omniture

Hari Seni Memberi Antarabangsa Dirai Seluruh Dunia

KIIT
2018-05-21 11:48 624

BHUBANESHWAR, India, 21 Mei 2018/PRNewswire/ --

Art of Giving (AOG), satu falsafah hidup untuk menyebarkan kedamaian dan kebahagiaan dalam kalangan masyarakat, diasaskan pada 17 Mei 2013 oleh  Prof. Achyuta Samanta, seorang pendidik, aktivis sosial, reformis sosial dan Pengasas KIIT & KISS yang terkenal. Sejak itu, hari ini disambut sebagai Hari Seni Memberi Antarabangsa pada setiap tahun. Lebih 7 juta orang di 17,200 pusat serata dunia menikmati hidangan sempena sambutan perayaan ulang tahun ke-5 'Art of Giving' ('Seni Memberi') pada 17 Mei 2018.

generated by system

Tema perayaan tahun ini ialah 'Pyaar Bhara Pack', atau memberi makan dengan kasih sayang, yang berpaksikan prinsip 'Sumbangan Orang Ramai, Penyertaan Orang Ramai'. Hidangan makanan besar untuk mereka yang kurang bernasib baik itu dianjurkan oleh individu-individu berhati mulia yang diilhamkan oleh falsafah Seni Memberi di lebih 16,500 pusat di seluruh negara tersebut, meliputi semua bandar di seluruh Negeri. Secara global, hari penting ini diraikan di 610 pusat yang tersebar di 80 negara dalam enam benua, seperti Korea Selatan, Kenya dan Burundi.

Di Odisha, 3.5 juta orang menikmati hidangan di 6,500 pusat, meliputi 4,000 Panchayat, semua ibu pejabat Blok, NAC dan Perbandaran. Di Bhubaneswar, perayaan ini dirasmikan oleh En. Priyadarshi Mishra, Yang Berhormat MLA, Bhubaneswar (Utara); En. Ananta Narayan Jena, Datuk Bandar, Bhubaneswar Municipal Corporation; Shri Ajay Agrawal, Gabenor Daerah, Lions Club dan Prof. Achyuta Samanta.

Makan tengah hari besar diadakan di lebih 300 pusat di bandar tersebut, termasuk lapan lokasi mega: Janata Maidan, Tapak Pameran, Laxmisagar Melan Padia, Kargil Basti, Mahisakhala, Niladrivihar, Patharbandh Basti dan Stadium KIIT. Di samping itu, hidangan makanan mewah turut disumbangkan kepada hampir semua rumah anak yatim, rumah orang-orang tua dan kuil di bandar berjiran, Cuttack serta Bhubaneswar.

Prof. Samanta mengucapkan terima kasih kepada ribuan individu berhati mulia kerana menyokong dan meraikan Seni Memberi di seluruh dunia dan memberi makanan kepada berjuta-juta orang. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pelajar, alumni dan kakitangan Kalinga Institute of Industrial Technology (KIIT) dan Kalinga Institute of Social Sciences (KISS), Bhubaneswar atas sumbangan sepenuh hati mereka bagi menjayakan sambutan ini.

Latar Belakang AOG:

'Art of Giving' ('Seni Memberi') ialah satu inisiatif bukan untung bagi tujuan menyebarkan, menyokong dan menggalakkan amalan memberi di seluruh dunia. Ia berasaskan falsafah hidup Prof. Samanta, yang bergelut sewaktu mengalami kemiskinan, kebuluran dan penghinaan dalam menerima serta merasai nikmat memberi pada zaman kanak-kanak beliau. Beliau memberi penghargaan kepada 'Art of Giving' atas semua kejayaan beliau dan berusaha bertungkus lumus untuk mencapai kemiskinan sifar, kebuluran sifar dan buta huruf sifar sejak tahun 1987.

Untuk maklumat lanjut, sila layari - (http://www.artofgiving.in.net/) (fb.com/artofgiving.in.net)

Perhubungan media:
Shradhanjali Nayak
Pengarah - Perhubungan Awam
KIIT
+91-9437020240
shradhanjali@kiit.ac.in 

Sumber: KIIT

Source: KIIT
Keywords: Art Education Food/Beverages Not for profit