omniture

Penginapan Musim Panas Luar Biasa bersama Address Hotels + Resorts, Vida Hotels and Resorts dan Rove Hotels

Emaar Hospitality Group
2018-05-21 10:28 908

DUBAI, UAE21 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Emaar Hospitality Group, subsidiari hospitaliti dan libur Emaar Properties, menawarkan pengalaman hospitaliti yang tiada tandingan pada musim panas ini dengan harga yang kompetitif, disesuaikan khusus untuk musim berkenaan di tiga jenama hotel tersendiri miliknya sehingga 30 September 2018.

generated by system

generated by system

Harga istimewa musim panas ini boleh dimanfaatkan melalui penginapan hotel yang mendatangkan kepuasan di jenama mewah premium milik Emaar Hospitality Group, Address Hotels + Resorts, gaya hidup mewah Vida Hotels and Resorts serta hotel skala tengah yang kontemporari, Rove Hotels.

Di kedua-dua Address Hotels + Resorts dan Vida Hotels and Resorts, para tetamu boleh menginap selama satu malam secara percuma, untuk setiap penginapan dua malam yang ditempah. Hotel-hotel mengagumkan yang mengambil bahagian termasuk Address Boulevard yang bersambung dengan The Dubai Mall,destinasi membeli belah yang terbesar di dunia. Buat mereka yang menyukai penginapan di tepi laut, Address Dubai Marina amat sesuai, peminat sukan golf pula boleh ke Address Montgomerie. Untuk pusat peranginan dengan Hiasan Berjalin mewah, Palace Downtown ialah pilihan yang sempurna.

Vida Downtown menawarkan tetamu dengan gaya dan kemudahan manakala Manzil Downtown menampilkan reka bentuk asli, dilengkapi dengan hospitaliti Arab sejati.

Amat sempurna untuk pengembara moden, Rove Hotels menjamin penginapan hebat pada harga yang tiada tandingan. Para tetamu berpeluang memanfaatkan harga penginapan bermula daripada hanya AED 198 semalam menerusi lima hartanah yang terletak di sekitar bandar.

Olivier Harnisch, Ketua Pegawai Eksekutif Emaar Hospitality Group, berkata: "Pengalaman musim panas kami adalah sempurna untuk keluarga dan pasangan yang ingin menikmati yang terbaik di Dubai dan mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan daripada hartanah bertaraf dunia Emaar Hospitality Group. Kami menyasarkan untuk memenuhi aspirasi gaya hidup pengembara luar negara dan juga penduduk Dubai serta menyumbang secara signifikan kepada sektor pelancongan di bandar ini yang popular di seluruh dunia pada sepanjang bulan-bulan musim panas."

Bagi tetamu yang menginap di Address Hotels + Resorts, Vida Hotels and Resorts dan Rove Hotels, 'Live It Up' menawarkan dua pakej untuk mengiringi mana-mana penginapan secara eksklusif dan hanya boleh dibeli di kaunter penyambut tetamu hotel melibatkan hotel-hotel Emaar Hospitality Group yang mengambil bahagian.

Manfaatkanlah tarikan libur yang paling menarik di bandar ini seperti Taman VR, Gelanggang Ais Dubai, Akuarium & Zoo Dalam Air Dubai serta KidZania®; tarikan-tarikan seterusnya yang dicari-cari termasuk Dubai Opera dan At the Top, Burj Khalifa, yang memberi pengalaman luar biasa pada harga yang tiada tandingannya. Para tetamu boleh memilih dua tarikan hanya pada harga USD 39 setiap pakej, atau terus memperhebatkan pengalaman dengan empat tarikan hanya pada harga USD 59 setiap pakej.

Butiran lanjut layari: http://www.addresshotels.comhttp://www.vidahotels.comhttp://www.rovehotels.com

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Kelly Home
ASDA'A BM
+9714-4507600
kelly.home@bm.com

Sumber: Emaar Hospitality Group

Source: Emaar Hospitality Group
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Travel