omniture

Jentera XCMG Dibawa dalam Projek Perlombongan BHP Australia

XCMG
2018-05-29 08:09 1738

XUZHOU, China, 29 Mei 2018 /PRNewswire/ -- XCMG, pengeluar jentera pembinaan yang terkemuka di dunia, menyediakan peralatan untuk tapak perlombongan bijih besi utama BHP di Pilbara, Australia. Kejayaan ini diperoleh tatkala syarikat meneruskan pertumbuhannya dalam pasaran-pasaran utama sepanjang Inisiatif "Jalur dan Jalan" (B&RI) China, termasuk infrastruktur dan projek-projek perlombongan di Kemboja, Azerbaijan dan Malaysia.

XCMG Machines Breaks Monopoly and Brings onto BHP Mining Project in Australia.
XCMG Machines Breaks Monopoly and Brings onto BHP Mining Project in Australia.

XCMG telah menyerahkan jentera perata motor GR3505 kepada tapak BHP di Pilbara, salah satu daripada lima lombong besi syarikat bertaraf dunia di kawasan tersebut yang memberikan pengeluaran tahunan sebanyak 275 juta tan. BHP memilih GR3505, yang dinaik taraf oleh XCMG bagi memenuhi piawaian peralatan perlombongan BHP dan Australia, untuk piawaian kebolehkendalian, kefungsian, kecekapan dan keselamatan yang diperakui.

"Sebagai salah satu daripada segelintir syarikat yang mengeluarkan peralatan perlombongan luar berskala luas, perkongsian kami dengan BHP ialah satu perikatan yang hebat," kata Wang Min, Pengerusi XCMG. "Persetujuan ini, berserta pertumbuhan kami di Australia sejak awal tahun 2018 selain usaha peluasan kami dalam pasaran-pasaran sepanjang BRI, membantu kami untuk mengembangkan bahagian pasaran dalam sektor peralatan perlombongan antarabangsa."

XCMG turut menghantar sepasukan juruteknik bagi menyediakan perkhidmatan peralatan di tapak di Pilbara, yang menjamin respons serta merta terhadap sebarang masalah.

Pengeluar peralatan jentera dengan kedudukan ke-6 antara 50 terbaik dunia, XCMG mengambil bahagian dalam pelbagai projek pembinaan antarabangsa, khususnya di kawasan-kawasan sepanjang B&RI yang mana permintaan pasaran terhadap produk-produk jentera pembinaan yang serba guna dan andal berkembang saban tahun:

  • XCMG ialah satu-satunya pembekal jentera jalan untuk projek bagi memulihkan Jalan 11 Negara Kemboja, jalan raya sepanjang 96.48 kilometer dan jalan penting dalam jaringan lebuh raya di Kemboja tengah. XCMG mengekalkan bahagian terbesar dalam pasaran jentera jalan Kemboja.
  • XCMG telah menyerahkan 34 alat pengangkat bagi membantu projek pelabuhan di Azerbaijan, termasuk kren semua rupa bumi, pemuat kemudi kelincir dan penindan capai. Sepasukan yang terdiri daripada enam juruteknik menyediakan perkhidmatan selama 30 hari untuk menyokong pemasangan, pengujian dan latihan peralatan di tapak.
  • Kren XCMG menyediakan perkhidmatan kepada projek pembinaan landasan kereta api pantai timur Malaysia, projek tunggal yang terbesar sepanjang B&RI.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 74 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan keenam dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat turut mengeksport ke lebih 177 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG di FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180528/2144420-1

Source: XCMG
Keywords: Auto Construction/Building Machinery Transportation