omniture

Dark Knight, Mystic, dan Striker Sertai Black Desert Online SEA

Pearl Abyss
2018-05-17 10:00 613

SEOUL, Korea Selatan, 17 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Pearl Abyss hari ini mengumumkan, ketibaan tiga kelas baharu. Apa yang menjadikan kemaskini ini sangat istimewa ialah ia merupakan kali pertama tiga kelas baharu akan ditambah dalam hari yang sama. Ini termasuk Dark Knight yang sangat popular dalam Black Desert Online SEA. Dengan asas yang kukuh dalam kemahiran pertarungan jarak dekat, Dark Knight menekankan keseimbangan yang sangat mahir antara serangan yang besar dengan pedangnya yang besar dan sihir hitam jarak sederhana yang membinasakan. Beliau boleh menghapuskan semua lawannya dengan pedang Kriegsmesser maut dan sihir gelap yang tidak dilarang.

Tiga kelas baharu tiba hari ini di Black Desert Online SEA
Tiga kelas baharu tiba hari ini di Black Desert Online SEA

Mystic yang lama dinanti-nantikan juga akan menyertai jadual hari ini. Beliau ialah pejuang gaya pertarungan jarak dekat yang lincah yang memegang kuat teknik seni mempertahankan diri dari Timur yang jauh. Senjata utamanya ialah Gauntlet maut yang membantu tumbukan berat beliau dan menendang untuk mengalahkan musuh serta merta. Salah satu dari kekuatan terhebat Mystic ialah pelbagai gabungan pertempuran jarak dekat dan bagaimana lancarnya beralih dari satu ke satu yang lain.

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya ialah Striker, rakan seangkatan lelaki Mystic. Striker juga menggunakan Gauntlet sebagai senjata utamanya untuk mengalahkan lawannya dengan sekelip mata. Refleksnya yang laju telah diasah melalui latihan dan pengalaman selama bertahun-tahun. Apa yang hebat tentang Striker ialah beliau mempunyai kebolehan untuk menangani letusan pantas kebinasaan dan pada masa yang sama cukup pantas untuk menahan serangan mengejut.

Para pemain akan menguasai medan perang sekarang dengan tiga kelas berkuasa baharu. Untuk maklumat lanjut tentang kemas kini dan acara lain yang sedang berlangsung, layari laman sesawang.

Pearl Abyss kini menawarkan Pengembara Black Desert Online SEA diskaun sebanyak 30% untuk semua pakej. Maklumat terperinci tentang diskaun pakej boleh didapati di sini.

Grafik Black Desert Online yang menakjubkan membuatkan ramai pengguna tertanya-tanya tentang keperluan sistem ini. Pearl Abyss mengoptimumkannya supaya spesifikasi minimum yang diperlukan sesuai untuk lebih ramai pengguna di Asia Tenggara. Semak keperluan sistem untuk permainan ini di sini. Pengoptimuman ini membolehkan lebih ramai pengguna untuk menikmati Black Desert Online.

Latar Belakang Black Desert Online

Black Desert Online ialah MMORPG aksi dunia terbuka, dengan visual dan kemahiran canggih menerusi pertarungan yang akan menentukan semula bagaimana kita melihat suatu genre. Black Desert Online mempunyai sistem penyesuaian watak terbaik berbanding mana-mana permainan yang kini terdapat dalam pasaran. Ciri ini membolehkan pengguna untuk keluar dari kebiasaan dan menghasilkan watak-watak unik yang benar-benar menonjolkan setiap pemain. Kawalan intuitifnya, dunia yang dicipta begitu indah dan peribudaya luas yang akan mengujakan pemain baharu dan lama bagi permainan MMO. Permainan ini dilancarkan dengan jayanya di lebih 150 negara, tersedia dalam 12 bahasa dan mempunyai lebih 9 juta pengguna berdaftar. Versi mudah alih dan konsol dijadualkan untuk pelancaran global dalam tahun 2018.

Untuk maklumat lanjut tentang Desert Online, layari https://www.sea.playblackdesert.com/ 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180516/2133483-1

Source: Pearl Abyss
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment New products/services