GUANGZHOU, China, 21 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Minggu lalu, Prolight + Sound Guangzhou 2018 (PLSG) mempamerkan industri audio dan pencahayaan dunia melalui edisi terbesar dalam sejarahnya dengan jumlah 75,993 pengunjung (+2.7%).
Menyerlahkan pertumbuhan terkini penyepaduan sistem dalam bidang audio, pencahayaan, komunikasi, persidangan dan KTV, adalah sejumlah 1,300 pempamer (+4%) dari 25 negara dan wilayah. Para peserta berkumpul di ruang pameran berkeluasan 130,000 merentas 13 dewan dan kawasan Y-Channel.
Cik Judy Cheung, Timbalan Pengurus Besar Messe Frankfurt (Shanghai) Co Ltd, gembira dengan keputusan serta merta edisi 2018: "Dengan pendekatan pameran yang diperhalusi pada pengezonan dan penawaran produk, hal ini sangat menggalakkan untuk menyaksikan pertumbuhan pada jumlah pengunjung dan pempamer pada tahun ini. Kegembiraan berterusan para peserta kami adalah bukti kepada komitmen pameran dalam memberi maklum balas kepada keperluan transformasi industri."
Negara dan wilayah pelawat tertinggi yang berdaftar ialah tanah besar China, India, Taiwan, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Korea, Thailand, AS, Rusia dan Singapura, dengan delegasi pembeli antarabangsa khusus dari Taiwan dan Korea.
Banyak jenama audio dan pencahayaan antarabangsa utama hadir di pameran itu, termasuk Absen, Bosch, Bose, d&b audiotechnik, Harman International, Kvant, Madrix, Pangolin, SE Audiotechnik, Sennheiser, SGM, Shure, Yamaha.
Program sampingan yang dijalankan serentak membantu meningkatkan tahap pertukaran maklumat. Audiens yang sentiasa padat turut serta dalam Kursus Latihan Tahunan PLSG yang sangat dinantikan yang meliputi kemahiran teknikal bagi acara luar berskala besar untuk pereka dan jurutera sistem.
Ulasan Pempamer
"PLSG ialah sebuah pameran penting bagi kami untuk mempromosi rangkaian produk kami di China – sebuah pasaran yang kami cuba tembusi secara proaktif. Juga, di pameran ini kami boleh melihat lebih banyak jenama antarabangsa. Penyelesaian lengkap dalam audio dan visual ialah trend yang jelas untuk industri ini di sini, dan penawaran di pameran ini membantu menunjukkan arah tuju masa hadapan ini. Kami juga sangat gembira dengan kualiti dan kuantiti pengunjung."
Cik Joyce Tang, Pengurus Pemasaran, Bose Electronics (Shanghai) Co Ltd
"Saya gembira menyaksi semua pempamer di sini sangat bersemangat tentang PLSG, kerana ia bermakna mereka membawakan produk terbaik kepada peserta. Semasa pameran, saya telah terlibat dengan ramai pelanggan dari sektor berbeza, termasuk pengguna akhir seperti badan-badan kerajaan dan penyepadu sistem. Saya tidak sabar untuk mengubahnya kepada perniagaan sebenar selepas pameran ini."
En Ling Jun Luo, Pengurus Platform Wilayah Guangdong, Guangzhou Creator Technology Co Ltd
Ulasan Pengunjung
"Saya menghadiri pameran ini dengan 36 ahli persatuan. Perjalanan kami kali ini agak berjaya, kerana terdapat banyak pilihan jenama-jenama yang diimport dan dieksport pada harga tawaran. Dahulu, kami perlu pergi ke pameran Eropah untuk mempelajari teknologi baharu dan bertemu dengan jenama-jenama antarabangsa, tetapi kini kami juga boleh menemui mereka di China."
En Frank Wang, Pengerusi, Persatuan Peralatan Hiburan & Teknologi Komunikasi Digital
Ulasan program sampingan
"Kesilapan mempunyai kos yang sama di mana-mana, dan ini bermakna program-program pendidikan seperti Kursus Latihan PLSG ini penting untuk industri hiburan China untuk belajar bagaimana untuk mengelakkan bencana semasa acara-acara awam."
En Tim Robert, Pengarah, The Event Safety Shop Ltd (UK), Penceramah Kursus Latihan Tahunan PLSG
Edisi seterusnya akan diadakan pada 24 – 27 Februari 2019 di lokasi yang sama, meneruskan perjalanannya sebagai platform terkemuka untuk industri audio visual, pencahayaan dan bunyi profesional di China.
Prolight + Sound Guangzhou dianjurkan oleh Messe Frankfurt dan Guangdong International Science and Technology Exhibition Company. Layari www.prolightsound-guangzhou.com untuk butiran.
Hubungi:
Andrew Tsang
Tel. +852-2230-9281
andrew.tsang@hongkong.messefrankfurt.com