omniture

HT-SAAE Pamer Teknologi PERC Separuh Saiz di SNEC

Bawakan Modul 310W+ kepada Pasaran Lebih Luas
Shanghai Aerospace Automobile Electromechanical Co., Ltd.
2018-05-30 22:26 1669

SHANGHAI, 30 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Shanghai Aerospace Automobile Electromechanical Co., Ltd ("HT-SAAE") (600151.SH), pengeluar termaju dunia bagi produk fotovolta (PV), mempamerkan teknologi modul berkecekapan tinggi terkininya di reruai berkeluasan 300 meter persegi (N1-510) dalam Ekspo Kuasa PV SNEC 2018 ("SNEC") di Shanghai yang berlangsung hari ini hingga 30 Mei di Pusat Pameran Antarabangsa Baharu Shanghai.

Modul PERC Separuh-Saiz Jenis-P
Modul PERC Separuh-Saiz Jenis-P

HT-SAAE telah menaik taraf teknologi PERCnya yang berjaya, bertindak balas terhadap keperluan pasaran untuk modul berkecekapan tinggi dan meningkatkan pengkomersialannya dalam pasaran lebih luas di seluruh dunia.

Modul PERC separuh saiz jenis P membawakan teknologi sel separuh saiz utama syarikat, yang didatangkan dengan pelbagai kelebihan. Pertama, mengurangkan sel PERC kepada separuh dapat mengurangkan separuh arus elektrik dalam grid utama, menjadikan kehilangan elektronik semasa berkurangan kepada 25% berbanding yang terdahulu, merendahkan kehilangan tenaga dan memberikan peningkatan sebanyak 3% atau lebih dalam kuasa watt output untuk modul berkenaan. Rangkaian produk ini mempunyai prestasi yang cemerlang dalam mengurangkan kerintangan haba, mempunyai rintangan haba yang baik dengan sebahagian besarnya dapat mengurangkan kejadian keretakan mikro dan kesan titik panas, seraya meningkatkan kecekapan penukaran.

Selain itu, teknologi separuh saiz dapat mengurangkan dan mengawal kehilangan tenaga yang berpunca daripada modul yang dilitupi bebayang atau habuk. Output kuasa untuk modul monohabluran 60-sel dapat mencecah sehingga 315W dan untuk modul sel-72, output kuasa dapat mencecah sehingga 375W. Satu lagi aspek penting dalam prestasinya ialah reka bentuk pembersihan sendiri. Selain untuk menjimatkan kos pembersihan, ciri ini dapat mengurangkan kerosakan pada permukaan modul yang disebabkan oleh habuk, hujan dan salji, seraya meningkatkan penjanaan kuasa elektrik dan mengurangkan risiko resapan kuasa.

Tahun 2018 merupakan ulang tahun ke-20 HT-SAAE, sebuah subsidiari China Aerospace Science and Technology Corporation (CASC), sebuah syarikat Fortune 500 Global. HT-SAAE telah lama menjadi peneraju dalam pengkomersialan industri PV di China. Bermula pada lewat tahun 1990-an, HT-SAAE melaksanakan lebih 600 projek PV dalam pasaran domestik dan global. Selama 20 tahun, modul PV berprestasi tinggi yang dikeluarkan oleh HT-SAAE telah mendorong operasi yang stabil bagi setiap stesen kuasa di seluruh dunia. Produk-produk PVnya, diterima baik dalam kalangan kumpulan pelanggan global menerusi kualiti terunggul dan perkhidmatan selepas jualan yang bertimbang rasa, membantu HT-SAAE menonjol sebagai jenama profesional dan bertanggungjawab di dunia.

Latar Belakang HT-SAAE

Shanghai Aerospace Automobile Electromechanical Co., Ltd (HT-SAAE) ialah subsidiari milik China Aerospace Science and Technology Corporation (CASC), sebuah syarikat Fortune 500 Global. Ia ditubuhkan pada tahun 1998 dan disenarai awam dalam Bursa Saham Shanghai (Kod Saham 600151). Ia menumpukan perniagaan khususnya dalam sektor PV Tenaga Baharu, Komponen Auto dan Kegunaan Bahan Baharu. Seawal tahun 1999, HT-SAAE melancarkan penggunaan komersial teknologi fotovolta. Setakat ini, syarikat telah membangunkan rantaian bekalan industri PV yang bersepadu sepenuhnya (silikon, wafer, sel solar, modul & sistem PV) serta menyediakan produk PV berkualiti terunggul untuk pasaran global. Menurut organisasi pihak ketiga yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, pada tahun 2014, HT-SAAE mengungguli kedudukan antara 10 Pembekal Modul PV Cina Terbaik dan selama tiga tahun berturut-turut, syarikat diperakui sebagai Pengeluar Modul "Tahap 1" oleh Bloomberg New Energy Finance (BNEF).

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180529/2145162-1

Source: Shanghai Aerospace Automobile Electromechanical Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Trade show news