omniture

Pelancaran Rasmi: Anugerah Pasaran Global GFSI Kini Dibuka untuk Permohonan

Global Food Safety Initiative
2018-05-29 21:29 3066

PARIS, 29 Mei 2018 /PRNewswire/ --

Sekiranya anda ialah PKS, inilah masanya untuk menonjolkan komitmen anda dalam menyediakan makanan selamat kepada pengguna di mana-mana juga 

Global Food Safety Initiative (GFSI) dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran Anugerah Pasaran Global 2019. Bagi edisi ketiga ini, Anugerah ini akan mengiktiraf syarikat-syarikat dari seluruh dunia yang telah memanfaatkan Program Pasaran Global GFSI dengan cara yang memberi suri teladan dalam usaha mereka ke arah sistem pengurusan keselamatan makanan bertaraf dunia.

Para penerima anugerah akan melakukan perjalanan ke Persidangan GFSI di Nice, Perancis mulai 25-28 Februari 2019, yang mana mereka akan mendapat manfaat menerusi peluang-peluang perangkaian dan diiktiraf atas kecemerlangan mereka sepanjang minggu persidangan tersebut.

Perjalanan menuju Makanan Selamat untuk Pengguna Di Mana-mana Jua 

Anugerah Pasaran Global ialah peluang unik untuk menonjolkan usaha-usaha pihak pengendali perniagaan makanan bagi meluaskan keupayaan mereka untuk mengeluarkan makanan yang selamat, sejajar dengan visi GFSI iaitu makanan selamat untuk pengguna di mana-mana jua.

Program Pasaran Global, yang mewujudkan laluan untuk ke arah pensijilan, ditubuhkan tujuh tahun lalu bagi menyediakan titik kemasukan yang tidak diakreditasi kepada syarikat-syarikat dengan program langkah-demi-langkah yang diwujudkan bagi membina keupayaan dalam operasi pengeluaran dan pengilangan, menetapkan bagaimana syarikat-syarikat yang mempunyai sistem pengurusan keselamatan makanan yang kurang sofistikated dapat memenuhi cabaran dalam keselamatan makanan, dan dalam masa yang sama mengurangkan bahaya dalam rantaian bekalan makanan global serta meningkatkan akses pasaran melalui pensijilan kepada salah satu pemilik program pensijilan yang diiktiraf oleh GFSI.

Mengiktiraf Syarikat-syarikat Makanan dan Minuman dari Serata Dunia 

Syarikat-syarikat makanan, ladang atau kemudahan boleh membuat permohonan bagi menunjukkan perjalanan keselamatan makanan mereka dan memperlihatkan penggunaan Program Pasaran Global mereka demi mewujudkan persekitaran yang mendayakan makanan yang lebih selamat.

Anugerah ini bertujuan untuk memperlihatkan kepelbagaian geografi pelaksanaan Program Pasaran Global, menerusi kategori-kategori untuk Afrika, Asia, Amerika Latin dan seluruh pelosok dunia, serta anugerah kehormat untuk Perancis, sebagai negara tuan rumah Persidangan GFSI 2019.

Jawatankuasa Pemilih Terdiri Daripada Pakar dan Ilmuwan Keselamatan Makanan Tersohor 

Jawatankuasa Pemilih dibentuk untuk edisi 2018 Anugerah ini, yang melibatkan pakar-pakar dari pelbagai latar belakang, berserta wakil-wakil daripada sektor awam dan swasta selain mencakupi empat benua (Nigeria, Kenya, Mexico, Ukraine, AS dan Jepun). Jawatankuasa Pemilih dipengerusikan oleh Mike Taylor, mantan Timbalan Pesuruhjaya Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS.

Jawatankuasa Pemilih akan memberi tumpuan khusus terhadap budaya keselamatan makanan dan akses pasaran.

GFSI berasa sukacita dapat bekerjasama dengan greenfence, yang bermurah hati untuk menaja anugerah-anugerah penting ini buat kali ketiga berturut-turut.

"greenfence berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada upacara anugerah yang diraikan di persidangan 2018 di Tokyo, yang mana empat buah syarikat diiktiraf atas usaha aplikasi mereka terhadap Program Pasaran Global GFSI. Syarikat-syarikat yang menjadi suri teladan ini, kesemuanya dari kawasan-kawasan berbeza di seluruh dunia, menunjukkan betapa syarikat-syarikat kecil dapat menyediakan makanan yang selamat, mengurangkan risiko dalam rantaian bekalan dan menjadi rakan dagangan dipercayai. Edisi kedua anugerah telahpun menerima banyak permohonan cemerlang dan kami yakin bahawa edisi tahun 2019 akan dapat menarik lebih banyak permohonan luar biasa. Dengan itu, kami berbesar hati untuk terus menaja anugerah berprestij ini, yang sejajar sepenuhnya dengan objektif greenfence untuk menyediakan industri makanan dengan cara yang dipercayai dan berkesan dalam mengenal pasti dan mengesahkan pembekal produk dan perkhidmatan," kata Mitch Chait, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas, greenfence.

Permohonan anugerah ditutup pada 26 September 2018 pada jam 6.00 petang waktu Eropah Tengah. Untuk mengetahui lebih lanjut dan memohon, layari http://awards.mygfsi.com/

Latar Belakang Global Food Safety Initiative

Global Food Safety Initiative (GFSI) menghimpunkan pengusaha-pengusaha penting dalam industri makanan untuk bersama-sama memacu penambahbaikan berterusan dalam sistem pengurusan keselamatan makanan di serata dunia. Dengan visi makanan Selamat untuk pengguna di mana-mana jua, para pemimpin industri makanan menubuhkan GFSI pada tahun 2000 bagi mencari penyelesaian kolaboratif terhadap kebimbangan kolektif, khususnya untuk mengurangkan risiko keselamatan makanan, mengaudit pertindihan dan kos sekaligus membina kepercayaan sepanjang rantaian bekalan. Komuniti GFSI bekerja secara sukarela dan terdiri daripada pakar-pakar keselamatan makanan yang terkemuka di dunia daripada syarikat-syarikat runcit, pengilangan dan perkhidmatan makanan, serta organisasi, kerajaan, dunia akademik dan penyedia perkhidmatan antarabangsa untuk industri makanan global. GFSI dikuasakan oleh The Consumer Goods Forum (CGF), jaringan inudstri global yang berusaha untuk menyokong Kehidupan Lebih Baik Melalui Perniagaan yang Lebih Baik (Better Lives Through Better Business). http://www.mygfsi.com

 

Source: Global Food Safety Initiative
Keywords: Food/Beverages Awards