omniture

Royal Sundaram Tingkatkan Penukaran Dalam Talian Melalui Penglibatan Pengguna Diperibadikan Dipacu Platform Data Pelanggan Lemnisk

Lemnisk
2018-05-26 00:46 2577

BANGALORE, India dan CHENNAI, India, 26 Mei 2018 /PRNewswire/ --

Royal Sundaram menjadi salah sebuah syarikat insurans am pertama di India yang membawakan pengalaman hiper peribadi untuk penggunanya merentasi saluran pemasaran di dalam dan luar laman sesawang. Dengan Platform Data Pelanggan (CDP) Lemnisk, Royal Sundaram kini dapat menyediakan pengalaman yang relevan dan amat diperibadikan kepada penggunanya yang dapat diperlihatkan melalui penglibatan mereka dengan jenama tersebut.

Pelanggan insurans biasa masa kini berhubung dengan jenama menerusi berbilang titik sentuh digital. Syarikat-syarikat insurans era baharu seperti Royal Sundaram menyedari bahawa penyediaan pengalaman yang konsisten dan diperibadikan merentasi titik sentuh digital ini adalah kunci kepada peningkatan pengalaman pengguna dan penglibatan yang unggul. CDP mendayakan usaha ini tanpa perlu menggantikan teknologi sedia ada dan dengan penyepaduan minimum.

Royal Sundaram menumpu untuk memacu trafik pengunjung berulang yang unik dan penukaran mereka demi mengembangkan perniagaan digital mereka. Lemnisk menyampaikan pesanan peribadi melalui saluran pilihan mereka berdasarkan data tingkah laku dalam laman sesawang bagi menarik mereka kembali ke laman sesawang tersebut dan terus menggalakkan mereka untuk membeli.

"Pengunjung berulang dan penglibatan mereka merupakan kunci kepada strategi pertumbuhan digital Royal Sundaram. Perkongsian dengan Lemnisk membantu kami meluaskan trafik pengunjung berulang yang unik kepada laman sesawang kami merentasi produk. Di samping itu, kami telah membuat pengembangan  yang mengagumkan sebanyak 33% penukaran dalam talian bagi pengunjung yang kembali semula. Pengalaman yang konsisten dan tidak mengganggu disampaikan kepada pengguna melalui laman sesawang dan di luar laman sesawang yang menjurus kepada penglibatan lebih tinggi dan penarikan balik jenama. Kami berasa gembira dengan keputusan awal dan berhasrat untuk melaksanakan lebih banyak senarai tindakan yang inovatif," kata TM Shyam Sunder, Ketua Pegawai Maklumat & Ketua Negara - Operasi Peruncitan, Khidmat Pelanggan & Langsung, Royal Sundaram.

"Royal Sundaram mempunyai strategi pertumbuhan digital yang berani dan meletakkan pelanggan sebagai keutamaan berbanding saluran. Tawaran daripada Platform Data Pelanggan kami sejajar dengan visi ini iaitu untuk mencipta pengalaman pelanggan yang unggul dan konsisten dalam pelbagai titik sentuh pemasaran. Kami teruja untuk meluaskan kerjasama dan membawakan keupayaan ramalan, pemperibadian dan pengaturan pengguna dalam seluruh saluran pemasaran yang lain," kata Subra Krishnan, Ketua Pegawai Eksekutif Lemnisk.

Latar Belakang Royal Sundaram 

Royal Sundaram General Insurance Co. Limited (dahulunya dikenali sebagai Royal Sundaram Alliance Insurance Company Limited), subsidiari Sundaram Finance, ialah syarikat insurans am sektor swasta pertama di India yang dilesenkan pada Oktober 2000 oleh Lembaga Pengawalseliaan dan Pembangunan Insurans India. Syarikat menawarkan Insurans Motor, Kesihatan, Kemalangan Peribadi, Rumah dan Perjalanan kepada setiap pelanggan serta menawarkan produk insurans khusus bagi risiko-risiko Kebakaran, Marin, Kejuruteraan, Liabiliti dan Gangguan Perniagaan kepada pelanggan komersial. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.royalsundaram.in .

Latar Belakang Lemnisk: 

Lemnisk ialah Platform Pemasaran Pertumbuhan yang memberikan keputusan yang boleh diukur dalam bentuk petunjuk dan penukaran kepada perusahaan perkhidmatan kewangan. Kami melaksanakan usaha ini dengan menggunakan Platform Data Pelanggan yang mendasarinya yang dapat menangani pengguna tunggal melalui sumber dan saluran data pihak pertama, kedua dan ketiga. Keupayaan tambahan utama CDP termasuk:

- Set algoritma hebat yang menumpu pada 'pengguna yang tepat', 'saluran yang tepat', 'pesanan yang tepat'

- Personalisasi hiper yang menyediakan jutaan versi kreatif/sepanduk tunggal

- Kebolehan menyegerakkan dengan pintar perjalanan pengguna tunggal melalui saluran berdasarkan kecenderungan terhadap setiap saluran demi memberikan penglibatan yang lebih tinggi

Lemnisk bekerjasama dengan beberapa jenama global terbesar termasuk Prudential, HDFC Bank, Axis Bank, Royal Group, CIMB Bank, Bupa dan Emirates NBD Bank. Lemnisk mempunyai pejabat-pejabat di Bangalore, Dubai dan Singapura. Lemnisk mendapat perakuan ISO 27001 dan turut memperoleh perakuan pematuhan ISO 27018, diakreditasi oleh BSI.

Ketahui lebih lanjut di http://www.lemnisk.co

Perhubungan Media:
Dharshan Chandran
dharshan.chandran@lemnisk.co
+91-8884010313

Source: Lemnisk
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Insurance