omniture

CPA Global lancar perisian Innography dalam pasaran Asia

CPA GLOBAL
2018-05-17 08:00 689

BEIJING, 17 Mei 2018 /PRNewswire/ -- CPA Global®, peneraju perkhidmatan Harta Intelek (IP) dan pasaran teknologi, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi di Asia bagi perisian carian dan analitik IP berkuasa – Innography.

Innography, pertama kali dilancarkan di AS pada tahun 2007, ialah perisian analitik paten IP yang utama di dunia, direka untuk pengguna kuasa IP dan pengguna perniagaan. Ia diguna pakai secara meluas dalam industri IP dan seluruh dunia oleh syarikat-syarikat inovatif dan firma-firma perundangan termasuk AMD, Kimberly-Clark, Synopsys dan Perkins Coie LLP.

Sebagai aplikasi perisian analitik paten yang berkuasa dan komprehensif, keunikan Innography terletak pada kebolehannya dalam memenuhi keperluan profesional kepada pakar-pakar harta intelek dan keperluan daripada pengguna perniagaan. Ia menawarkan keupayaan analisis berfleksibel tinggi bagi membantu mendapatkan maklumat untuk persoalan berkaitan IP dan perniagaan dengan mudah.

Dengan pangkalan data yang komprehensif serta andal mencakupi paten, tanda dagangan, syarikat, litigasi paten, dokumen literatur bukan paten (NPL) serta keupayaan analisis pintar yang hebat, perisian Innography sengaja dibangunkan untuk menangani keperluan pengguna bagi strategi dan penyelenggaraan portfolio IP, inovasi dan pembangunan idea, pengawasan kompetitif, pelesenan, litigasi serta ketekunan wajar M&A.

Pangkalan data bersih Innography termasuk dokumen paten daripada 104 bidang kuasa seluruh dunia, syarikat-syarikat ternormal, maklumat kewangan, data litigasi IP A.S., maklumat pereka cipta, tanda dagangan A.S., piawaian teknikal dan literatur bukan paten (NPL). Data Innography dibersihkan, diselaraskan dan dikaitkan dengan ketat bagi memastikan keputusan dibuat menggunakan asas data yang tepat.

Dengan data dan pengalaman global Innography yang luas, CPA Global diundang oleh Google pada tahun 2017 untuk mengambil bahagian dalam projek pangkalan data paten awamnya. Innography membantu pengguna Google meneliti paten terkini, membuat perbandingan paten dan memperoleh maklumat berharga.

"Sekiranya syarikat-syarikat ingin menonjol dalam khalayak ramai dan kekal berdaya saing pada tahun-tahun akan datang, inovasi adalah kuncinya." Ketua pembangunan perniagaan CPA Global di Asia, Yifeng Song berkata, "Tatkala kadar inovasi dipercepat, analisis paten memainkan peranan yang lebih kritikal dalam kebolehan syarikat untuk membuat keputusan perniagaan lebih bermaklumat yang menjurus kepada hasil perniagaan yang lebih baik, bermula dengan memahami tempat pelaburan pesaing mereka, bagi mengenal pasti peluang-peluang penyelidikan dan pembangunan (R&D) baharu. Maklumat yang diperoleh daripada perisian risikan IP Innography akan membantu pelanggan Asia menjawab persoalan IP dengan lebih pantas, tepat dan yakin berbanding sebelum ini dan mencapai pulangan perniagaan terbaik."

Latar Belakang CPA Global

CPA Global ialah sebuah syarikat pengurusan IP dan teknologi yang terkemuka di dunia. Kami menawarkan pelanggan dengan The IP Platform: membawakan Inovasi bersepadu dan perisian, perkhidmatan dan maklumat Portfolio IP dalam seluruh Kitar Hayat Idea, menyokong pelanggan pada setiap langkah demi merealisasikan nilai idea mereka. IP One Data ialah komponen penting The IP Platform, yang memperkasa pelanggan kami dengan data yang komprehensif, disahkan dan andal. Kami dipercayai oleh banyak syarikat dan firma perundangan yang terkemuka di dunia serta disokong oleh pasukan global yang terdiri daripada lebih 2,000 individu yang bersemangat dan berwawasan.

Source: CPA GLOBAL
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology New products/services