Risen Energy jadi syarikat Cina pertama bangunkan loji kuasa solar di Kazakhstan
NINGBO, China, 25 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Pengeluar panel solar Cina yang terkemuka, Risen Energy Co., Ltd. menandatangani surat mandat bersama European Bank for Reconstruction and Development (EBRD) bagi membiayai pembinaan projek solar 63MW di Kazakhstan semasa mesyuarat tahunan EBRD kali ke-27 yang diadakan pada 10 Mei 2018 di Jordan.
Pembinaan projek solar 63MW di tanah yang belum pernah diusahakan akan bermula pada September dan dijangka siap pada Jun 2019, dengan purata kapasiti kuasa tahunan dijangka mencecah 108,719 MWj setelah beroperasi.
Awal tahun ini, EBRD dan Risen Energy menandatangani satu lagi surat mandat untuk membiayai projek solar 40MW Risen Energy, juga di Kazakhstan. Kerjasama dengan EBRD akan menyokong Risen Energy dalam usaha menembusi pasaran solar Kazakhstan dan menjadi firma PV Cina pertama yang membangunkan stesen kuasa solar di negara itu.
"Perkongsian dengan EBRD membuka lembaran baharu untuk rancangan pembiayaan projek antarabangsa Risen Energy memandangkan ia memperlihatkan lonjakan kualitatif dan langkah penting dalam strategi peluasan antarabangsa syarikat. Hubungan dengan organisasi-organisasi pelbagai hala antarabangsa seperti EBRD menyediakan syarikat dengan peluang berharga untuk meningkatkan kecekapan dan strateginya bagi tujuan pembangunan, pembiayaan dan perkhidmatan teknologi untuk projek-projek antarabangsa," kata Zhang Jieling, pengarah pembiayaan projek dan pelaburan di Risen Energy.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180516/2134841-1