RAS AL KHAIMAH, UAE, 24 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Dengan adanya simpanan hidrokrabon yang terbukti, infrastruktur sedia ada yang mudah diakses, terma-terma perkongsian pengeluaran dan rancangan pengkomersialan yang menarik, proses tender untuk meneroka sumber-sumber minyak dan gas di Ras Al Khaimah mendapat minat yang positif pada skala global.
Dilancarkan pada 1 April 2018 dan diurus oleh RAK Petroleum Authority yang baru ditubuhkan untuk menarik minat syarikat-syarikat serantau dan antarabangsa bagi tujuan meluaskan portfolio mereka di UAE, Pusingan Pelesenan RAK 2018 terbukti terkenal, dengan banyak firma yang telahpun memanfaatkan bilik data yang disokong oleh syarikat minyak negara RAK, RAK Gas.
"Pusingan pelesenan berjaya memperoleh maklum balas yang menggalakkan dan positif daripada banyak syarikat antarabangsa yang bersemangat untuk meneroka potensi minyak dan gas Ras Al Khaimah," kata Nishant Dighe, Ketua Eksekutif RAK Petroleum Authority, yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif RAK Gas.
Proses pelesenan melibatkan tujuh bidang kontrak yang mencakupi hampir seluruh emiriah Ras Al Khaimah, ini termasuk empat blok luar pesisir air cetek dan tiga blok daratan.
Dikelilingi oleh medan minyak dan gas yang amat luas, Ras Al Khaimah mempunyai beberapa sistem petroleum yang berfungsi. Peluang-peluang penerokaan terdapat daripada Zaman Jura kepada Tertiar dan dalam kawasan perangkap struktur dan stratigrafi. Walau bagaimanapun, ia masih kekal menjadi kawasan yang belum diterokai.
Seismik 3D baharu seluas 2,200 km persegi yang diperoleh pada tahun 2018, akan menjadi pengubah lanskap dalam mewujudkan persefahaman serantau dan mencungkil potensi penerokaan Ras Al Khaimah.
Seismik 3D jalur lebar termaju ini akan turut mengurangkan tempoh penerokaan dengan ketara. Bilik data telahpun ditubuhkan di RAK dan London serta sedia untuk dilihat menerusi tempahan.
Firma-firma juga dapat memanfaatkan infrastruktur petroleum sedia ada termasuk kemudahan saluran paip dan pemprosesan, selain kemudahan akses terhadap pasaran-pasaran antarabangsa dan tempatan.
Hak-hak petroleum akan ditadbir oleh Perjanjian Perkongsian Penerokaan dan Pengeluaran.
En. Dighe menambah: "Selain banyaknya data seismik yang tersedia daripada tinjauan yang telahpun dijalankan, geologi unik RAK, hasil daripada peningkatan ketinggian Pergunungan Hajar dan medan minyak serta gas sedia ada yang dekat jaraknya, bermakna tujuh blok yang tersedia bagi tujuan penerokaan mempunyai potensi besar untuk hidrokarbon yang masih belum diterokai."