dapat menambahkan Cerruti 1881 kepada koleksi jenama minyak wangi Designer Parfums. Jenama Cerruti 1881 diasaskan pada tahun 1967 oleh Nino Cerruti di Paris dan dikenali di seluruh dunia dengan kualiti produknya dalam dunia fesyen, aksesori dan minyak wangi. Matlamat kami adalah untuk meneruskan warisan kukuhnya tatkala kami membangunkan jenama untuk pertumbuhan masa depan."

Laurent Grosgogeat, Naib Presiden Eksekutif Cerruti 1881 berkata: "Wangian Cerruti sentiasa menjadi kategori utama untuk Nino Cerruti, memberi laluan untuk minyak wangi yang amat berjaya sejak 40 tahun lalu. Dengan kerjasama Designer Parfums, kami berharap dapat terus memajukan legasi kukuh Cerruti sebagai jenama gaya hidup yang terkemuka."

Latar Belakang Cerruti 1881 

Cerruti bersaudara yang mengasaskan House of Cerruti pada tahun 1881 di Biella, Itali, mengeluarkan bulu bebiri berkualiti tertinggi dan tekstil mewah. Menjadi pakar bagi kemahiran mereka, reputasi Cerruti meningkat sepanjang abad berkenaan, apabila Nino Cerruti yang berumur 20 tahun meneruskan tanggungjawab tersebut pada tahun 1950-an. Pada tahun 1967, beliau mengasaskan Cerruti 1881, yang mencipta impak legenda kepada pakaian lelaki yang siap dipakai. Hari ini, jenama ini mempunyai hampir 100 kedai kendalian langsung di seluruh dunia dan dibekalkan untuk peniaga-peniaga terkemuka seluruh dunia.

Cerruti memiliki kepakaran yang telah lama dalam industri Minyak Wangi global. Minyak wangi Cerruti pertama dilancarkan pada tahun 1978 dan sejak itu jenama ini memiliki banyak minyak wangi yang mencipta kejayaan untuk lelaki dan wanita, khususnya rangkaian minyak wangi 1881.

Sejak April 2011, Cerruti 1881 menjadi sebahagian daripada Trinity Limited group yang berpangkalan di Hong Kong, mengkhusus dalam prêt à porter lelaki mewah. Jason Basmajian dilantik sebagai Ketua Pegawai Kreatif pada bulan Oktober 2015. Wawasan beliau terhadap Cerruti Man adalah nilai sofistikated, lelaki pada zaman yang menghargai gaya berbanding trend. Pada tahun 2017, Cerruti menyambut ulang tahun ke-50 jenama.

Latar Belakang Designer Parfums 

Designer Parfums mempunyai pilihan minyak wangi premium dan produk kecantikan yang kukuh, dimiliki sepenuhnya atau dikendalikan berdasarkan lesen. Sama ada mencipta jenama dari permulaan atau memperoleh lesen, gabungan antara penyelesaian pemasaran inovatif dan pelaksanaan yang sempurna menjadi asas kejayaan global mereka. Portfolio semasa mereka diagihkan di lebih 80 negara dan mencakupi spektrum klasik dengan warisan sebenar bersama-sama jenama-jenama minyak wangi pereka dan selebriti termasuk Jean Patou, Aigner Parfums, Ghost, Jean-Louis Scherrer, dan kini minyak wangi Cerruti. Kepakaran Designer Parfums merangkumi pasaran-pasaran minyak wangi utama termasuk Eropah, AS, Asia dan Timur Tengah.

http://www.designerparfums.com

 

Source: SA Designer Parfums Ltd

Featured Video

Related Keywords:

Fashion

Household/Consumer/Cosmetics

Retail

Acquisitions, mergers, takeovers

Advanced Search
Search
  
  1. Products & Services
  2. News Releases
  3. Knowledge Center
  4. Journalists & Media
  5. Multimedia Theater
  6. Contact Us