omniture

DERMALOG: Peneraju Dunia bagi Pengecaman Wajah

Dermalog Identification Systems GmbH
2018-05-25 20:24 2688

HAMBURG, Jerman, 25 Mei 2018/PRNewswire/ --

Pengeluar biometrik DERMALOG membangunkan teknologi pengecaman wajah yang paling pantas di dunia. Ia dapat memadankan satu bilion wajah sesaat. SGS-TÜV Saar telahpun memperakui kelajuan luar biasa sistem ini

generated by system

Sejak syarikat-syarikat telefon pintar menawarkan fungsi pengecaman wajah sebagai alternatif PIN, ia boleh didapati dalam kehidupan harian. Dalam segmen-segmen lain seperti kawalan akses, kaedah biometrik telah digunakan selama bertahun-tahun dan bidang aplikasinya berkembang secara berterusan. Dalam masa yang sama, permintaan terhadap sistem pengecaman wajah turut meningkat. Sebagai contoh, jumlah data yang besar hendaklah diproses dalam tempoh sesingkat yang boleh. Fungsi pengecaman wajah DERMALOG menetapkan piawaian baharu. Ia dapat membandingkan sehingga satu bilion wajah sesaat, dan ini merupakan satu rekod dunia. Untuk memadankan kesemua 511 juta penduduk Kesatuan Eropah, sistem tersebut hanya memerlukan masa yang singkat.

Pakar-pakar TÜV telahpun memperakui kelajuan yang mencatat rekod untuk fungsi pengecaman cap jari syarikat. Sistem DERMALOG dapat membandingkan sehingga 3.5 bilion jari sesaat. "Pencapaian luar biasa ini adalah hasil usaha penyelidikan selama berdekad-dekad dan menjadikan kami sebagai peneraju inovasi dalam bidang-bidang pengenalan biometrik yang paling penting,"kata Ketua Pegawai Eksekutif DERMALOG Günther Mull. "Hakikat bahawa pelbagai ciri biometrik boleh dibandingkan dalam tempoh yang singkat turut membuktikan peranan utama kami dalam biometrik pelbagai mod, yang kini menjadi semakin penting."

Sistem biometrik pelbagai mod membolehkan pemadanan serentak dibuat untuk beberapa ciri biometrik seperti cap jari, wajah dan mata. Ini menjadikan sistem ini jauh lebih tepat berbanding penyelesaian yang hanya menyemak satu ciri sahaja. Sistem Pengenalan Biometrik Automatik (ABIS) DERMALOG menggabungkan biometrik pelbagai mod dan pengecaman berkelajuan tinggi dalam satu penyelesaian.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.dermalog.com.

Perhubungan akhbar:

DERMALOG Identification Systems GmbH
Sven Böckler
Perhubungan Akhbar
Mittelweg 120
20148 Hamburg
Jerman
Telefon: +49(40)413227-0
Faks: +49(40)413227-89
Emel: info@dermalog.com

Sumber: Dermalog Identification Systems GmbH

Source: Dermalog Identification Systems GmbH
Related Links:
Keywords: Biometrics Computer Hardware Computer/Electronics Semiconductors