omniture

Bandar Mega Shenzhen China Tampilkan Sistem Paparan LED NPP terbesar Dunia Disediakan oleh Absen

Absen
2018-05-29 15:15 1490

SHENZHEN, China, 29 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Berkembang maju daripada sebuah perkampungan nelayan pada tahun 1970-an kepada sebuah metropolis hari ini, Shenzhen menyaksikan pembangunan pesat diiringi oleh ketidakseimbangan dan peruntukan sumber yang tidak sistematik. Bagi menambah baik pentadbiran bandar, Shenzhen bekerja keras untuk mengubahnya menjadi sebuah "bandar pintar".

Absen CR1.2
Absen CR1.2

Komited terhadap misi Shenzhen untuk menjadi contoh ikutan Bandar Pintar, daerah Longgang membangunkan "pusat bandar pintar", Pusat Operasi Longgang (LOC) dan memperkenalkan sistem paparan LED NPP terbesar dunia yang disediakan oleh pengeluar LED yang terkemuka di dunia, Absen.

Mencakupi 798 panel yang mempunyai lengkungan elegan dengan jejari berukuran 37.1 meter, skrin 166.9 meter persegi 1.2mm ini berukuran 25.6m kali 6.5m dan mengandungi 103 juta piksel. Membawakan teknologi-teknologi yang utama dalam industri seperti lebihan kuasa dan data, teknologi CrystalView dan PreciseAlign, penyelesaian bilik kawalan ini menawarkan imej berkualiti, pengalaman tontonan yang selesa dan kestabilan yang mantap. Sebanyak 181 isyarat diterima dan dipaparkan melalui 105 tetingkap pada 720p (40 pada 1080p dan 10 pada resolusi 4K).

"Proses merekayasa skrin lengkung yang amat besar dengan resolusi tinggi selama 85 hari bermula dari peringkat pengeluaran kepada pemasangan adalah satu cabaran besar," kata pengarah jualan Absen, Zhang Yongfeng. "Pusat tersebut masih dibina dan dipenuhi debu semasa proses pemasangan. Hasil daripada teknologi sofistikated kami dan pasukan yang amat produktif, ia merupakan tugas sukar namun kami berjaya!"

Aspek yang menonjolkan projek ini ialah teknologi lebihan kuasa dan data inovatif, yang menjamin kestabilan mantap "pusat bandar pintar". Setiap panel dilengkapi dengan dua bank kuasa dan dua kad penerima agar kuasa dan isyarat dapat dialihkan kepada set sandaran bilamana diperlukan, dan ini bermakna sistem paparan akan sentiasa dapat beroperasi.

"Kami pernah berada dalam dilema untuk memilih skrin LCD, DLP atau LED. Skrin LCD dan DLP akan menunjukkan jurang yang tidak boleh diterima untuk persekitaran bilik kawalan yang mencabar," kata pengurus projek Wu Yanbin, "namun kami tahu keputusan kami adalah tepat apabila kami mencuba CR1.2 dan dapat melihat setiap panel dipadankan dengan lancar antara satu sama lain, tanpa meninggalkan bezel hitam, apatah lagi reka bentuk sandaran kuasa dan isyarat. Atas sebab inilah kami memilih Absen."

Latar Belakang Absen:

Absen ialah jenama memenangi anugerah yang menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan paparan LED dan menduduki tempat pertama antara pengeluar-pengeluar Cina selama sembilan tahun berturut-turut dalam eksport paparan LED. Paparan LED mereka telah dieksport ke lebih 120 negara dan wilayah.

Hubungi:
Yuchun Li
+86-755-89747399
yuchun.li@absen.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180528/2144484-1

Source: Absen
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electrical Utilities Electronic Components Semiconductors