omniture

Trina Solar selesaikan pemerolehan Nclave

Trina Solar Limited
2018-05-22 08:43 1432

CHANGZHOU, China, 22 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Trina Solar Limited ("Trina Solar" atau "Syarikat") mengumumkan ia berjaya menyelesaikan pemerolehan Nclave Renewable S.L. ("Nclave") yang berpangkalan di Sepanyol, iaitu pengeluar sistem pengesan solar yang terkemuka di dunia. Ini merupakan kali pertama sebuah syarikat solar Cina memperoleh pengeluar pengesan solar di luar pasaran asalnya, seraya mempercepatkan transformasi strategik Trina Solar daripada pembekal produk PV yang terkemuka menjadi penyedia penyelesaian PV pintar bertaraf global. Pemerolehan ini juga memperlihatkan satu lagi langkah kukuh ke arah transformasi strategik Trina Solar menjadi sebuah perusahaan yang bertumpu pada pembangunan penyelesaian tenaga alternatif dan boleh diperbaharui yang berfungsi bersama-sama ekosistem Internet Komunikasi Benda.

Menerusi pemerolehan ini, penyelesaian PV pintar TrinaPro terkini daripada Trina Solar akan menggabungkan secara langsung produk pengesan dan reka bentuk kejuruteraan Nclave, manakala teknologi-teknologi canggih Nclave akan turut disepadukan secara mendalam ke dalam penyelesaian pintar Trina Solar.

Nclave diasaskan oleh Keluarga Clavijo dan menyatukan syarikat MFV pada tahun 2017 berserta penyertaan dana Q-Growth. Nclave mempunyai pengalaman selama lebih 12 tahun dalam sumber tenaga boleh diperbaharui, telah menyediakan lebih 2.5 GW di seluruh dunia. Kini, ia mempunyai ibu pejabat di Madrid (Sepanyol), pejabat-pejabat komersial di lima benua dan kemudahan pengilangan di Navarra (Sepanyol).

Nclave ialah sebuah syarikat utama dalam pembangunan, reka bentuk, pengilangan, pemasangan dan penyelenggaraan struktur tetap serta pengesan solar fotovolta, termasuk pendimensian dan pelaksanaan semua penyelesaian asas. Nclave menawarkan rangkaian produk terluas dalam pasaran (struktur tetap dan pengesan barisan tunggal dan berbilang dengan sebarang konfigurasi), yang dapat disesuaikan dengan semua kategori projek melalui penyelesaian dengan kos pelaburan minimum; serta pengendalian dan penyelenggaraan. Reka bentuk untuk komponen dan struktur teras telah memperoleh pelbagai paten antarabangsa.

Latar Belakang Trina Solar Limited

Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar ialah salah sebuah syarikat solar Cina pertama yang tersenarai dalam Bursa Saham New York. Setakat akhir tahun 2017, jumlah penghantaran modul Trina Solar mencecah lebih 32GW, tersenarai sebagai yang pertama di dunia. Baru-baru ini, Trina Solar membangunkan TrinaPro, penyelesaian PV pintar berskala utiliti yang proprietari untuk stesen-stesen kuasa besar serta penyelesaian komersial dan kediaman, sistem simpanan tenaga dan modul fotovolta. Sebagai penyedia penyelesaian tenaga solar bersepadu yang terkemuka di dunia, Trina Solar menerajui usaha untuk berubah menjadi jenama dalam dunia IoT (Internet Komunikasi Benda) tenaga dan komited untuk menjadi peneraju global dalam sektor baharu dan baru muncul ini.

Source: Trina Solar Limited
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities