omniture

Suning dan MGM Rasmi Perkenal 5* Bellagio Hotel di Shanghai pada 8 Jun

Suning Holdings Group
2018-05-24 12:49 2939

- BELLAGIO BAHARU IALAH VERSI LUAR NEGARA PERTAMA IKUTI LAS VEGAS ASAL -

- PELANCARAN RASMI TONJOL KEPAKARAN SUNING DALAM KEMEWAHAN KELAS ATASAN -

- SUNING BAKAL URUS BERSAMA DESTINASI SENI-DEKO

SHANGHAI, 24 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Suning Real Estate, subsidiari syarikat gergasi komersial China Suning Holdings Group serta MGM akan melancarkan secara rasminya Bellagio Shanghai baharu pada 8 Jun 2018, yang merupakan hotel antarabangsa pertama yang mengikuti Bellagio Towers Las Vegas yang terkenal.

Bahagian Luar Bellagio Shanghai
Bahagian Luar Bellagio Shanghai

Terletak di lokasi strategi di tebing Sungai Suzhou, Bellagio Shanghai diinspirasikan seni-deko mempunyai pemandangan berpanorama latar langit Pudong yang futuristik, sisiran tepian air terkenal Bund dan daerah kewangan Lujiazui. Dengan lokasi-lokasi berdekatan termasuk Jalan Nanjing, salah satu jalan membeli belah yang paling sibuk di dunia dan bangunan tertinggi di China, Menara Shanghai setinggi 632 meter, hotel ini berada di kedudukan sempurna untuk kumpulan pelanggan elit di bandar terbesar China.

Lobi Mewah dan Tangga Besar Menarik Bellagio Shanghai
Lobi Mewah dan Tangga Besar Menarik Bellagio Shanghai

Antara ciri-ciri reka bentuk Bellagio Shanghai ialah atrium empat tingkat dilengkapi dengan skrin LED, mewujudkan logamaya air pancut di bahagian depan bangunan Las Vegas yang terkenal di dunia.

Sebagai pemilik perniagaan Bellagio Shanghai, Suning Real Estate akan memantau dan mengurus bersama operasi-operasi hotel bersama-sama cabang Cina MGM Resorts International: Diaoyutai MGM Hospitality. Perjanjian ini memperlihatkan kepentingan Suning, salah satu perusahaan milik bukan kerajaan yang terbesar di China, memulakan lembaran baharu dalam senario penggunaan pelbagai dan ruang pengalaman mewah.

En. Zhang Jindong, Pengerusi Suning Holdings Group berkata: "Usaha membawakan Bellagio ke China menonjolkan kepakaran dan cita-cita Suning bukan sahaja dalam perdagangan runcit umum tetapi juga untuk mewujudkan pengalaman unik kepada pengguna dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang lebih bergaya serta mewah melalui perkongsian dengan jenama-jenama paling tersohor di dunia."

Suning mempunyai cita-cita tinggi untuk pembangunan penggunaan mewah di China. Bagi segmen hotel, kumpulan hartanah Suning menyasarkan untuk membuka 100 hotel mewah tambahan dan menjadi pengendali kebanggaan masa depan negara dalam industri hospitaliti. Bersama-sama Bellagio, syarikat telahpun membuka puluhan hotel mewah dengan kerjasama jenama-jenama berprestij mencakupi beberapa bandar tahap 1 dan tahap 2 negara.

Mencerminkan lokasi hotel berkenaan, ruang dalamannya bergaya dan sofistikated, dengan penonjolan seni-deko. Bilik tamu yang luas dan dihias indah adalah hasil kerja WATG and Wimberly Interiors, salah satu syarikat perunding reka bentuk industri hospitaliti yang terkemuka di dunia. Ada antaranya yang menampilkan teres peribadi yang luas, manakala suit diurus oleh pelayan peribadi.

Bilik Tamu Luas dan Dihias Indah
Bilik Tamu Luas dan Dihias Indah

E. William M. Scott IV, Presiden MGM Asia Pacific, dan Pengarah Eksekutif serta Pengurus Besar Diaoyutai MGM Hospitality, menambah: "Kami membawakan Bellagio dengan ruh dan semangat daripada permulaan legenda di Las Vegas. Kini di Shanghai, para tetamu turut berpeluang mengalami rasa dan kenikmatan Bellagio yang paling unik dan penting. Ia dicapai melalui jalinan kerjasama antara MGM dan Suning yang berkongsi komitmen yang sama terhadap kualiti tertinggi dan perkhidmatan terbaik."

Cef Julian Serrano yang memenangi anugerah, dianggap sebagai salah seorang bakat kulinari terbaik di Amerika, membawakan restoran Itali beliau LAGO dari Las Vegas ke Bellagio Shanghai, yang menjanjikan tetamu dengan rasa moden Itali. Buat mereka yang menginginkan rasa yang lebih bersifat tempatan, restoran Mansion on One dikhususkan untuk masakan Shanghai dan Kantonis. Kehadiran restoran-restoran bertaraf dunia ini dijangka akan menetapkan piawaian baharu dalam segmen restoran tempatan.

Cef Julian Serrano Memenangi Anugerah, Bawakan Restoran Itali Beliau LAGO ke Bellagio Shanghai
Cef Julian Serrano Memenangi Anugerah, Bawakan Restoran Itali Beliau LAGO ke Bellagio Shanghai

Penekanan selanjutnya termasuk Dewan Utama tanpa tiang yang diterangi secara semula jadi, menampilkan siling setinggi tujuh meter. Terdapat juga fungsi yang luas, ruang hiburan dan mesyuarat, berserta spa serta pusat kecergasan dengan hiasan mewah bagi menawarkan kemudahan santaian dan kesegaran kepada tetamu.

Untuk butiran lanjut dan imej Bellagio Shanghai layari: http://www.bellagioshanghai.com

Latar Belakang Suning

Ditubuhkan pada tahun 1990, Suning ialah salah satu perusahaan komersial yang terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam, masing-masing di China dan Jepun. Pada tahun 2017, Suning Holding menduduki tempat kedua antara 500 perusahaan milik persendirian utama di China dengan pendapatan tahunan mencecah 65.7 bilion USD (412.95 bilion RMB). Dengan misi untuk "Memimpin Ekosistem dalam Industri-industri dengan Mewujudkan Kualiti Hidup Elit buat Semua", Suning mengukuhkan dan mengembangkan perniagaan terasnya melalui lapan industri vertikal: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Media & Hiburan, Sukan dan Pelaburan, yang mana antaranya, Suning.com tersenarai dalam senarai Fortune Global 500 tahun 2017.

Untuk maklumat lanjut layari www.suningholdings.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180523/2141221-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180523/2141221-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180523/2141221-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180523/2141221-1-d

Source: Suning Holdings Group
Keywords: Hotels and Resorts Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Travel New products/services