omniture

Pertandingan Reka Bentuk Tema Global Honor 10 Dimulakan Secara Rasmi

Honor
2018-05-26 02:35 2491

BEIJING, 26 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Pertandingan Reka Bentuk Tema Global Honor 10 dimulakan secara rasminya pada 25 Mei, mengundang para pereka dari seluruh dunia untuk menghantar rekaan antara muka tematik mereka. Pertandingan ini memberikan satu platform kepada pereka tema paling berbakat di dunia untuk bersaing dan membawakan konsep reka bentuk Internet mudah alih paling inovatif dan canggih daripada mereka. Pereka-pereka akan berpeluang memperkenalkan hasil kerja mereka kepada berjuta-juta pengguna yang bertutur dalam 23 bahasa dan berasal dari seluruh dunia. Diharapkan agar rekaan tematik ini akan dapat menggalakkan lebih ramai pengguna untuk menyemai minat artistik mereka ketika berinteraksi dengan kandungan pada telefon bimbit mereka, mewujudkan peluang yang sempurna untuk pereka dalam mencari audiens untuk kreativiti mereka.

Pertandingan Reka Bentuk Tema Global Honor 10 Dimulakan Secara Rasmi
Pertandingan Reka Bentuk Tema Global Honor 10 Dimulakan Secara Rasmi

Pertandingan Reka Bentuk Tema Global tahun ini akan memilih para penerima untuk Anugerah Master Honor, Anugerah Luar Biasa Honor, Anugerah Kecemerlangan Honor serta tujuh anugerah utama yang lain sebagai sebahagian daripada sistem penganugerahan mereka yang akan melibatkan sejumlah 133 penerima yang bersama-sama membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak 100,000 USD. Panel hakim yang hebat telahpun dilantik termasuk Alex Schady (Ketua Program bagi Program Seni Halus Central Saint Martins), Xiao Yong (profesor bagi Akademi Reka Bentuk Seni di Academy of Fine Arts), Liang Jun (Ketua Pengarah Reka Bentuk Pengalaman Pengguna pusat UCD), Alexandre Plicque Gurlitt (Pengarah Reka Bentuk Pusat Penyelidikan Estetika Global di Paris, Perancis), serta pemimpin-pemimpin berpengaruh yang lain dalam bidang reka bentuk, serta presiden Honor, George Zhao. Untuk butiran lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Honor.

Pertandingan ini akan turut bekerjasama dengan Program Hi-Star Huawei Developer bagi menyediakan pereka tema yang cemerlang dengan akses kepada saluran pemasaran rasmi Huawei, termasuk promosi melalui aplikasi Huawei Themes dan akan turut menganugerahkan hasil kerja terbaik setiap bulan dengan sumber-sumber tambahan bagi tujuan promosi. Diharapkan agar manfaat yang dibawakan oleh pertandingan ini akan membantu setiap pereka mencapai impian mereka.

Mulai 25 Mei hingga 25 Jun, semasa pusingan awal pertandingan, pereka hanya perlu menghantar lakaran kreatif dan draf rekaan mereka. Video rujukan animasi dan carta imej boleh dihantar mengikut pilihan pada peringkat pertandingan ini. Sila ambil maklum bahawa pereka yang mendaftar sebelum 15 Jun layak mengambil bahagian dalam sesi latihan Huawei Theme Developer Tools (Instrumen Pembangun Tema Huawei), yang akan memperkenalkan beberapa ilmu pengetahuan yang bermanfaat berkaitan teknik dan kemahiran reka bentuk tema. Untuk maklumat lanjut mengenai butiran pertandingan, sila log masuk ke laman sesawang rasmi Honor.

Para tahun 2017, Huawei Themes berjaya menarik lebih 368 juta muat turun, meningkatkan purata pendapatan pembangun tema sebanyak 135% dan menambah bilangan pembangun yang meraih keuntungan sebanyak 90%. Menyediakan pengguna dengan pengalaman tematik yang diperkaya turut mencipta peluang kepada pereka yang mengambil bahagian bagi mencari laluan kemajuan kerjaya dalam industri telefon pintar. Dengan menarik pereka dari seluruh dunia untuk mengaplikasikan kebijaksanaan dan tenaga mereka kepada penciptaan nilai estetika antara muka pengguna baharu, pertandingan ini memberi pengaruh yang kuat terhadap trend reka bentuk Internet mudah alih masa depan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180525/2142720-1

Source: Honor
Keywords: Art Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Telecommunications Wireless Communications