omniture

Jawatankuasa Kerjasama Industri Hiasan Seni Bina China-ASEAN Ditubuhkan Secara Rasmi

Grandland Group
2018-05-21 09:14 1077

SHENZHEN, China, 21 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Pada 11 Mei 2018, Grandland Venue Ekspo Industri Kebudayaan Antarabangsa (ICIF) (Shenzhen) China ke-14 telahpun dilancarkan. Pada majlis perasmian Cawangan Grandland ICIF itu, Kesepakatan untuk Mengukuhkan Kerjasama Saling Menguntungkan Industri Hiasan Seni Bina China-ASEAN diumumkan secara rasmi dan "Jawatankuasa Kerjasama Industri Hiasan Seni Bina China-ASEAN" ditubuhkan secara rasminya, yang menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang erat dalam industri hiasan seni bina antara China dan negara-negara ASEAN dan pastinya akan memainkan peranan positif dalam menggalakkan pertukaran mendalam serta pembangunan jangka panjang untuk kedua-dua pihak. Pengerusi Jawatankuasa Cina dipengerusikan oleh Xu Ningning, Presiden Eksekutif Majlis Perniagaan China-ASEAN manakala Pengerusi Eksekutif Cina dipengerusikan oleh Fan Zhiquan, Pengerusi Shenzhen Grandland Group Co., Ltd. dan Gao Gang, Presiden Persatuan Industri Hiasan Shenzhen.

Gambar Berkumpulan Para Pemimpin dan Tetamu China-ASEAN
Gambar Berkumpulan Para Pemimpin dan Tetamu China-ASEAN

 

Gambar Berkumpulan Tetamu Forum
Gambar Berkumpulan Tetamu Forum

Grandland Group, selaku unit Pengerusi Eksekutif Cina bagi Jawatankuasa Kerjasama Industri Hiasan Seni Bina China-ASEAN, akan komited untuk menjadi pengamal dan penggalak aktif terhadap kerjasama China-ASEAN dan berkongsi peluang-peluang pembangunan, berusaha menggalakkan industri hiasan seni bina China-ASEAN bagi mencapai tahap kerjasama yang lebih luas, lebih besar dan lebih tinggi serta bersama-sama melakar lembaran baharu berkenaan kerjasama dan pembangunan yang saling bermanfaat dan saling menguntungkan itu.

Berhubung "China-ASEAN: Forum Sidang Kemuncak Kerjasama, Inovasi, Saling Menguntungkan" yang diadakan pada sebelah petang hari pembukaan tersebut, wakil-wakil daripada Dewan Perniagaan dan Industri, perusahaan seni bina, kontrak kejuruteraan dan hiasan seni bina di China dan negara-negara ASEAN berhimpun untuk bertukar-tukar pandangan mengenai keadaan semasa dalam industri-industri seni bina dan hiasan seni bina di pelbagai negara serta membincangkan bagaimana untuk mengukuhkan kerjasama industri hiasan seni bina China-ASEAN demi mencapai pembangunan yang saling menguntungkan. Di bawah perbincangan menyeluruh oleh para tetamu daripada seluruh bahagian, banyak idea-idea bernas yang terhasil, yang menyediakan asas yang kukuh untuk kerjasama, inovasi serta kerjasama yang saling menguntungkan dalam industri hiasan seni bina antara kedua-dua pihak.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180517/2136297-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180517/2136297-1-b

Source: Grandland Group
Keywords: Construction/Building Licensing/marketing agreements