YONGKANG, China, 30 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Ekspo Industri Pintu Antarabangsa China kali ke-9 (Yongkang) telahpun diadakan dari 26 Mei hingga 28 Mei di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Yongkang di Yongkang, iaitu hab pengilangan pintu di tengah-tengah Wilayah Zhejiang. Hampir 1,000 pengeluar pintu terkenal dari wilayah-wilayah Hebei, Shandong, Hunan, Jiangxi dan Zhejiang, bandar Shanghai serta AS dan Korea Selatan, antara negara dan kawasan lain, bertemu para pembeli profesional di Yongkang bagi membincangkan mengenai pembangunan dan trend dalam industri pintu.
Ini merupakan kali kesembilan ekspo yang terkemuka dalam industri ini diadakan. Berbanding edisi-edisi acara terdahulu, ekspo tahun ini menampilkan beberapa sorotan penting. Syarikat-syarikat dari luar Yongkang meningkat bilangannya. Antara 927 pempamer, 560 pempamer adalah dari luar kawasan, menyumbang sebanyak lebih 60 peratus daripada jumlah pempamer, menurut statistik daripada jawatankuasa penganjur. Terdapat peningkatan dramatik dari segi bilangan pengeluar kunci pintar. Di samping itu, terdapat juga peningkatan jelas dari segi bilangan pengeluar peralatan mekanikal dengan aplikasi-aplikasi yang melibatkan pengeluaran pintu sebenar. Ini memperlihatkan penggunaan pendekatan bahagian bekalan oleh pengeluar pintu yang berpangkalan di Yongkang, dengan tumpuan terhadap inovasi, teknologi dan pelaburan dalam peralatan, yang menjurus kepada kadar pengautomatan dan kecerdasan lebih tinggi dalam proses pengeluaran.
Industri pintu yang menjadi nadi Yongkang tertumpu dengan baik di sini, dengan pihak pengeluar serta pembekal memainkan peranan dalam seluruh rantaian pengeluaran digandingkan dengan inovasi teknologi paling maju dalam sektor serta pencapaian pembinaan jenama, seraya membolehkan bandar ini mendapat jolokan "Ibu Kota Pintu China". Yongkang menjadi pusat kepada lebih 280 pengeluar pintu profesional, dengan pengeluaran tahunan mencecah 25 juta unit, yang mana lebih 7 juta unit dieksport.
Sebagai bahagian penting dalam ekspo berkenaan, kedua-dua acara istimewa shangwj.com dan acara pelancaran produk baharu wujyx.com mendapat tumpuan ramai. Sejak tahun 2015, Bandar Perkakasan Sains & Teknologi China menumpu untuk mencipta ekosistem e-dagang baharu menerusi pewujudan beberapa platform dalam talian termasuk shangwj.com, zhihsc.com, wujyx.com dan Pameran Pintar, bagi menggalakkan penyepaduan aktiviti-aktiviti dan fungsi-fungsi dalam talian serta luar talian. Rangkaian kedai di bawah jenama wujyx.com telahpun dibuka di beberapa bandar Cina termasuk Zhengzhou di wilayah Henan, Yinchuan di wilayah Ningxia dan Xi'an di wilayah Shaanxi.