omniture

Air China bakal Lancar Laluan Beijing-Hanoi Baharu

Air China
2018-05-22 03:31 835

BEIJING, 22 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Air China akan melancarkan perkhidmatan baharu antara Beijing dan Hanoi pada 1 Jun 2018. Laluan tanpa henti ini akan membolehkan penumpang melakukan penerbangan dari Beijing ke ibu kota Vietnam yang menawan hanya dalam tempoh empat jam.

Diasaskan sejak lebih 1,000 tahun yang lalu, Hanoi mempunyai sejarah panjang dan kompleks yang ditonjolkan oleh pelbagai gaya seni bina yang eklektik termasuk bangunan kolonial Perancis, Katedral Hanoi Neo Gotik dan tokong serta pagoda Cina yang tidak terkira banyaknya yang boleh dilihat di seluruh bandar. Pada tahun 2017, perdagangan dua hala antara China dan Vietnam melebihi USD 100 bilion buat julung kalinya, manakala China kekal menjadi rakan dagangan terbesar Vietnam buat tahun ke-13 berturut-turut. Menurut Pejabat Perangkaan Am Vietnam, pelancong-pelancong Cina melakukan lebih 4 juta perjalanan ke Vietnam pada tahun 2017, meningkat 48.6% berbanding tahun sebelumnya.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Air China membuka laluan-laluan antara Beijing dan Ho Chi Minh, Hangzhou dan Nha Trang, serta Chongqing dan Nha Trang. Hubungan terkini antara Beijing dan Hanoi akan mengukuhkan hubungan perdagangan, pelaburan, pelancongan dan kebudayaan antara China dan Vietnam, sekaligus menawarkan pilihan perjalanan baharu yang mudah untuk penumpang Cina yang tertarik untuk meneroka Vietnam dan negara-negara jiran di Asia Tenggara. Sebaliknya, laluan Air China baharu juga akan memudahkan penumpang dari Vietnam dan Asia Tenggara terbang ke Beijing, yang mana dari sanalah mereka berpeluang memilih daripada rangkaian destinasi antarabangsa yang luas.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Air China meluaskan capaian jaringan laluan globalnya, yang melibatkan hab pusatnya di Beijing. Sebagai sebahagian daripada usaha peluasan ini, Air China melancarkan laluan baharu ke Asia Tenggara, dengan tumpuan terhadap destinasi-destinasi serantau utama. Air China telahpun mengendalikan penerbangan hampir ke 20 destinasi di Asia Tenggara, termasuk Singapura, Kuala Lumpur, Manila, Chiang Mai dan Rangoon. Beberapa tahun kebelakangan ini juga, ia turut membuka laluan baharu antara Hangzhou, Tianjin, Shanghai, Chengdu dan Bangkok; Hangzhou dan Phuket; serta Beijing dan Jakarta.

Maklumat penerbangan:

Laluan baharu antara Beijing dan Hanoi akan beroperasi dengan nombor penerbangan CA741/742 empat kali seminggu, iaitu pada hari Selasa, Khamis, Jumaat dan Ahad. Penerbangan keluar akan berlepas dari Beijing pada jam 01:25 dan tiba di Hanoi pada jam 04:15; penerbangan masuk akan berlepas dari Hanoi pada jam 05:45 dan tiba di Beijing pada jam 10:25 (semuanya dalam waktu tempatan).

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180323/2086726-1LOGO

 

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Travel New products/services