omniture

Suning Selesai Ujian Trak Tugas Berat Pandu Sendiri Dorong Pengutomatan

Suning Holdings Group
2018-05-28 16:47 1221

SHANGHAI, 28 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Suning Logistics, subsidiari syarikat gergasi komersial Cina Suning Holdings Group, menyelesaikan ujian memandu untuk trak tugas berat berautonominya, "Strolling Dragon," di Shanghai, mencatatkan satu lagi pencapaian penting dalam rancangan syarikat untuk menawarkan penyelesaian logistik automatik sepenuhnya.

"Strolling Dragon", Trak Tugas Berat Automatik Suning Logictics.
"Strolling Dragon", Trak Tugas Berat Automatik Suning Logictics.

Strolling Dragon ialah trak tanpa pemandu yang terbesar dalam kategori automatik Suning Logistics, mempunyai keupayaan pandu sendiri Tahap 4; ia automatik sepenuhnya dan berupaya dikendalikan tanpa input manusia dalam parameter prapogram. Ia merupakan trak pandu sendiri yang pertama oleh sebuah syarikat e-dagang Cina yang melepasi ujian kampus logistik dan ujian jalan raya senario lebuh raya di China.

"Kejayaan ujian pandu sendiri Strolling Dragon ialah satu pencapaian rintis untuk Suning dan memperlihatkan satu lagi langkah ke hadapan dalam strategi peruncitan pintar Dalam Talian-kepada-Luar Talian (O2O) kami," kata Zhang Jindong, Pengerusi Suning Holdings Group. "Matlamat Suning adalah untuk membangunkan perniagaan logistiknya menjadi jaringan infrastruktur peruncitan terbesar dan paling pintar di China. Matlamat penyelesaian pengautomatan bukan sahaja untuk meningkatkan kecekapan operasi logistik Suning, tetapi juga memberi manfaat kepada industri dan pengguna, dengan menawarkan lebih banyak kemungkinan dan pengalaman membeli belah yang lebih baik."

Dilengkapi dengan kecerdasan buatan (AI) termaju, teknologi pembelajaran mendalam dan alat berteknologi tinggi seperti radar laser, Strolling Dragon mempunyai penglihatan melebihi keupayaan manusia yang membolehkannya mengenal pasti halangan dengan tepat pada jarak lebih 300 meter, walaupun pada kelajuan tinggi. Di samping itu, trak tanpa pemandu itu boleh membuat hentian kecemasan atau mengelakkan halangan pada kadar respons 25 ms, mendayakan pemanduan berautonomi yang selamat walaupun pada kelajuan 80 km/j.

Pengautomatan untuk Perkasa Pertumbuhan Masa Depan

Strolling Dragon adalah sebahagian daripada strategi Suning untuk menyediakan penyelesaian logistik automatik sepenuhnya yang dikuasakan oleh AI. Syarikat melancarkan gudang Kenderaan Berpandu Automatik (AGV) menjelang festival membeli belah "11/11", atau "Hari Orang Bujang" pada tahun 2017, menyediakan penyelesaian "barangan-kepada-orang ramai" berbanding model "orang ramai-kepada-barangan" tradisional. Hasilnya, masa yang diluangkan untuk memilih item daripada rak semasa proses pelaksanaan telah dapat dipendekkan kepada 10 saat, iaitu lima kali lebih cekap berbanding kerja manual.

Pada bulan April, Suning Logistics memperkenalkan robot penyerahan berautonomi "Biu" yang boleh beroperasi sepanjang masa untuk menghantar barangan terus kepada pelanggan. Dengan peluasan jaringan gudang robotnya, selain jaringan penghantaran dron yang telah memulakan operasi secara normal, Sunning Logistics berusaha membangunkan rantaian logistik yang lebih bersifat automatik.

Syarikat-syarikat gergasi kenderaan global termasuk Daimler dan Tesla mempelopori trak pandu sendiri. Berbanding kereta automatik, trak pandu sendiri daripada Suning lebih menjurus ke arah pengkomersialan, hasil daripada persekitaran kerja yang kurang rumit, memandangkan trak yang digunakan untuk tujuan penghantaran menghabiskan kebanyakan masa di lebuh raya.

Suning akan terus berkolaborasi dengan firma-firma teknologi untuk membangunkan sistem logistik pintar yang mana trak pandu sendiri, kenderaan automatik dan robot dapat berfungsi dengan lancar bagi melakukan kerja penghantaran untuk manusia.

Apabila mengambil kira implikasi dalam mengaplikasikan teknologi pengautomatan kepada kenderaan, rancangan Suning menggesa pemandu untuk dibantu dan bukannya digantikan, dalam tempoh masa depan yang terdekat. Kerja pemanduan jarak jauh yang secara relatifnya rumit dan memenatkan meletakkan pemandu pada risiko tinggi untuk mengalami kemalangan, manakala pengautomatan dapat membantu mengurangkan risiko berkenaan. Dengan bantuan teknologi pandu sendiri, Suning Logistics dapat membantu mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selesa dan lebih selamat untuk lebih 100,000 pemandu trak yang bekerja untuk syarikat.

Teknologi AI dapat mengurangkan kos logistik untuk firma-firma logistik, yang didapati akan semakin sukar menggaji pemandu jarak jauh dalam masyarakat China yang semakin meningkat usia. Meskipun undang-undang dan peraturan semasa di China mengharamkan kenderaan pandu sendiri di jalan awam, trak automatik mungkin terlebih dahulu akan mendapat kebenaran tatkala teknologi semakin meningkat maju dan kerajaan memperbaiki peraturan demi menampung inovasi. 

Latar Belakang Suning

Ditubuhkan pada tahun 1990, Suning ialah salah satu perusahaan komersial yang terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam, masing-masing di China dan Jepun. Pada tahun 2017, Suning Holding menduduki tempat kedua antara 500 perusahaan milik persendirian utama di China dengan pendapatan tahunan mencecah US$65.7 bilion (RMB 412.95 bilion). Dengan misi untuk "Memimpin Ekosistem Dalam Industri-industri dengan Mewujudkan Kualiti Hidup Elit buat Semua", Suning mengukuhkan dan mengembangkan perniagaan terasnya melalui lapan industri vertikal: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Media & Hiburan, Sukan dan Pelaburan, yang mana antaranya, Suning.com tersenarai dalam senarai Fortune Global 500 tahun 2017.

Untuk maklumat lanjut, layari www.suningholdings.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180524/2142592-1

Source: Suning Holdings Group
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Electronic Design Automation Internet Technology Transportation Trucking and Road Transportation New products/services