omniture

BIGO lancar Cube TV beri pemain kemajuan dalam arena eSukan

Sebagai strategi peluasan BIGO lancar Cube TV. Aplikasi ini menumpu pada penstriman langsung permainan mudah alih, arena eSukan dan mempunyai pusat beli belah permainan. Ia menyasarkan untuk memberi pengguna peluang mencuba menjadi PRO.
BIGO Technology Pte. Ltd.
2018-05-23 18:26 1961

SINGAPURA, 23 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Perkhidmatan baharu ini akan menumpu pada penstriman langsung permainan mudah alih, arena eSukan dan pusat membeli belah permainan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pemain.

Mr. Samuel A. Pangerapan, General Director of Applied Information (Ministry of Communication and Information of Republic of Indonesia) “BIGO LIVE has the best AI monitoring technology and the government would like to adopt BIGO’s AI monitoring technology in support of Internet Positive program in Indonesia.”
Mr. Samuel A. Pangerapan, General Director of Applied Information (Ministry of Communication and Information of Republic of Indonesia) “BIGO LIVE has the best AI monitoring technology and the government would like to adopt BIGO’s AI monitoring technology in support of Internet Positive program in Indonesia.”

BIGO yang berpangkalan di Singapura dan memiliki aplikasi penstriman langsung BIGO LIVE baru sahaja mengumumkan pelancaran Cube TV, perkhidmatan yang menyasarkan untuk memenuhi keperluan pemain untuk penstriman langsung permainan mudah alih yang diadakan di Jakarta tatkala mereka menyambut bulan Ramadan bersama komuniti tempatan dan menghormati perbezaan budaya. Aplikasi tersebut akan diperkenalkan di Asia Tenggara dan seterusnya di seluruh dunia secara berperingkat-peringkat.

Aplikasi tersebut juga mempunyai teknologi Blue Ray yang membolehkan pengguna menonton strim langsung dan video dalam Blue Ray. Ia seterusnya akan memperkenalkan 8M Blue Ray dan 20M HD penuh untuk video dan penstriman langsung.

Mobile Legend. Mr. Caya Yan, Operational Director of Mobile Legend “Mobile Legend will partner Cube TV to roll out its esports activities and promotion in Indonesia and more to come.” 2nd right Professional gamer Micheal Souw and most right Mr. Fearus)
Mobile Legend. Mr. Caya Yan, Operational Director of Mobile Legend “Mobile Legend will partner Cube TV to roll out its esports activities and promotion in Indonesia and more to come.” 2nd right Professional gamer Micheal Souw and most right Mr. Fearus)

Menurut Aswin, Ketua Pemasaran, Cube TV, "Idea di sebaliknya adalah untuk mewujudkan persekitaran permainan menarik yang mana kami dapat menyediakan pengguna kami dengan peluang untuk berinteraksi dalam arena permainan, membolehkan mereka meluaskan kelompok sosial mereka dan berpeluang berkongsi minat mereka bersama individu sealiran. Pusat membeli belah tersebut akan memenuhi keperluan pemain yang mencari produk permainan malah membolehkan mereka menjana pendapatan. Kami berharap dapat menyumbang kepada arena e-permainan dan memupuk peluang-peluang untuk pemain di Asia. Kami telah menjalin kerjasama dengan e-pemain profesional seperti Micheal Souw, Afif, Rahmad dan berharap akan menyaksikan lebih ramai penyertaan PRO."

James Wang, Naib Presiden, BIGO, "Bigo Live mempunyai pendapatan sebanyak $300 juta pada tahun 2017 dan sudahpun mendapat keuntungan, Cube TV ialah produk terkini kami sejajar dengan peluasan selanjutnya dan bagi memenuhi keperluan pengguna kami. Menyediakan kandungan yang sanggup dibayar oleh pengguna ialah model perniagaan paling mampan bagi penstriman langsung. Kami berharap dapat mengembangkan perniagaan baharu ini. Ia mempunyai lebih 2 juta pengguna aktif setiap bulan sebelum dilancarkan secara rasmi di Asia Tenggara, Timur Tengah, Amerika Selatan dan Rusia."

Cube TV Idonesia team sealing partnership with Mobile Legends together with professional Micheal Seouw (2nd from left) and Mr Fearus (4th from right)
Cube TV Idonesia team sealing partnership with Mobile Legends together with professional Micheal Seouw (2nd from left) and Mr Fearus (4th from right)

Teguh Arifiyadi, Timbalan Pengarah Penyiasatan Jenayah Siber, KOMINFO, "BIGO menjadi model peranan teladan yang baik dalam industri penstriman langsung Indonesia dan melalui kunjungan pertukaran kami, ia dapat membantu menyeragamkan amalan dan peraturan penstriman langsung. BIGO sentiasa amat proaktif dan bersedia memberikan bantuan mereka untuk membanteras jenayah siber."

Caya Yan, Pengarah Operasi, Mobile Legends, "BIGO ialah salah satu rakan kongsi kami yang paling penting dan berasa teruja kerana dapat bekerjasama dengan Cube TV bagi mengadakan pertandingan e-Sukan dan menggalakkan promosi dalam aplikasi. Mobile Legends akan meningkatkan tumpuan dan sumbernya bagi memacu pasaran permainan Indonesia dan terus menjalin kerjasama yang lebih kukuh dengan Cube TV bagi membawakan lebih banyak faedah pengguna kepada kedua-dua syarikat."

BIGO akan meneruskan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) mereka dalam teknologi AI yang berpangkalan di Singapura yang akan memberi lebih banyak faedah kepada pengguna dalam semua aplikasi iaitu BIGO LIVE, Cube TV, LIKE (aplikasi video pendek) serta Hello Yo (aplikasi khidmat percuma bilik sembang-suara).

Latar Belakang BIGO LIVE

BIGO LIVE diasaskan pada Mac 2016 dan beribu pejabat di Singapura. Ia merupakan sebuah syarikat Internet mudah alih yang bertumpu pada teknologi dan perkhidmatan platform penstriman langsung serta komited untuk membangunkan komuniti siaran video sosial bertaraf global yang terkemuka. BIGO LIVE mempunyai lebih 200 juta pengguna seluruh dunia di lebih 20 negara dan wilayah dan kini merupakan peneraju pasaran dalam industri. Ia juga merupakan platform penyiaran langsung yang paling pesat berkembang di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bigo.tv.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180522/2138606-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180522/2138606-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180522/2138606-1-c

Source: BIGO Technology Pte. Ltd.
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Sports New products/services