omniture

EasyStack Selesai Pembiayaan Pusingan Siri C+ untuk Infrastruktur Hiper-Tertumpu Sedia Awan Generasi Akan Datang

EasyStack
2018-05-21 11:58 1195

BEIJING, 21 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Pada 15 Mei 2018, EasyStack, peneraju industri pengkomputeran awan sumber terbuka di China, dengan rasmi melancarkan nama jenama Cinanya di acara Spring Launch yang diadakan di Beijing, dan mengumumkan bahawa ia telah melengkapkan pembiayaan pusingan Siri C+, yang menarik pelaburan berjumlah RMB300 juta daripada berbilang dana RMB, yang akan digunakan terutamanya untuk R&D teknologi teras, pembangunan produk pengkomputeran awan, dan membina ekosistem untuk penyelesaian perusahaan. Dengan pembiayaan pusingan Siri C+ yang telah diperolehinya, EasyStack akan menghapuskan struktur korporat VIEnya dalam tahun ini. Kepentingan hal ini benar-benar bermakna pengkomputeran awan sumber terbuka telah membangun dengan pesat di pasaran China dan memenangi pengiktirafan meluas dari pengguna perusahaan dalam industri.

Ditubuhkan dalam bulan Februari 2014, EasyStack telah memulakan tahun kelimanya dalam tahun 2018. Dilengkapkan dengan himpunan teknologi inovatif dan produk yang tersendiri, EasyStack telah membantu menubuhkan platform berasaskan awan di lebih daripada 300 perusahaan bersaiz besar dan sederhana. Dalam suku pertama tahun ini, ia telah memperolehi kumpulan pertama pelanggan antarabangsa. Menurut Chen Xilun, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif EasyStack, matlamat lima tahun akan datang syarikat ialah untuk menjadi "peneraju perusahaan pengkomputeran awan berasaskan sumber terbuka global". Untuk memenuhi matlamat strategik syarikat, beliau mengutarakan konsep "tiga faktor utama untuk pengkomputeran awan perusahaan", iaitu momentum awan sumber terbuka, pengeluaran dan ekosistem yang dimanfaatkan.  

Menurut sumber yang rapat, EasyStack telah mencapai pengeluaran, faktor utama kedua, dan sedang membuat rancangan untuk memanfaatkan ekosistem ini, faktor utama ketiga. Sebagai kemuncak acara pelancaran ini, EasyStack memperkenalkan ECS Stack, produk infrastruktur hiper-tertumpu sedia awan yang inovatif, yang bakal dilancarkan secara rasmi dalam bulan Julai. Chen berkata, "Pengkomputeran awan yang dikaitkan dengan infrastruktur hiper-tertumpu boleh dianggap sebagai mempunyai sistem operasi pintar yang dikaitkan dengan peranti telefon mudah alih. Dalam pelan hala tuju dan pasaran generasi akan datang, pembangunan infrastruktur hiper-tertumpu akan memberi tumpuan pada penyampaian semua-dalam-satu (AIO) perisian dan perkakasan untuk pengkomputeran awan. Menyokong perkhidmatan berbilang awan, penambahbaikan perkhidmatan mikro berasaskan granulariti, dan berorientasikan aplikasi akan menjadi tiga ciri produk yang utama bagi infrastruktur hiper-tertumpu untuk berjaya dalam penggunaan perusahaan di masa hadapan."

Sementara itu, EasyStack juga mengumumkan seni bina rujukan perkakasan untuk ECS Stack. Sugon, rakan kongsi strategik rasmi untuk ECS Stack, bakal melancarkan penyelesaian bersepadu yang berasaskan perkakas AIO dalam suku ketiga.

Dari segi kerjasama ekosistem dan saluran, EasyStack kini mempunyai lebih daripada 100 rakan kongsi ekosistem dan lebih 300 rakan kongsi saluran. Kemuncak penting acara Spring Launch, EasyStack mengumumkan perjanjian strategik dengan Boxue Education untuk bersama-sama menubuhkan Akademi EasyStack Boxue. Latihan pertama yang boleh disampaikan adalah kursus-kursus latihan CKA dan pensijilan teknologi kontena global lain yang akan membantu memupuk dan membina kemahiran kritikal dalam pasaran bakat kontena Cina.

Source: EasyStack
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Financing agreements Licensing/marketing agreements