omniture

Jollywood Ganding Dengan Imec Bangunkan Sel Solar Dwimuka

Jolywood
2018-05-28 09:38 1732

TAIZHOU, China, May 28, 2018  /PRNewswire/ -- Jolywood (Taizhou) Solar Technology Co. ("Jolywood" atau "Syarikat"), pemimpin dalam penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran besar-besaran sel-sel solar dwimuka jenis-N, telah bekerjasama dengan Imec, hab penyelidikan dan inovasi yang terkemuka di dunia dalam teknologi nano-elektronik, tenaga dan teknologi digital, untuk membangunkan sel-sel solar dwimuka perindustrian dengan kecekapan penukaran muka depan purata sehingga 21.9 peratus. Sebagai sebahagian daripada kolaborasi, Imec juga telah menunjukkan sel n-PERT skrin bercetak satu muka dengan kecekapan penukaran sehingga 22.8 peratus.

Produk Dwimuka Silikon Mono habluran Kecekapan Tinggi Jenis-N Jolywood
Produk Dwimuka Silikon Mono habluran Kecekapan Tinggi Jenis-N Jolywood

"Jolywood berada di barisan hadapan perkembangan teknologi perindustrian jenis-n dalam industri PV, jadi kami sangat berpuas hati dengan kerjasama rapat bersama Imec, institusi penyelidikan PV terkemuka di dunia," kata Dr. Zhifeng Liu, Pengarah R & D Jolywood. "Dan kami sangat gembira dengan kemajuan yang sangat baik dalam pembangunan sel solar n-PERT dwimuka berkecekapan tinggi yang disertakan sebagai sebahagian daripada kerjasama kami. Dengan keupayaan dan pengalaman komersil kami yang mantap, kami berharap dapat menukarkan pencapaian menjadi pengeluaran komersial. "

Sel-sel dwimuka baru yang dibangunkan oleh kedua-dua pihak menggunakan jari-jari perak (Ag) yang sempit (~ 40 μm) di bahagian depan dan jari aluminium (Al) bercetak di bahagian belakang, yang mana bahagian aluminium dihubungkan dengan pemancar. Dengan menggunakan Al dan bukannya AgAl untuk sambungan belakang, kos setiap sel diturunkan kepada US $ 0.01 / Wp. Pada kelompok sel bersaiz M2 (kawasan: 244.3 cm²), kecekapan penukaran purata 21.9 peratus telah ditunjukkan, dengan sel paling baik mengatasi 22.1 peratus. Digunakan dalam operasi dwimuka di bawah keadaan pencahayaan hadapan biasa bersekali dengan tambahan 0.15 iluminasi belakang matahari, sel-sel ini boleh mencapai kecekapan 25 peratus.

Selain itu, Imec juga membuat sel-sel n-PERT bercetak skrin satu muka dengan kecekapan sehingga 22.8 peratus, yang merupakan hasil canggih untuk proses fabrikasi serasi industri.

Juga, modul PV telah terbukti mematuhi keperluan penting, dan sijil daripada TÜV SÜD, organisasi ujian produk berprestij Jerman.

Jolywood adalah pemimpin dunia dalam pembangunan, pengeluaran dan pemasaran sel solar dwimuka mono-habluran jenis-N berkecekapan tinggi. Syarikat merupakan Pengeluar Sel Dwimuka Jenis-N # 1 di dunia, dan memberi tumpuan kepada inovasi teknologi canggih untuk meningkatkan kecekapan sel dan untuk menurunkan kos elektrik yang disetarakan (LCOE). Imec pula merupakan hab R & D dan inovasi antarabangsa yang aktif dalam bidang teknologi nanoelektronik dan digital.

Latar Belakang Imec

Imec merupakan pusat penyelidikan dan inovasi yang terkemuka di dunia dalam teknologi nano-elektronik, tenaga dan digital. Apa yang menjadikannya unik ialah gabungan kepimpinannya yang terkenal dengan teknologi mikrocip dan perisian dan kepakaran ICT yang mendalam. Dengan memanfaatkan infrastruktur bertaraf dunia dan rakan kongsi ekosistem tempatan dan global yang merentasi pelbagai industri, Imec mewujudkan inovasi terunggul dalam bidang aplikasi seperti penjagaan kesihatan, bandar pintar dan mobiliti, logistik dan perkilangan, dan tenaga.

Latar Belakang Jolywood

Jolywood (SZ: 300393) ialah pemimpin dunia dalam pembangunan, pengeluaran dan pemasaran lembaran belakang PV, sel solar dwimuka mono-habluran jenis-n berkecekapan tinggi dan modul dwimuka. Ditubuhkan pada tahun 2008, Jolywood (Suzhou) Sunwatt Co. Ltd. (Jolywood Suzhou) merupakan pengeluar terbesar lembaran belakang PV  di seluruh dunia, dengan kapasiti pengeluaran tahunan melebihi 100 juta meter persegi. Jolywood (Taizhou) Solar Technology Co. Ltd. (Jolywood Taizhou), anak syarikat milik penuh Jolywood Suzhou, ditubuhkan pada 2016 dan mendahului industri solar global dengan 2.1GW dalam kapasiti pengeluaran sel solar dwimuka jenis-N sejak tahun 2017. Ketika dunia menghadapi cabaran tenaga dan alam sekitar yang semakin meningkat, Jolywood komited untuk misi "Jadikan sinar matahari memberi khidmat sepanjang masa kepada kehidupan manusia" mendayakan manusia di seluruh dunia untuk menggunakan solar dengan menggunakan kepakaran pembuatan dan logistik kami untuk menangani cabaran tenaga tempatan yang unik.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://www.jolywood.cn/english.php

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180525/2143523-1

Source: Jolywood
Keywords: Alternative Energies Green Technology Oil/Energy Utilities