omniture

Pendekatan Dipacu Matlamat dalam Pemakanan Dorong Ahli-Ahli Asia Tenggara Herbalife Nutrition untuk Menjadi Pencetus Perubahan dalam Komuniti Tempatan Mereka

Herbalife Asia Pacific
2018-05-17 11:22 1267

SINGAPURA, 17 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Sebagai sebuah syarikat yang tujuannya adalah untuk menjadikan dunia lebih sihat dan lebih bahagia, syarikat pemakanan global yang unggul, Herbalife Nutrition, telah melabuhkan tirai Extravaganza, acara pendidikan dan latihan tahunannya untuk komuniti ahli Asia Tenggara. Bertempat di Singapore Expo, acara selama tiga hari itu bermula pada 11 Mei dengan pasukan kepimpinan Herbalife Nutrition mendorong lebih 11,000 ahli bebas agar membawa perubahan dalam setiap komuniti setempat mereka dengan menginspirasikan mereka untuk mengambil langkah ke arah pemakanan positif demi kehidupan yang lebih sihat dan lebih bahagia.

Lebih 11,000 ahli bebas Herbalife Nutrition berkumpul di Singapore Expo bagi memupuk semangat mereka untuk mewujudkan dunia yang lebih sihat dan lebih bahagia melalui perubahan pemakanan dan gaya hidup yang positif.
Lebih 11,000 ahli bebas Herbalife Nutrition berkumpul di Singapore Expo bagi memupuk semangat mereka untuk mewujudkan dunia yang lebih sihat dan lebih bahagia melalui perubahan pemakanan dan gaya hidup yang positif.

"Tatkala berdepan dengan trend mega global melibatkan kadar obesiti yang tinggi, peningkatan populasi warga tua, peningkatan kos rawatan kesihatan awam dan peningkatan minat dalam keusahawanan, kami percaya bahawa kami dapat memainkan peranan lebih besar untuk menyediakan penyelesaian praktikal demi membantu mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk kita semua," kata Stephen Conchie, naib presiden kanan dan pengarah urusan, Herbalife Nutrition Asia Pasifik. "Extravaganza ialah platform sempurna untuk menghimpunkan ahli-ahli kami dan melengkapi mereka dengan pengetahuan bagi membangunkan rantau Asia Tenggara yang lebih sihat."

Ahli-ahli Herbalife Nutrition dilatih dan dilengkapi untuk berada di barisan hadapan dalam perbincangan mengenai pemakanan, demi menyediakan perkhidmatan pemakanan dan kecergasan diperibadikan kepada para pengguna. Melalui pendekatan peribadi secara bersemuka ini, ahli-ahli berupaya menyesuaikan program-program pemakanan tertentu untuk setiap individu, bagi memenuhi keperluan pemakanan para pengguna dan mendorong mereka ke arah mencapai matlamat kesihatan dan kesejahteraan mereka.

"Produk-produk kami, berserta ahli-ahli berpendidikan dan terlatih, dapat menyediakan para pengguna dengan penyelesaian diperibadikan yang berkesan untuk mencapai matlamat pemakanan dan kesejahteraan mereka," tambah Conchie.

Semasa acara selama tiga hari itu, ahli-ahli Herbalife Nutrition berpeluang untuk mendengar daripada pakar-pakar pemakanan dan Rich Goudis, Ketua Pegawai Eksekutif Herbalife Nutrition, yang menyampaikan ucapan dasar menginspirasikan yang menerapkan motivasi ke dalam komuniti ahli bagi memperkasa mereka dengan wawasan dan kebolehan untuk mewujudkan dunia yang lebih bahagia dan lebih sihat.

Conchie turut menggariskan wawasan beliau untuk komuniti ahli Asia Tenggara bagi membawa perubahan sebenar dalam komuniti masing-masing dengan menyediakan motivasi dan sokongan yang tepat demi memperkasakan orang di sekeliling mereka untuk mencetuskan perubahan terhadap pemakanan dan gaya hidup yang positif.

Latar Belakang Herbalife Nutrition

Herbalife Nutrition ialah sebuah syarikat pemakanan bertaraf global yang bertujuan untuk menjadikan dunia lebih sihat dan lebih bahagia. Syarikat telah melaksanakan misi untuk pemakanan dengan mengubah kehidupan orang ramai menerusi produk dan program pemakanan yang hebat, sejak tahun 1980. Bersama dengan ahli-ahli bebas Herbalife Nutrition, kami komited untuk menyediakan penyelesaian terhadap masalah pemakanan yang kurang sihat dan obesiti di seluruh dunia, populasi yang semakin tua, kos penjagaan kesihatan awam yang semakin meningkat dan peningkatan dalam keusahawanan bagi semua peringkat umur. Herbalife Nutrition menawarkan produk yang berkualiti tinggi berasaskan sains yang kebanyakannya dihasilkan di kemudahan yang dikendalikan oleh Syarikat, bimbingan secara peribadi dengan ahli bebas Herbalife Nutrition dan pendekatan komuniti sokongan yang memberi inspirasi kepada pelanggan untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan lebih aktif. 

Produk pemakanan, pengurusan berat badan, tenaga dan kecergasan serta produk penjagaan diri Herbalife Nutrition disediakan secara eksklusif kepada dan melalui ahli-ahli bebasnya di lebih 90 negara. Melalui usaha tanggungjawab sosial korporat, Herbalife Nutrition menyokong Yayasan Keluarga Herbalife (HFF) dan program-program Casa Herbalife untuk membantu memberikan pemakanan yang baik kepada kanak-kanak yang memerlukan. Herbalife Nutrition juga berbangga untuk menaja lebih 190 orang atlet, pasukan dan acara bertaraf dunia di seluruh dunia, termasuk Cristiano Ronaldo, LA Galaxy dan pelbagai pasukan Olimpik.  

Herbalife Nutrition mempunyai lebih 8,000 kakitangan di seluruh dunia, dan sahamnya didagangkan di Bursa Saham New York (NYSE: HLF) dengan jualan bersih kira-kira sebanyak AS$4.4 bilion pada tahun 2017. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari Herbalife.com atau IAmHerbalife.com.

Pertanyaan Media:

Daliea Mohamad-Liauw
Naib Presiden, Komunikasi Korporat, Herbalife Nutrition Asia Pasifik
DID: +852-3589-2643
Emel: dalieal@herbalife.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180514/2131928-1

Source: Herbalife Asia Pacific
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Supplementary Medicine