omniture

Menarini Ricerche bakal Bentang Reka Bentuk Kajian CD205-Shuttle, Percubaan MEN1309/OBT076 Pertama untuk Manusia, di Mesyuarat Tahunan ASCO 2018

Menarini Ricerche
2018-06-01 20:48 1795

POMEZIA, Itali, 1 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Menarini Ricerche (Menarini Group) akan hadir di Mesyuarat Agung ASCO 2018 bagi reka bentuk kajian CD205-Shuttle, kajian klinikal berbilang pusat yang pertama untuk manusia bagi menyelidik MEN1309/OBT076, konjugat ubat antibodi (ADC) yang dikaji untuk merawat tumor pepejal metastatik dan limfoma bukan Hodgkin (NHL).

MEN1309/OBT076 ialah antibodi monoklon IgG1 manusiawi sepenuhnya, yang dibangunkan bersama Oxford BioTherapeutics (OBT), dikonjugat pada toksin maytansinoid sitotoksik poten melalui penghubung yang boleh dibelah. ADC dihalakan ke arah glikoprotein transmembran jenis I CD205/Ly75, yang diekspresikan secara berlebihan dalam beberapa tumor pepejal dan NHL.

Poster "Kajian CD205-Shuttle: Percubaan MEN1309/OBT076pertama untuk manusia, ADC yang menyasarkan CD205 dalam tumor pepejal dan NHL" menumpu pada reka bentuk inovatif kajian peningkatan dos akan dibentangkan semasa sesi "Terapeutik Pembangunan-Farmakologi Klinikal dan Terapeutik Ujikaji" Nombor Abstrak TPS2606, pada 4 Jun 2018 antara jam 8:00 PAGI-11:30 PAGI di Pusat Konvensyen McCormick Place di Chicago, Illinois.

Kajian CD205-Shuttle masih berjalan di pusat-pusat onkologi Eropah utama di Itali, Sepanyol, Belgium dan UK. Kajian setakat ini menyelidik 5 tahap dos. Tahap dos keenam kini sedang dinilai.

Latar Belakang Menarini Group 

Menarini Group, yang beribu pejabat di Florence, berada di 136 negara seluruh dunia dan menggaji 17,000 kakitangan. Dengan perolehan mencecah 3.6 bilion Euro, hari ini Menarini merupakan syarikat ke-13 di Eropah daripada 5,345 syarikat dan syarikat ke-35 seluruh dunia daripada 21,587 syarikat (sumber: IQVIA). Menarini mempunyai 6 pusat Penyelidikan & Pembangunan manakala produk-produknya terdapat di segmen-segmen terapeutik paling penting termasuk kardiologi, gastroenterologi, pneumologi, penyakit berjangkit, diabetologi, keradangan dan analgesik. Produk-produk Menarini dikilangkan di 16 tapak pengeluaran Kumpulan, di Itali dan luar negara, yang mana lebih 583 juta pek dihasilkan dan diedarkan di lima benua setiap tahun. Melalui produk-produk farmaseutikal, Menarini menyumbang secara berterusan dan pada tahap piawaian berkualiti tertinggi demi kesihatan pesakit di seluruh dunia.

Menarini Group sentiasa berusaha mencapai dua objektif strategik: penyelidikan dan pengantarabangsaan, dan memiliki komitmen teguh terhadap penyelidikan dan pembangunan dalam bidang onkologi. Sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap onkologi, Menarini membangunkan empat ubatan onkologi baharu yang sedang dikaji. Dua daripadanya ialah biologik, iaitu antibodi anti-CD157 MEN 1112 dan biologik berkonjugat toksin, antibodi anti-CD205 MEN 1309. Di samping itu, baru-baru ini Menarini menambah dua molekul kecil ke dalam rancangan onkologinya, dwiperencat kinase PIM dan FLT3 MEN 1703 dan perencat PI3K MEN 1611, yang masih dalam peringkat pembangunan klinikal untuk merawat pelbagai tumor hematologi dan/atau tumor pepejal.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.menarini.com

Source: Menarini Ricerche
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries