SHENZHEN, China, 21 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Pada 11 Mei 2018, Grandland Venue Ekspo Industri Kebudayaan Antarabangsa (ICIF) (Shenzhen) China ke-14 telahpun dilancarkan. Pada majlis perasmian Cawangan Grandland ICIF itu, Kesepakatan untuk Mengukuhkan Kerjasama Saling Menguntungkan Industri Hiasan Seni Bina China-ASEAN diumumkan secara rasmi dan "Jawatankuasa Kerjasama Industri Hiasan Seni Bina China-ASEAN" ditubuhkan secara rasminya, yang menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang erat dalam industri hiasan seni bina antara China dan negara-negara ASEAN dan pastinya akan memainkan peranan positif dalam menggalakkan pertukaran mendalam serta pembangunan jangka panjang untuk kedua-dua pihak. Pengerusi Jawatankuasa Cina dipengerusikan oleh Xu Ningning, Presiden Eksekutif Majlis Perniagaan China-ASEAN manakala Pengerusi Eksekutif Cina dipengerusikan oleh Fan Zhiquan, Pengerusi Shenzhen Grandland Group Co., Ltd. dan Gao Gang, Presiden Persatuan Industri Hiasan Shenzhen.
Grandland Group, selaku unit Pengerusi Eksekutif Cina bagi Jawatankuasa Kerjasama Industri Hiasan Seni Bina China-ASEAN, akan komited untuk menjadi pengamal dan penggalak aktif terhadap kerjasama China-ASEAN dan berkongsi peluang-peluang pembangunan, berusaha menggalakkan industri hiasan seni bina China-ASEAN bagi mencapai tahap kerjasama yang lebih luas, lebih besar dan lebih tinggi serta bersama-sama melakar lembaran baharu berkenaan kerjasama dan pembangunan yang saling bermanfaat dan saling menguntungkan itu.
Berhubung "China-ASEAN: Forum Sidang Kemuncak Kerjasama, Inovasi, Saling Menguntungkan" yang diadakan pada sebelah petang hari pembukaan tersebut, wakil-wakil daripada Dewan Perniagaan dan Industri, perusahaan seni bina, kontrak kejuruteraan dan hiasan seni bina di China dan negara-negara ASEAN berhimpun untuk bertukar-tukar pandangan mengenai keadaan semasa dalam industri-industri seni bina dan hiasan seni bina di pelbagai negara serta membincangkan bagaimana untuk mengukuhkan kerjasama industri hiasan seni bina China-ASEAN demi mencapai pembangunan yang saling menguntungkan. Di bawah perbincangan menyeluruh oleh para tetamu daripada seluruh bahagian, banyak idea-idea bernas yang terhasil, yang menyediakan asas yang kukuh untuk kerjasama, inovasi serta kerjasama yang saling menguntungkan dalam industri hiasan seni bina antara kedua-dua pihak.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180517/2136297-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180517/2136297-1-b