GUANGZHOU, China, 21 Mei 2018 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pembuat auto yang paling pesat berkembang di China, telah mengumumkan penubuhan GAC Motor International Company ("Syarikat Antarabangsa") untuk menguruskan perniagaan-perniagaan luar negara GAC Motor. Ia adalah bahagian kritikal strategi peluasan global pembuat auto ini untuk mengukuhkan kerjasama, meningkatkan daya saing, dan meningkatkan potensinya untuk pertumbuhan jualan di pasaran global.
Syarikat Antarabangsa ini akan menyediakan GAC Motor dengan platform bersepadu untuk mengawasi semua anak syarikat antarabangsa dan pejabat-pejabat serantaunya termasuk syarikat A.S.nya, serta menguruskan kilang pemasangannya. Ia juga akan membantu GAC Motor meningkatkan kekuatannya dari segi struktur organisasi dan kakitangan. GAC Motor International (HK) Ltd juga akan menubuhkan sebuah platform dagangan antarabangsa perniagaan eksport syarikat. Ia juga akan memudahkan pelaksanaan dasar perniagaan dan sokongan kempen pasaran.
"Syarikat Antarabangsa ini akan menyokong matlamat GAC Motor untuk membina jenama bertaraf dunia," kata Yu Jun, Presiden GAC Motor. "Kami sedang mewujudkan pelan jangka panjang untuk masa hadapan dan berharap untuk mempunyai perkongsian yang terbuka, menyeluruh dan saling menguntungkan dengan wakil-wakil kami, yang akan membolehkan kami meneroka pasaran global yang luas, dan bersama-sama melakar bluprin baharu yang lebih cantik."
GAC Motor kini beroperasi di 14 negara dan wilayah, dan beberapa model kenderaan elit yang diiktiraf seperti GS4 dan GS8 telah dikeluarkan secara global. Syarikat merancang untuk mencapai 18 negara menjelang hujung tahun 2018 dengan 4 model baharu, termasuk GS3, GS7, GA4 dan GM8 untuk dilancarkan di pasaran luar negara.
Pejabat-pejabat serantau akan ditubuhkan di Timur Tengah, Afrika, Amerika Selatan dan wilayah-wilayah lain apabila perlu untuk menyokong pembangunan perniagaan dengan pengedar tempatan dengan lebih baik. Anak syarikat di Rusia juga akan mula beroperasi tidak lama lagi, seterusnya menjangkau pasaran Eropah Timur.
Di samping meningkatkan pembangunan produk dan mengembangkan rangkaian kenderaan yang ditawarkannya, GAC Motor sedang giat mempersembahkan teknologi dan produk yang berkualiti tinggi dan menetapkan trend di pameran-pameran auto antarabangsa yang terkenal. Selepas kejayaan pameran di NAIAS dan NADA, GAC Motor akan turut serta dalam Pameran Motor Paris, Pameran Auto Los Angeles dan Pameran Auto Antarabangsa Moscow lewat tahun ini untuk terus mengembangkan lagi imej jenama.
GAC Motor juga telah membuat beberapa pencapaian dalam membina rangkaian penyelidikan dan pembangunan (R&D) global. Pusat R&D Lembah Silikonnya kini bertindak sebagai platform untuk mengumpulkan bakat, menyepadu teknologi canggih dan mengukuhkan kerjasama merentas sempadan. Pusat Reka Bentuk Canggih Los Angeles GAC bertanggungjawab untuk membangunkan reka bentuk kenderaan yang berpandangan ke hadapan, ciri-ciri interaktif dan penjenamaan pasaran yang berkaitan, sementara pusat R&D Detroit kini dalam peringkat persediaannya dan akan memberi tumpun terhadap membangunkan kenderaan dan teknologi untuk pasaran Amerika Utara.
Inisiatif pencarian bakat global GAC Motor juga ialah bahagian penting dalam strategi pengembangan globalnya. Pada bulan Jun ini, GAC akan memulakan jelajah perekrutan bakat luar negara ketiganya di bandaraya-bandaraya Eropah, termasuk Stuttgart, Munich dan Paris, untuk menarik bakat cemerlang dalam bidang R&D, teknologi pintar, reka bentuk kenderaan, pengurusan pengeluaran dan pemasaran.
"Ia merupakan matlamat kami untuk menjadi jenama bertaraf dunia dan perusahaan global yang menyumbang kepada pembangunan masa hadapan mobiliti. Kami akan terus meneroka pasaran global, bekerjasama dengan rakan kongsi, pembekal dan pengedar untuk menyokong pembangunan peniagaan kami," kata Yu.
Latar Belakang GAC Motor
Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-238 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study SM (IQS) China J.D. Power Asia Pacific, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor
Hubungan Media:
Sukie Wong
+86-186-8058-2829
GACMotor@126.com
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180518/2137683-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180518/2137683-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180518/2137683-1-c