NICE, Perancis, 17 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Ribuan eksekutif telekomunikasi berhimpun di Digital Transformation World (DTW) yang berlangsung pada 14-16 Mei 2018 bertempat di Acropolis di Nice, Perancis.
Di DTW tahun ini, lebih 250 penceramah industri berhimpun dan berkongsi idea, penyelesaian dan pengalaman tentang lima sesi persidangan yang menumpu pada cabaran utama yang dikenal pasti oleh penyedia perkhidmatan. Pemimpin-pemimpin perniagaan ZTEsoft dan pakar-pakar telah mengambil bahagian dalam tiga sesi persidangan termasuk AI dan analitik data, pengendali digital 2020 dan penawaran perkhidmatan kepada pelanggan digital, berkongsi hal serta kepakaran mengenai bagaimana ZSmart memperkasa transformasi pintar.
Analitik data menambah dorongan kepada kecerdasan buatan (AI)
Berucap semasa sesi persidangan AI dan analitik data, Zhijun Wang, Timbalan Pengurus Besar, Jabatan Maklumat China Unicom dan George Zhao, Pengarah Pembangunan Perniagaan ZTEsoft berkongsi pandangan dan senario mengenai bagaimana untuk mereka bentuk dan menggunakan platform bagi menyediakan data dan keupayaan AI secara terbuka. "Penumpuan antara analitik data dengan AI mempunyai potensi besar untuk pengusaha industri bagi menginovasi persaingan dengan lebih giat. ZTEsoft bekerjasama dengan pelanggan kami untuk merungkai nilai AI dan memacu penambahbaikan dalam pemasaran digital, pengendalian tangkas dan pengalaman pengguna," kata George.
Berkhidmat kepada pelanggan digital dengan perkhidmatan pintar
Semasa sesi persidangan penawaran perkhidmatan kepada pelanggan digital, Taimoor Khizer Abbasi, Pengarah Penyelidikan Pasaran ZTEsoft memperkenalkan ZSmart uTalk, penyelesaian khidmat pelanggan pintar berasaskan seni bina awan dan teknologi AI untuk pelbagai industri bagi mendayakan kecekapan kos dengan enjin kecerdasan dan meningkatkan dengan ketara pengalaman pelanggan.
Bangunkan ekosistem IoT inklusif dengan rakan kongsi
Membangunkan ekosistem IoT inklusif adalah kondusif untuk mempercepatkan pelaksanaan teknologi IoT. Fu Jianjun, Pengarah Pemasaran ZTEsoft meninjau kepentingan untuk membangunkan dan mengurus rantaian nilai IoT. "Internet Komunikasi Benda hari ini menumpu kepada kecerdasan komunikasi benda sebagai tumpuan utama telah beralih daripada sambungan kepada kecerdasan," ujar beliau. "Kami menyaksikan kemajuan yang mana pemecahan dan kekurangan piawaian yang luas terus menggugat pertumbuhan pasaran IoT. ZTEsoft menyasarkan untuk merealisasikan penumpuan antara orang ramai, benda dan awan dalam dunia digital, dengan memberi tumpuan pada infrastruktur dan ekosistem rakan kongsi, seterusnya mewujudkan ekosistem IoT yang terbuka dan inklusif bersama rakan-rakan kongsi."
ZTEsoft memperkasa perjalanan transformasi digital untuk pelanggan kami dengan produk dan perkhidmatan dipertingkat dirangkumkan dengan teknologi canggih. Kami akan turut menerobos sempadan kerjasama dan berganding bahu bersama rakan-rakan kongsi untuk mencapai kemajuan dalam era digital.