BUENOS AIRES, Argentina, 23 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Sterlite Power, yang memenangi pesanan untuk membangunkan talian penghantaran kuasa di Brazil tahun lalu, mempertimbangkan pelaburan sebanyak USD 4 bilion dalam projek-projek tenaga di Brazil menjelang tahun 2022.
Mencari pulangan yang lebih baik dan pilihan peluang yang luas untuk pelaburan di Brazil, idea Sterlite Power adalah untuk berkembang pesat di negara tersebut dan menubuhkan ibu pejabatnya di Sao Paulo sebagai tapak untuk usaha peluasan masa depan.
"Kami menyatakan komitmen sebanyak USD 1 bilion (dalam projek-projek), dan bersifat terbuka untuk meluaskan pelaburan ini tiga atau empat kali ganda sepanjang tiga atau empat tahun akan datang," kata Ketua Pegawai Eksekutif Sterlite Group Pratik Agarwal dalam satu kenyataan.
Agarwal selanjutnya menambah bahawa Sterlite telah membentuk satu pasukan tempatan dan kini mencari eksekutif berpengalaman bagi memegang tampuk kepimpinan operasi Brazil dan memimpin usaha peluasan lantaran penembusan mendadak di negara-negara lain.
"Sao Paulo akan menjadi ibu pejabat kami di Amerika Latin untuk membuat perancangan selanjutnya terhadap Brazil," kata Agarwal. Beliau menyebutkan Argentina, Chile, Mexico dan berkemungkinan Peru sebagai negara-negara potensi pilihan dan menyatakan bahawa penembusan ke dalam pasaran-pasaran ini akan dibuat sepanjang tempoh 1-3 tahun.
Eksekutif ini turut menyatakan bahawa selain penyertaan dalam lelongan kerajaan untuk projek-projek baharu, Sterlite akan turut menilai pemerolehan yang bakal dibuat sebagai sebahagian daripada strateginya di dalam negara tersebut.
Keutamaan dalam semua pelaburan, menurut beliau, adalah untuk projek-projek 'kompleks', yang mana beliau menilai bahawa syarikat percaya ia lebih berupaya menjana nilai dan mendapat kelebihan berbanding pihak pesaing.
Sterlite berjaya menarik perhatian industri tenaga Brazil dalam bidaan pertamanya pada April tahun lalu untuk membida konsesi siaran dengan diskaun sebanyak 58.9 peratus berbanding pendapatan terizin maksimum kerajaan untuk projek tersebut.
Syarikat sudahpun memperoleh pembiayaan dan semua lesen alam sekitar untuk salah satu daripada tiga projeknya serta terdapat keyakinan yang tinggi untuk menyiapkannya lebih awal.
"Kami memiliki rekod prestasi cemerlang dalam menyerahkan projek-projek lebih awal daripada tempoh yang dijadualkan dan turut menggunakan beberapa strategi yang inovatif," kata Agarwal.
Beliau menyebutkan bahawa dalam projek di India, syarikat bahkan menggunakan helikopter untuk membawa menara transmisi di satu tapak yang terletak di kawasan pergunungan, yang dapat menjimatkan masa selama berbulan-bulan berbanding kaedah paling tradisional yang digunakan oleh industri India melalui peralatan pemunggahan dengan bantuan keldai.
Untuk butiran lanjut, layari: www.sterlitepower.com
Perhubungan media:
Balaji Krishnaswami
Telefon: +91 9971757474
Emel: balaji.krishnaswami@sterlite.com