omniture

Pembangunan Pasaran Luar Negara Pelincir SINOPEC Mulakan Perjalanan Baharu

Sinopec Lubricant (Singapore) Pte. Ltd.
2018-05-31 08:22 2508

SINGAPURA, 31 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Pada 29 Mei, Persidangan Rakan Kongsi Antarabangsa Pelincir SINOPEC 2018 telahpun diadakan Singapura. Dianjurkan oleh SINOPEC, salah sebuah syarikat tenaga dan bahan kimia terbesar dunia, ia merupakan persidangan Rantau Asia Pasifik yang kedua oleh syarikat. Persidangan berkenaan memperlihatkan kedudukan terkini pembangunan perniagaan pelincir SINOPEC dalam pasaran antarabangsa beberapa tahun kebelakangan ini. Lebih 120 rakan kongsi dari lebih 20 negara dan wilayah di Asia Pasifik menyertai pertemuan ini.

caption: En. Kou Jianchao, Naib Presiden Sinopec Lubricants Company, menyampaikan ucapan perasmian.
caption: En. Kou Jianchao, Naib Presiden Sinopec Lubricants Company, menyampaikan ucapan perasmian.

Semasa persidangan, semua peserta diaturkan untuk melawat kilang pengadunan luar negara pertama SINOPEC, iaitu Sinopec Lubricant (Singapore) Co., Ltd. Dengan memperkenalkan secara terperinci pencapaian luar biasa jenama pelincir SINOPEC dari segi kekuatan, pembangunan teknologi produk, pemasaran dan rancangan pembangunan masa depan syarikat untuk pasaran-pasaran luar negara, lawatan ini terus meningkatkan pemahaman rakan niaga terhadap kekuatan syarikat pelincir SINOPEC, menjelaskan hala tuju dan matlamat syarikat menerusi pembangunan pasaran seterusnya, mengukuhkan keyakinan mereka untuk terus bekerjasama dengan SINOPEC bagi meluaskan pasaran Asia Pasifik.

En. Kou Jianchao, Naib Presiden SINOPEC Lubricants Co., Ltd., menghadiri pertemuan dan berkata: "Pertemuan ini bukan sekadar bagi mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kerjasama jangka panjang kami selama bertahun-tahun, tetapi juga merupakan ringkasan pembangunan antarabangsa yang ditonjolkan bagi perniagaan pelincir SINOPEC sejak lima tahun lalu. Ia juga menandakan satu permulaan baharu. Pertemuan ini akan menjadi pertemuan untuk pelincir SINOPEC dan rakan-rakan kongsi mereka bagi mendepani masa depan, meningkatkan kepercayaan bersama, mengukuhkan kerjasama dan mencapai pembangunan. Matlamat dan strategi untuk pembangunan masa depan pelincir SINOPEC yang dibentangkan dalam pertemuan ini akan memberi impak penting terhadap kerjasama perniagaan masa depan kami."

"Sejak 'Inisiatif Jalur dan Jalan' dicadangkan oleh kerajaan Cina pada tahun 2013, sebanyak 1,676 syarikat perusahaan yang dibiayai Cina telah memulakan pembinaan di rantau Asia Pasifik. Tepat pada tahun berkenaan, pembinaan kilang Singapura SINOPEC Lubricants Co., Ltd. juga telah siap dan memulakan operasinya. Beberapa tahun kebelakangan ini, menerusi pemindahan pesat pengilangan Asia ke Asia Tenggara dan juga pembangunan pesat melibatkan pembinaan infrastruktur di rantau Asia Pasifik, permintaan terhadap pelincir di rantau Asia Pasifik terus meningkat. Peningkatan pesat ke atas pemintaan untuk produk pelinciran berkualiti tinggi pastinya akan membawa peluang pasaran yang besar kepada pembangunan perniagaan pelincir SINOPEC," kata En. Kou yang sentiasa yakin dalam pembangunan pasaran masa depan.

Sebagai rakan kongsi China Aerospace Science & Technology Corporation (CASC) selama 50 tahun, SINOPEC ialah salah sebuah daripada segelintir syarikat di dunia yang dapat mengeluarkan pelincir aeroangkasa. Kualiti antarabangsa pelincir SINOPEC telah menjadi pelincir China dengan imej "berteknologi tinggi, berkualiti tinggi". Jenama ini merupakan pembekal OEM automotif yang terbesar di China dan penyedia perkhidmatan pelinciran perusahaan perindustrian dan perlombongan. Tatkala China beransur-ansur menjadi tumpuan pengilangan global, pertumbuhan pesat eksport luar negara bagi jentera dan peralatan "Buatan China" telah mencipta peluang baharu untuk pelincir SINOPEC menembusi pasaran antarabangsa. Sejak sepuluh tahun lalu, jumlah jualan pelincir luar negara SINOPEC meningkat daripada jualan tahunan awal sebanyak 14,000 tan pada tahun 2007 kepada 124,000 tan pada tahun 2017, serta turut mencapai pertumbuhan sebanyak lebih 20% selama empat tahun berturut-turut.

Pada masa kini, pembangunan pasaran pelincir luar negara SINOPEC melangkah ke tahap baharu. SINOPEC Lubricants Co., Ltd. akan meneruskan usaha-usahanya bagi menggalakkan peralihan daripada "perdagangan" kepada "pemasaran" dan mempercepatkan penggunaan sistem pengeluaran, logistik dan jualan pelincir demi pengantarabangsaan SINOPEC. Menurut En. Kou, SINOPEC kini berusaha menjadi syarikat tenaga dan bahan kimia transnasional yang berdaya saing di peringkat global manakala pelincir SINOPEC yang menduduki tempat keempat di dunia, akan menjadi bahagian penting dalam strategi pemasaran antarabangsanya. SINOPEC akan bergantung pada cawangan-cawangan luar negaranya yang mantap untuk terus meningkatkan rangkaian bekalan luar negaranya. Pewujudan outlet akan beralih secara beransur-ansur dari Asia ke Eropah serta Amerika dan akhirnya membentuk pasaran global untuk pengeluaran, logistik dan jualan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180530/2143750-1

Source: Sinopec Lubricant (Singapore) Pte. Ltd.
Keywords: