omniture

Platform Rantaian Blok XinFin.io Jalin Kerjasama Dengan OMFIF untuk Pelancaran Pelabur Awam Global 2018

XinFin
2018-05-23 23:51 2621

SINGAPURA, 23 Mei 2018 /PRNewswire/ --

XinFin bekerjasama dengan OMFIF untuk GPI 2018 sebagai Rakan Kongsi Teknologi global rasmi mereka. XinFin akan memanfaatkan rangkaian institusi OMFIF bagi meningkatkan kesedaran tentang teknologi rantaian blok serta potensinya untuk pembiayaan infrastruktur.

generated by system

OMFIF ialah badan pemikir global untuk perbankan pusat, dasar ekonomi dan pelaburan awam yang berkaitan dengan bank pusat, dana berdaulat, dana pencen, pengawal selia dan perbendaraan yang turut dikenali sebagai Pelabur Awam Global (GPI), dengan aset boleh dilabur sebanyak $33.8 trilion yang tersebar dalam seluruh rangkaian. OMFIF menumpu pada tema dasar dan pelaburan global dan menawarkan pandangan melalui Analisis dan Mesyuarat. Ia menjalankan kajian ekonomi mengenai isu-isu berkaitan aktiviti-aktiviti institusi ahli seperti dasar monetori dan ekonomi, pengawalseliaan dan pengawasan, tadbir urus serta pengurusan aset dan rizab.

XinFin, sebagai penaja teknologi rasmi akan terlibat dengan rangkaian OMFIF melibatkan 750 Pelabur Awam Global utama bagi memanfaatkannya untuk menggalakkan penyelesaian teknologi berdasarkan rantaian blok yang inovatif demi meningkatkan tahap kecekapan proses perniagaan untuk GPI.

XinFin membangunkan teknologi rantaian blok hibrid yang menggabungkan yang terbaik daripada rangkaian persendirian dan awam serta menawarkan ketelusan berserta keselamatan untuk aplikasi perindustrian. Rangkaian hibrid memenuhi keperluan senarai tindakan berhubung tadbir urus, kiriman wang, kewangan dan perdagangan, antara lainnya. Melalui perkongsian ini, XinFin akan menyumbang untuk mewujudkan penyelesaian yang dapat dilaksanakan dan berdaya maju untuk sektor kewangan. Kajian ekonomi oleh OMFIF digabungkan dengan teknologi rantaian blok XinFin akan membantu mewujudkan konsortium global GPI yang berusaha ke arah infrastruktur mampan dan dunia yang lebih baik.

Naib Presiden Rantaian Blok yang teruja, Sameer Dharap berkata, "Tidak lama lagi kami akan melancarkan fail media digital bersama dengan kerjasama Pakar Ekonomi Kanan, OMFIF memperlihatkan bagaimana teknologi rantaian blok dapat membantu pelabur awam global dalam pembiayaan infrastruktur dan pengurusan modal kerja."

Latar Belakang XinFin 

XinFin ialah protokol Rantaian Blok Hibrid sumber terbuka yang dimulakan dari Singapura. XinFin Network[XDCE](https://coinmarketcap.com/currencies/xinfin-network/) ialah rangkaian utiliti yang membolehkan perusahaan menggunakan aplikasi dunia sebenar pada Protokol Rantaian Blok Hibrid dalam persekitaran yang kondusif, mematuhi dan mesra peraturan untuk pelbagai kegunaan senarai tindakan dalam bidang perdagangan, kewangan, kiriman wang, rantaian bekalan, rawatan kesihatan dan bidang perindustrian lain bagi meningkatkan kecekapan perniagaan. XDC Dev Environment menggalakkan pembangun membina DAPP menggunakan kontrak pintar. Komuniti XinFin memperoleh kejayaan daripada ekosistem yang terdiri daripada pembangun, utiliti rangkaian dan penyokong jangka panjang.

Ikuti XinFin melalui Twitter (@XinFinF), Telegram (https://t.me/xinfintalk) dan Slack (https://xinfin-public.slack.com/).

Hubungi:  Rachna Baruah, rachna@madchatter.in

 

Source: XinFin
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Licensing/marketing agreements Blockchain