omniture

Honor Lancar Honor 10, Model Kemegahan untuk 2018, pada harga £399.99, Fotografi AI Telefon Pintar Tiada Tandingan dan Reka Bentuk Kaca Aurora Indah

Honor
2018-05-17 03:43 980

LONDON, 17 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Honor melancarkan Honor 10, telefon pintar kemegahannya untuk tahun 2018, hari ini di London. Pelancaran berkenaan akan menjayakan konsep "Kecantikan dalam AI" dan memperkenalkan dua teknologi telefon pintar inovatif yang utama dan terkemuka dalam industri kepada pengguna.

Honor 10: Beauty in AI
Honor 10: Beauty in AI

Pertamanya ialah teknologi AI 2.0 termaju, diaplikasikan khususnya kepada kamera dwikanta telefon pintar tersebut. Keduanya ialah reka bentuk CMF1 Honor 10, kaca 3D belakang dengan salutan optik berskala-nano yang menakjubkan, terdiri daripada 15 lapisan warna berkilauan. Honor 10 akan tersedia pada harga £399.99 untuk dibeli di Hihonor mulai 15 Mei 16:00 BST dalam pasaran-pasaran terpilih termasuk UK, Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol, serta diikuti dengan pasaran-pasaran lain.

Menurut George Zhao, Presiden Honor, sebelum tahun 2016, kebanyakan telefon didatangkan hanya dalam tiga warna: hitam, putih dan emas. Honor memperkenalkan Phantom Blue pada tahun 2016, Phantom Grey pada tahun 2017, dan kini Aurora yang menawan, satu kemajuan penting dalam reka bentuk telefon pintar.

"Kami percaya rahsia kejayaan adalah mudah iaitu menyediakan pengguna dengan produk yang benar-benar bagus! Itulah yang kami usahakan dengan bersungguh-sungguh setiap hari di Honor," kata George Zhao, Presiden Honor. "Namun demikian, kami bukan sekadar membuat produk yang bagus. Kami ingin bersama-sama mencipta gaya hidup baharu bersama orang muda seluruh dunia. Kami mendengar luahan mereka, bertukar-tukar idea bersama-sama mereka dan bersorak untuk mereka. Mereka adalah sumber inspirasi kami."

Dengan peranti inovatif dan strategi penyasaran yang tepat, Honor terus menerajui industri dalam pasaran asalnya sebagai e-jenama telefon pintar No. 1 di China, sekaligus berkembang pesat ke luar negara. Jenama ini mencapai 100% pertumbuhan dalam pasaran luar negara sejak ditubuhkan. Di UK, Honor View10 diberi penilaian 5-bintang oleh Stuff, The Guardian, T3 dan Recombu. Kombinasi antara produk memenangi anugerah dan perkongsian luas dalam pasaran pembawa dan pasaran terbuka menyumbang kepada kadar pertumbuhan 200% dalam negara. Di Rusia, ia tersenarai sebagai 3 teratas selama 11 bulan berturut-turut, bersaing dengan Samsung dan Apple. Di India, ia kekal sebagai jenama telefon pintar paling pesat berkembang yang meletakkan jenama tersebut sebagai antara 5 terbaik.

Ciri-ciri Utama Honor 10 

Kamera AI 2.0

Kamera belakang 24MP + 16MP

Kamera AI dwikanta 24MP+16MP Honor 10 dibangunkan dan disokong oleh pemproses NPU dalam cip set Kirin 970, yang bermakna ia dapat mengenal pasti lebih 500 senario dalam 22 kategori pada waktu nyata. Ia dapat menunjukkan dengan tepat garisan pelbagai objek di sekitarnya, seperti langit, tumbuhan, orang mahupun air terjun serta mengenal pasti lokasinya serta merta.

Ciri ini disokong oleh teknologi Segmentasi Imej Semantik yang pertama dalam industri, yang membolehkan Honor 10 mengenal pasti berbilang objek dalam satu imej. Ciri inilah yang menjadikan Honor 10 benar-benar menonjol daripada produk lain. Ciri-ciri Honor 10 yang pertama dalam industri ini mengaplikasikan parameter kawasan khusus pada setiap foto dalam waktu nyata apabila mengambil gambar, menjadikan setiap foto yang diambil mendapat gaya profesional dengan hanya satu klik.

Kamera depan 24MP

Bukan sahaja kamera belakangnya disokong oleh teknologi AI 2.0, kamera depan 24MP Honor 10 merupakan teman swafoto pintar anda. Ia menyokong pengecaman wajah 3D, mengoptimumkan butiran wajah dan mengesan lebih seratus titik wajah mengikut ketepatan tahap piksel.

Kamera depan Honor 10 turut menyokong kesan pencahayaan studio dengan pelbagai keadaan pencahayaan. Pengecaman wajah yang termaju dan tepat memastikan bokeh yang tepat dan merakam ciri-ciri halus pada wajah setiap orang, walaupun dengan rakaman swafoto berkumpulan.

Reka bentuk 'avant-garde'

Kaca Aurora, bersinar dari setiap sudut

Proses yang diambil untuk mencapai kemasan minimalis Honor 10 bukanlah mudah, ia merupakan hasil daripada teknik-teknik perindustrian bertaraf dunia dan proses-proses kejuruteraan yang sofistikated, yang memerlukan tahap ketepatan dan kehalusan terbaik. Reka bentuk kaca Honor 10 diperbuat dengan 15 lapisan kaca 3D pada bahagian belakang dan reka bentuk ini menonjolkan sinaran berwarna warni dari setiap sudut, dalam cahaya semula jadi mahupun gelap.

Warna-warna anggun dan bergaya direka oleh The Paris Aesthetics Center

Dirangkumkan dengan sejarah seni dan dunia digital, Honor 10 membawakan kombinasi warna-warna mengagumkan kepada pengguna, iaitu Phantom Blue dan Phantom Green.2 kedua-dua warna ikonik dan inovatif ini dicipta di The Paris Aesthetics Center, yang mana daya kreativiti dan semangat jurutera-jurutera dan para pereka Honor dapat dilaksanakan.

Ciri-ciri bergaya semua-dalam-satu: Honor FullView dan Sensor Cap Jari Ultrasonik Di Bawah Kaca

Honor 10 merangkumkan sensor cap jari ultrasonik penetapan depan yang pertama dalam industri di bawah kaca dan skrin FullView FHD+ 5.84-inci dengan paparan kurang-bezel 19:9 serta nisbah skrin-kepada-badan 86%.

Pengalaman Dinaik Taraf dan Erat

Honor 10 dikuasakan oleh pemproses NPU terbina dalam bebas. Storan 4GB RAM dan 64GB/128GB ROM memberikan ruang mencukupi untuk menyimpan semua detik menyeronokkan anda yang direkodkan dalam galeri, aplikasi dan fail. Honor 10 turut didatangkan dengan Honor Super Charge3 5V/4.5A dengan bateri 3,400 mAh (nilai biasa), ia boleh mengecas 50% kuasa dalam masa 25 minit.

Honor 10 adalah berasaskan EMUI 8.1 terkini, yang memberikan penaiktarafan keseluruhan dalam fungsi dan keupayaan perisian, khususnya menampilkan fungsi Easy Talk, ia dapat mengurangkan hingar latar belakang dalam persekitaran berangin apabila anda sedang bercakap bebas tangan di jalanan, ia turut meningkatkan volum berbisik untuk perbualan senyap.

Latar Belakang Honor

Honor ialah e-jenama telefon pintar terkemuka di bawah naungan Huawei Group. Seiring dengan slogannya "Untuk yang Berani", jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Honor dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami melalui: 
https://www.facebook.com/honorglobal/
 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
https://www.youtube.com/honorglobal

1 Warna, Pengilangan, Kemasan (CMF) dalam reka bentuk perindustrian
2 Turut disediakan dengan warna Midnight Black dan Phantom Grey.
3 Berdasarkan pengujian makmal Honor.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180515/2133700-1

 

Source: Honor
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Wireless Communications New products/services