omniture

Kehangatan gelombang K-Pop kian terasa! JOOX membawa kepada anda siaran langsung BTS Comeback Show eksklusif di lima buah negara termasuk Malaysia

JOOX
2018-05-21 19:16 1093

KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Mei, 2018 /PRNewswire/ -- Para peminat K-Pop yang sentiasa dahagakan muzik eksklusif dan persembahan yang bertenaga, kini tidak perlu pergi jauh. JOOX, sebuah platform penstriman muzik percuma, akan membawa anda mendekati kumpulan BTS (Bangtan Boys) yang dianggotai oleh tujuh anak muda Korea Selatan, pada bulan Mei ini di Malaysia, Hong Kong, Indonesia, Myanmar dan Thailand!

Persembahan Kembali BTS
Persembahan Kembali BTS

BTSurprise Pertama - BTS Annual Comeback Show Kembali!

Peminat fanatik BTS kini boleh menonton siaran "BTS Comeback Show - Highlight Reel" menerusi penstriman secara langsung percuma, EKSKLUSIF menerusi aplikasi atau laman web JOOX, yang pastinya membuatkan anda histeria dengan gaya, gerak tarian dan vokal mereka yang bertenaga! Diadakan pada 24 Mei di Seoul, persembahan muzik selama 70 minit itu bakal menampilkan sesi temubual istimewa dan persembahan mantap tujuh anggotanya iaitu: V, Jin, Jimin, Jung Kook, RM, SUGA dan j-hope.

Jadual penstriman eksklusif "BTS Comeback Show - Highlight Reel" di JOOX:

Malaysia

7:30pm waktu tempatan / 8:30pm waktu Korea

RSVP sekarang (https://bit.ly/2LcCFYO) untuk menambah konsert wajib tonton ini ke laman jadual siaran langsung anda! Tidak dapat menonton aksi live pada 24 Mei? Jangan bimbang. Peminat boleh menonton semula konsert percuma menerusi video-on-demand EKSKLUSIF di JOOX sehingga 23 November 2018, dengan tambahan pilihan sarikata Bahasa Inggeris.

BTSurprise Kedua - Persediaan untuk Konsert Comeback dengan mendengar album terbaru BTS "LOVE YOURSELF: Tear"

Tidak sabar menunggu Konsert Comeback berlangsung? Sementara itu, persiapkan diri anda untuk jatuh cinta dengan kumpulan ini sekali lagi dengan mendengar album terbaru mererka "LOVE YOURSELF: Tear". Para peminat kini boleh mendengar album penuh yang terhangat ini di kedua-dua aplikasi dan laman web JOOX.   

Kehangatan K-Pop tidak akan berhenti! Untuk menikmati muzik K-Pop kegemaran anda dan persembahan secara langsung di mana jua, pada bila-bila masa, muat turun aplikasi JOOX di Apple App Store dan Google Play Store, atau layari laman web JOOX (http://www.joox.com/). Ikuti kami untuk lebih banyak muzik hebat dan persembahan artis tempatan dan antarabangsa secara langsung, dibawakan kepada anda oleh JOOX!

Muat turun sekarang untuk memulakan pengembaraan muzik premium anda hari ini!

Tentang JOOX

JOOX ialah aplikasi muzik percuma yang dihasilkan untuk peminat muzik. Dengan pustaka lagu-lagu hit yang luas dari seluruh dunia, JOOX menghubungkan anda dengan artis kegemaran anda, lagu, album dan senarai main yang diperibadikan. Para pengguna berpeluang menemui muzik baharu yang hebat menerusi lagu-lagu yang dicadangkan serta stesen radio yang menepati minat dan mood anda.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180515/2133672-1

Source: JOOX
Related Links:
Keywords: Entertainment Mobile Entertainment Music New products/services Future Events