omniture

Venus Medtech Terima Pelaburan Ekuiti DCP Capital Percepat Pembangunan Teknologi Injap Jantung dan Pengkomersialan Antarabangsa

Venus Medtech (Hangzhou) Inc.
2018-05-17 16:14 906

HANGZHOU, China, 17 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Venus Medtech mengumumkan ia telah memeterai satu perjanjian pelaburan muktamad bersama DCP Capital. Pelaburan ini akan digunakan oleh Venus Medtech untuk mempercepatkan penaiktarafan dan pengantarabangsaan produk-produk injap sedia ada, menyokong syarikat untuk memasuki dengan pesat ke dalam peringkat kajian klinikal untuk teknologi rawatan penyakit injap mitra/trikuspid serta meletakkan asas yang kukuh untuk syarikat bagi menembusi pasaran injap jantung antarabangsa secara komprehensif.

Bersama-sama ekonomi yang berkembang dan populasi yang semakin meningkat usia, kejadian penyakit injap aorta berkalsium senil semakin meningkat dan tidak lama lagi menjadi punca utama penyakit injap jantung di China. Pada masa kini, prosedur pembedahan untuk penggantian injap aorta (SAVR) digunakan secara meluas namun risiko trauma pembedahan adalah tinggi dan pemulihan selepas pembedahan adalah perlahan. Kebanyakan pesakit yang lebih berusia tidak mampu menanggung pembedahan sedemikian. Setelah menjalani pembangunan pesat selama 16 tahun, teknologi penggantian injap aorta transkateter (TAVR) beransur-ansur menjadi rawatan utama untuk penyakit injap aorta di dunia. Menurut indikasi semasa, terdapat sekurang-kurangnya 500,000 pesakit di China yang mendapat indikasi TAVR dan kebanyakan mereka tidak dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Selain penyakit injap aorta, penyakit injap mitra dan trikuspid juga menjadi penyakit injap jantung yang biasa berlaku. Dianggarkan bahawa bilangan pesakit yang mengalami Regurgitasi Mitra (MR) dan Regurgitasi Trikuspid (TR) melebihi 10 juta orang di China namun kadar rawatan pembedahan adalah kurang daripada 2%. Pasaran terapeutik dalam bidang ini khususnya memberi harapan yang cerah.

Venus Medtech telah menjalankan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan alat perubatan untuk penyakit injap jantung selama bertahun-tahun. Syarikat memiliki lebih 300 paten teknologi injap seluruh dunia dan telah membentuk perlindungan lengkap dan ketat terhadap hak harta intelek. Generasi pertama produk TAVR syarikat, sistem injap aorta intervensi perkutaneus VenusA-Valve ialah produk injap prostetik intervensi pertama diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan China pada April 2017, yang mewujudkan era baharu kardiologi intervensi di China dan menjadi contoh alat perubatan inovatif yang berkualiti tinggi yang dicipta di China.

Venus Medtech memiliki kedudukan yang kukuh dan komprehensif dalam bidang rawatan penyakit injap jantung. VenusP-Valve, produk injap pulmonari transkateter, ialah injap pulmonari kembang-sendiri yang pertama di dunia dan ia telah melakukan 178 implantasi di 27 pusat, hampir di 20 negara dan wilayah. Kajian pendaftaran China oleh syarikat juga telah diselesaikan manakala kajian pendaftaran EU akan diselesaikan dalam masa terdekat. Dijangkakan bahawa China dan Eropah akan meluluskan penyenaraiannya pada tahun 2019. Selain itu, Venus Medtech akan menggunakan pelaburan baharu ini untuk mempercepatkan pembangunan alat gantian injap mitra dan trikuspid. Turut dijangkakan bahawa ia akan memasuki peringkat percubaan klinikal pada tahun 2019 dan ia akan mengumpul momentum pembangunan berkekalan untuk pertumbuhan perniagaan injap jantung selepas 5 tahun.

Eric Zi, Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Venus Medtech berkata: "Kami berasa amat teruja mendapat DCP sebagai rakan kongsi bernilai tambah jangka panjang kami. Kerjasama ini akan mendapat manfaat daripada pengalaman pelaburan selama 25 tahun yang berjaya oleh pasukan DCP di China yang dipimpin oleh En. David Liu. Khususnya, kami berharap dapat memanfaatkan pelaburan penting / pengalaman pemerolehan DCP serta keupayaan pengurusan portfolionya untuk mempercepatkan peluasan Venus Medtech."

"DCP berbesar hati kerana mendapat peluang untuk melabur dalam Venus Medtech," kata David Liu, Pengerusi Eksekutif DCP. "Kami amat kagum dengan pasukan pengurusan luar biasa syarikat, keupayaan teknologi yang mantap dan pengetahuan industri yang mendalam. Kami berharap dapat memanfaatkan sepenuhnya jaringan dan kepakaran kami untuk membantu Venus Medtech meningkat maju menuju fasa pembangunan seterusnya."

"Venus Medtech dipimpin oleh pasukan pengurusan dengan wawasan global dan rasa tanggungjawab sosial yang kukuh dan kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan syarikat sedemikian untuk membantunya berkembang menjadi pengusaha alat perubatan bertaraf global," tambah Wayne Wang, Pengarah Urusan DCP.

Hasil kutipan akan dilaburkan dalam R&D, pengeluaran dan peluasan jaringan jualan Venus Medtech demi mendorong pembangunan pesat syarikat.

Haoyue Capital ialah penasihat kewangan eksklusif untuk urus niaga ini.

Latar Belakang Venus Medtech:

Venus Medtech ialah pembangun injap jantung yang terkemuka di China. Firma ini, yang terletak di Zon Pembangunan Teknologi Tinggi Kebangsaan Hangzhou, menumpu pada usaha penyelidikan dan pembangunan terhadap sistem injap kardiovaskular tiruan termaju di peringkat antarabangsa berserta aplikasi komersial dan telah berjaya memajukan produk-produk sedemikian di China dan seluruh dunia.

Venus Medtech berdedikasi sepenuhnya terhadap usaha penyelidikan dan pembangunan serta pernah dua kali menjadi yang pertama merintis pengeluaran model-model untuk sistem injap baharu: sistem injap transkateter pramuat dan sistem injap pulmonari transkateter kembang-sendiri (VenusP-Valve). Sejak tahun 2013, Venus Medtech menerima pelaburan daripada Qiming Venture Partners, Sequoia China dan Goldman Sachs.

Untuk maklumat tambahan layari http://en.venusmedtech.com

Latar Belakang DCP:

DCP Capital ("DCP") ialah sebuah firma ekuiti persendirian terkemuka yang bertumpu di Rantau Besar China. Terdahulu, pasukan DCP memimpin perniagaan ekuiti persendirian KKR dan Morgan Stanley di China, yang mempunyai rekod prestasi cemerlang jangka panjang dalam berbilang kitar. Sepanjang 25 tahun lalu, pasukan DCP telah memimpin beberapa urus niaga yang membuahkan hasil dan memupuk bakat pelbagai pemimpin industri seperti Ping An Insurance (Group) Company Of China, China Mengniu Dairy Co, Qingdao Haier Co, China International Capital Corp, China Modern Dairy Holdings, United Envirotech, China Cord Blood Corp, Fujian Sunner Development Co, Far East Horizon, Hengan Group, Belle International Holdings, Fujian Nanping Nanfu Battery Co, COFCO Meat Holdings, Yongle Appliance, Asia Dairy, Uxin Group, Tarena International Inc. Menggabungkan perspektif pelaburan globalnya dengan jaringan tempatan yang luas, pasukan DCP telah mengumpul pengetahuan industri yang mendalam dan keupayaan pengendalian yang mantap. Sebagai pelabur nilai jangka panjang, DCP komited untuk menjalin perkongsian jangka panjang yang saling menguntungkan bersama-sama syarikat-syarikat portfolio dan membantu menyokong inisiatif-inisiatif penciptaan nilai.

Source: Venus Medtech (Hangzhou) Inc.
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Financing agreements