omniture

Ibu Pejabat Polis Lama Dipulih Semula sebagai Hab Warisan dan Seni Utama

The Hong Kong Jockey Club
2018-05-29 19:31 2404

HONG KONG, 29 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Perkarangan ibu pejabat polis lama di Hong Kong diubah menjadi hab warisan dan seni bertaraf dunia dalam projek pemulihan semula warisan yang dianggap sebagai yang terbesar seumpamanya yang pernah diusahakan di dalam bandar ini.

The handsome Barrack Block dazzles at the heart of the revitalised Central Police Station compound during the Tai Kwun opening ceremony light show.
The handsome Barrack Block dazzles at the heart of the revitalised Central Police Station compound during the Tai Kwun opening ceremony light show.

 

The Hong Kong Jockey Club Board of Stewards, Chief Executive of the Hong Kong SAR Carrie Lam and the Club's senior executives make a toast to celebrate the opening of Tai Kwun.
The Hong Kong Jockey Club Board of Stewards, Chief Executive of the Hong Kong SAR Carrie Lam and the Club's senior executives make a toast to celebrate the opening of Tai Kwun.

Tai Kwun – Pusat Warisan dan Seni dibuka Jumaat lalu (25 Mei) menerusi majlis gilang gemilang.

Merangkumi 16 bangunan bersejarah dan kawasan luar di tapak berkeluasan 13,600 meter persegi di pusat perniagaan Hong Kong, Tai Kwun menempatkan tiga monumen yang telah diisytihar, Balai Polis Pusat lama, Majistret Pusat dan Penjara Victoria. Nama basahan tempatan digunakan oleh pegawai polis dan juga orang awam yang merujuk kepada Balai Polis Pusat bandar ini, telah menjadi saksi kepada lebih 170 tahun sejarah Hong Kong.

Projek tersebut diterajui oleh Hong Kong Jockey Club dengan kerjasama Kerajaan Hong Kong dan proses pemulihan semula tersebut melibatkan pemuliharaan bangunan-bangunan warisan dan penambahan dua bangunan baharu, JC Contemporary, sebuah bangunan galeri yang mempunyai ruang seni kontemporari dan JC Cube, bangunan auditorium untuk seni persembahan, tayangan filem dan acara berunsur pendidikan.

Dengan mengambil kira nasihat pakar-pakar dari Hong Kong dan luar negara serta input daripada masyarakat, Kelab ini menghabiskan masa selama 10 tahun untuk meneruskan rancangan diterajui warisan bagi memulihara tapak bersejarah tersebut. Bangunan demi bangunan, bilik demi bilik, ia telah kembali kepada zaman kemasyhuran dahulunya dengan memberi perhatian terhadap perincian yang sangat teliti.

 "Tai Kwun mencerminkan kelab ini dalam keadaan yang paling baik -- komited terhadap piawaian tertinggi, tidak dihalang oleh kerumitan proses yang dijalani dan paling utama, didorong oleh keinginan untuk bertindak, dalam segala-gala yang dilakukan, demi kebaikan masyarakat kami," kata Dr Simon Ip, Pengerusi Hong Kong Jockey Club.

Ketua Eksekutif Hong Kong Carrie Lam, yang memperjuangkan projek tersebut sedekad lalu berkata: "Perkarangan Balai Polis Pusat, hasil dedikasi, kesabaran dan ketabahan lebih sedekad lamanya daripada pihak Kelab serta ramai pakar dan pekerja yang terlibat, orang ramai kini dapat bergembira dengan kehebatan hadiah yang diterima oleh mereka."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180528/2144472-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180528/2144472-1-b

Source: The Hong Kong Jockey Club
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Construction/Building Travel