omniture

GCL-SI Sekali Lagi Dipilih Pengeluar Modul Terbaik oleh DNV GL dan Terima Akreditasi Pusat Pengujian Produk PV daripada TUV Nord

Diiktiraf untuk Kualiti Pengeluaran dan Kecemerlangan Pengujian
GCL System
2018-06-01 21:11 2260

SHANGHAI, 1 Jun 2018 /PRNewswire/ -- GCL System Integration (SZ: 002506) (GCL-SI) terpilih sebagai pengeluar modul terbaik oleh DNV GL, sebuah syarikat jaminan kualiti dan pengurusan risiko bertaraf global, lantaran prestasi luar biasanya dalam pengilangan modul dan keandalan produk. Di samping itu, pusat pengujian produk PV GCL-SI memperoleh akreditasi daripada TUV Nord, mengesahkan sistem pengurusan kualiti termajunya dan teknologi pengujian yang cemerlang. Pengiktirafan-pengiktirafan ini adalah susulan daripada penerimaan sijil produk PVEL oleh GCL-SI dan kemenangan pengiktirafan sebagai pengeluar modul terbaik daripada DNV GL pada tahun 2017.

GCL-SI terima anugerah daripada DNV GL
GCL-SI terima anugerah daripada DNV GL

 

GCL-SI diakreditasi oleh TUV Nord
GCL-SI diakreditasi oleh TUV Nord

Pengerusi GCL-SI Shu Hua berkata: "GCL-SI berbesar hati atas penerimaan anugerah Pengeluar Terbaik daripada DNV GL dan kejayaan pusat pengujian produk kami dalam menerima akreditasi oleh TUV Nord. Sebagai sebuah syarikat, kami komited untuk menyediakan pelanggan dengan produk tenaga solar berkualiti tinggi dan berkeandalan tinggi. Kami akan terus mengutamakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) termaju, selain kawalan kualiti produk yang ketat sebagai sebahagian daripada misi kami untuk menyediakan tenaga mesra alam kepada kehidupan lebih ramai orang."

Meliputi kawasan seluas 3,000m2, Pusat Pengujian Fotovolta GCL-SI ("Pusat") ditubuhkan pada Februari 2016 di Zhangjiagang, tapak pengeluaran modul bersepadu terbesar GCL-SI. Mengandungi lebih 30 komponen besar peralatan pengujian, lebih 20 alat pengukuran ketepatan pegang tangan dan 50 peranti pengujian kecil, Pusat ini mampu mengurus turutan ujian yang ditentukan dalam piawaian major industri fotovolta seperti IEC 61215 baharu, IEC 61730 dan UL 1703.

Makmal pengujian fotovolta berakreditasi CNAS, Pusat ini mempunyai sejumlah 55 item pengujian yang diluluskan, menjadikannya pusat ujian paling komprehensif antara makmal-makmal syarikat PV, dengan piawaian paling komprehensif. Makmal-makmal GCL-SI akan berupaya menjalankan ujian pensijilan produk fotovolta IEC sendiri, yang akan meningkatkan kecekapan pengujian sekaligus mengurangkan kos dan memendekkan kitar pensijilan.

R&D produk yang amat cekap yang terus diusahakan oleh GCL-SI mewujudkan ekologi produk melibatkan kecekapan optimum dan teknologi komprehensif. Ia membantu mewujudkan portfolio produk mono dan berbilang yang dapat meningkatkan bahagian pasaran syarikat dengan cekap.

Kini, GCL-SI mempunyai kapasiti pengilangan modul 6GW dan telah mengumumkan 4 produk siri mono dan berbilang 300W+ baharu yang ultra cekap. Antaranya, modul polihabluran MBB siri kaca tunggal mempunyai kuasa pengeluaran besar-besaran sebanyak 305W yang merupakan modul polihabluran biasa yang paling cekap di dunia. Kuasa modul monohabluran juga mencecah 315W, iaitu 10W lebih tinggi berbanding projek-projek Aplikasi Front-Runner.

Latar Belakang GCL-SI

GCL System Integration Technology Co., Ltd. (SZ: 002506) (GCL-SI) merupakan sebahagian daripada GOLDEN CONCORD Group (GCL). GCL-SI menyediakan sistem sehenti tenaga bersepadu dan termaju serta komited untuk menjadi syarikat tenaga solar yang terkemuka di dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180531/2147774-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180531/2147774-1-b

Source: GCL System
Related Stocks:
Shenzhen:002506
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards