omniture

Tinjauan Pendidikan Eksekutif Financial Times Senaraikan CCL 10 Terbaik Dunia

Center for Creative Leadership
2018-05-22 11:01 1614

KUALA LUMPUR, Malaysia dan BANGKOK, 22 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Center for Creative Leadership (CCL®) berada pada kedudukan ke-10 secara keseluruhan dalam tinjauan pendidikan eksekutif seluruh dunia Financial Times, yang disiarkan pada Isnin lalu, 14 Mei.

CCL mengekalkan kedudukannya sebagai pendidikan eksekutif dengan ranking teratas untuk program-program Kemasukan Terbuka dalam tinjauan 2018 terhadap institusi-institusi pendidikan terbaik dunia. Ini merupakan tahun ke-17 berturut-turut CCL menduduki kedudukan 10 Teratas dalam tinjauan tersebut.

CCL ialah satu-satunya institusi, daripada lebih 85 institusi dalam penarafan ini yang menumpu secara eksklusif pada pembangunan kepimpinan. Penarafan adalah berdasarkan maklum balas langsung daripada pelanggan organisasi dan pelanggan individu yang memberi penarafan kepada penyedia-penyedia pendidikan eksekutif utama, termasuk Harvard, Wharton, IMD dan Insead, untuk kualiti dan impak.

"CCL memberi tumpuan bagi mendapatkan hasil untuk pelanggan kami dan penarafan ini memperlihatkan perbezaan kritikal yang dibawakan oleh pembangunan kepimpinan untuk individu dan juga organisasi," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CCL John R. Ryan. "Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama setiap hari dengan pelanggan-pelanggan bertaraf dunia di seluruh dunia dan untuk turut serta bersama banyak institusi pendidikan yang luar biasa dalam tinjauan ini."

"Kami berasa bertuah kerana dapat mengekalkan kedudukan teratas kami dalam penarafan FT 2018. Penarafan ini menjadi bukti kualiti penyelidikan kami, impak yang kami cetuskan untuk organisasi dan individu serta pasukan yang melibatkan diri dan bermotivasi yang kami miliki di seluruh dunia," kata Thomas Goh, Ketua Pegawai Pelanggan dan Pengarah Urusan, APAC. "Hari ini, di rantau Asia Pasifik, perubahan telah menjadi perkara lumrah dalam seluruh industri. Berlatarbelakangkan senario ini, pembangunan kepimpinan, khususnya yang mempersiapkan pemimpin untuk masa depan, menjadi lebih penting berbanding sebelum ini. Organisasi-organisasi dan individu-individu perlu membina asas bagi menginovasi dan beradaptasi. Kami terus komited untuk membantu pelanggan kami menavigasi lanskap yang pesat berubah ini."

"Jalinan kerjasama dengan CCL bagi program MARUTI LEaD untuk pemimpin-pemimpin kanan tahun lalu terbukti memberi impak kepada persediaan Maruti demi masa depan organisasi," kata Rajesh Uppal, Ketua Pegawai Maklumat Maruti Suzuki. "Peserta-peserta berupaya mengasah kemahiran mereka, memperoleh kesedaran diri yang lebih baik, mengaitkan apa yang dipelajari kepada tugasan harian dan mencapai gaya kepimpinan yang sama dalam kalangan pemimpin, menginspirasikan bahagian organisasi selebihnya untuk mengikutinya."

Latar Belakang CCL
Center for Creative Leadership (CCL®) ialah penyedia pembangunan kepimpinan global yang berkedudukan teratas. Dengan memanfaatkan kuasa kepimpinan bagi memacu hasil yang paling penting untuk pelanggan, CCL mengubah pemimpin individu, pasukan, organisasi dan masyarakat. Rangkaian penyelesaian canggih kami yang pelbagai ini padat dengan penyelidikan dan pengalaman meluas yang diperoleh hasil kerjasama dengan ratusan ribu pemimpin pada semua peringkat. Ditarafkan sebagai antara 10 penyedia Utama dunia bagi pendidikan eksekutif oleh Financial Times, CCL mempunyai pejabat-pejabat di Greensboro, NC; Colorado Springs, CO; San Diego, CA; Brussels, Belgium; Moscow, Rusia; Addis Ababa, Etiopia; Johannesburg, Afrika Selatan; Singapura; New Delhi-NCR, India; dan Shanghai, China.

 

Source: Center for Creative Leadership
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education Survey, Polls & Research