omniture

Xiamen Airlines terima penghantaran Boeing 737 MAX pertamanya, kembangkan kumpulan kepada 200 pesawat

Xiamen Airlines
2018-05-23 15:24 1888

SEATTLE dan XIAMEN, China, 23 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Pada 22 Mei waktu tempatan, Xiamen Airlines menerima penghantaran pesawat Boeing 737 MAX pertamanya di Seattle, mengembangkan kumpulan kepada 200 pesawat, dan, dengan itu, memasuki kumpulan syarikat-syarikat penerbangan terbesar dunia secara rasmi.

Xiamen Airlines takes delivery of its first Boeing 737 MAX, expanding the fleet to 200 airplanes
Xiamen Airlines takes delivery of its first Boeing 737 MAX, expanding the fleet to 200 airplanes

737 MAX ialah pesawat awam terlaris dalam sejarah Boeing, menampilkan prestasi yang cemerlang, fleksibel dan cekap. 737 MAX boleh menawarkan penumpang dengan pengalaman penerbangan yang lebih luas dan lebih selesa. Dilengkapi dengan beberapa teknologi terkini, termasuk sayap dan enjin baharu, pesawat ini melangkaui prestasi model generasi terdahulu dalam prestasi penerbangan, perlindungan alam persekitaran dan keandalan.  

Dengan penambahan pesawat, Xiamen Airlines melepasi pencapaian utama, dengan saiz kumpulan kini pada 200 pesawat. Pesawat ini melepasi pencapaian pertama sebanyak 100 pesawat dalam tahun 2013, dan terus berkembang dengan menambah kira-kira 20 pesawat setiap tahun dan menggandakan saiz kumpulan dalam masa lima tahun. Sepanjang tempoh ini, keuntungan operasi syarikat penerbangan ini juga meningkat tahun demi tahun, mencapai keuntungan kasar melebihi 10 bilion yuan (kira-kira US$1.5 bilion). Syarikat penerbangan ini telah mendapat keuntungan selama 31 tahun berturut-turut, mencerminkan pertumbuhan pesat dalam industri penerbangan awam China.

Che Shanglun, pengerusi Xiamen Airlines, mendedahkan bahawa pertumbuhan pesat syarikat penerbangan itu sebahagian besarnya disebabkan oleh rangsangan ekonomi yang disebabkan dari pembaharuan dan keterbukaan China dan peningkatan berterusan dalam standard kehidupan di seluruh China, yang, seterusnya, membawa kepada peningkatan besar-besaran dalam permintaan perjalanan udara. Di sepanjang lima tahun yang lalu, AS, Eropah dan China mencatat kadar pertumbuhan purata tahunan kira-kira 4 peratus, 6 peratus dan 10 peratus dalam jumlah penumpang penerbangan awam, masing-masing, sementara Xiamen Airlines mengalami kadar pertumbuhan purata sebanyak 15 peratus.

Selepas mengembangkan kumpulan kepada 100 pesawat dalam tahun 2013, Xiamen Airlines mempercepatkan langkah ke pasaran antarabangsa. Syarikat penerbangan ini membeli Boeing 787 Dreamliner pertama dalam bulan Ogos 2014 dan melancarkan penerbangan antara benua pertama, antara Xiamen dan Amsterdam, dalam bulan Julai 2015. Di sepanjang dua tahun berikutnya, syarikat penerbangan ini melancarkan 10 penerbangan antara benua ke bandaraya-bandaraya merentas Eropah, Amerika Utara dan Oceania, termasuk Los Angeles, Melbourne, New York, Seattle, Sydney dan Vancouver. Kesemua penerbangan antara benua kini diservis oleh pesawat Boeing 787.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180521/2138615-1

Source: Xiamen Airlines
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Travel New products/services