omniture

SWAFF: Piala Dunia FIFA 2018 Petanda Detik Perubahan Untuk Negara-negara Pra-Baru Muncul Bola Sepak

South West Asian Football Federation
2018-06-01 22:45 1833

JEDDAH, Arab Saudi, 1 Jun 2018 /PRNewswire/ --

  • Lampu Hijau untuk Rantau SWAFF Baharu Bagi Bantu Lebih Banyak Negara Layak Untuk Acara Piala Dunia Bola Sepak. 
  • 13 anggota pengasas termasuk India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Arab Saudi, Bahrain dan UAE 
  • Inisiatif SWAFF menandakan 'pencapaian penting' dalam pembangunan negara-negara bola sepak sempadan.
  • "Kami ingin melihat lebih banyak negara dari rantau ini diwakili dalam acara-acara sukan bola sepak antarabangsa utama termasuk Piala Dunia dan menonjol dalam bola sepak dunia." Presiden & Pengerusi Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi, Dr Adel Ezzat.

Perancangan sedang dijalankan untuk memajukan sukan bola sepak di negara-negara yang sedang mencipta kemajuan dalam bidang ini, sukan permainan yang paling popular di dunia. Potensi sukan, komuniti dan komersial sukan permainan ini kini dibangunkan di Asia Selatan dan Asia Barat.

generated by system

Presiden-presiden persekutuan-persekutuan bola sepak di Asia Selatan dan Asia Barat bertemu di Jeddah pada hari Khamis bersama pegawai kanan FIFA yang hadir sebagai pemerhati bagi memulakan proses rasmi penubuhan badan baharu untuk sukan bola sepak yang dikenali sebagai Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan Barat (SWAFF).

Negara-negara yang diwakili dalam mesyuarat ini termasuk Pakistan, Sri Lanka, India, Nepal, Bangladesh, Arab Saudi, Bahrain, Maldives, Yaman, Oman, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu.

Organisasi baharu ini direka untuk meningkatkan kualiti bola sepak orang ramai pada semua peringkat umur, jantina dan tahap kebolehan di rantau ini, yang melibatkan beberapa negara bola sepak sempadan terbesar di dunia seperti India, Bangladesh dan Pakistan serta menonjolkan tahap evolusi seterusnya bagi bola sepak dunia.

"Negara-negara Asia Selatan dan Asia Barat ingin bekerjasama antara satu sama lain bagi mengembangkan sukan bola sepak di rantau ini dan untuk bersaing dalam suasana yang lebih saksama menerusi pertandingan Piala Dunia dan perlawanan antarabangsa di masa depan," kata Dr Adel Ezzat, Presiden dan Pengerusi Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi selepas mesyuarat berkenaan.

Arab Saudi komited untuk membantu mengembangkan dan menyediakan sumber kepada sukan bola sepak di rantau baharu ini, kata Dr. Ezzat.

Pertemuan bersejarah itu menandakan permulaan era baharu untuk membina daya saing dan kapasiti sukan bola sepak di negara-negara berorientasi sukan di Asia Selatan dan Asia Barat.

"Inisiatif SWAFF ialah satu pencapaian penting dalam pembangunan sukan bola sepak di Pakistan dan negara-negara lain. Tidak syak lagi ini merupakan satu perkembangan baharu sukan bola sepak…," kata Makhdoom Faisal Hayat, presiden Persekutuan Bola Sepak Pakistan.

Arab Saudi ialah satu-satunya negara di rantau ini yang berjaya mara ke Peringkat Akhir Piala Dunia FIFA 2018 dan dijadual menentang Rusia dalam permainan pembukaan acara perlawanan sukan bola sepak dunia itu.

"Kami ingin melihat rantau ini menonjol dalam bola sepak dunia," kata Dr Ezzat.

Badan baharu ini merancang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi, kerajaan, persekutuan dan pihak-pihak lain yang berminat di rantau ini untuk menubuhkan kemudahan, akademi dan pertandingan bola sepak baharu yang akan dibangunkan secara harmoni dan menerusi kolaborasi dengan FIFA, AFC dan Persekutuan Bola Sepak di Asia Selatan dan Asia Barat, serta dalam struktur, jadual dan komitmen bola sepak sedia ada.

"Ketika kami menyebutkan tentang tadbir urus, FIFA benar-benar menyokong dan menggalakkan inisiatif berkenaan, Gianni (Presiden Fifa Gianni Infantino), sendiri turut mengalu-alukan inisiatif berkenaan," kata Abdulla Aljunaibi, naib presiden persekutuan bola sepak UAE.

Dana-dana daripada acara bola sepak baharu dan program-program komersial akan dilaburkan semula dalam pembangunan bola sepak bagi membantu mewujudkan sektor bola sepak baharu dan budaya dalam kalangan negara-negara anggota yang mampu diri dan telus sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai SWAFF sila layari http://www.SWAFF.org 

Sila ambil maklum: Video dan bahan fotografi berkaitan SWAFF dan mesyuarat pembentukan tersebut boleh diakses melalui Thomson Reuters, AP dan Getty seperti biasa. Sila lihat https://vimeo.com/272835410

VNR:

Senarai Shot:

  1. 0.0" - 0.52" Mesyuarat persekutuan-persekutuan bola sepak negara G/vs
  2. 0.52" - 1.36" Kami menyaksikan Dr Adel Ezzat, Presiden Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi yang mempengerusikan mesyuarat
  3. 1.36" - 1.43" Logo Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan Barat
  4. 1.43" - 1.53" Suntingan selitan jurugambar
  5. 1.53" - 2.37" 'Foto pasukan' perwakilan apabila mereka mengangkat bola sepak SWAFF
  6. 2.37" - 2.50" Wakil FIFA Nodar Akhalkatsi
  7. 2.50" - 3.37" SOUNDBITE Dr Adel Ezzat, Presiden Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi
  8. 3.37" - 4.22" SOUNDBITE Makhdoom Falsal Hayat, Presiden Persekutuan Bola Sepak Pakistan
  9. 4.22" - 4.45" SOUNDBITE Subrata Dutta, Pengerusi Persekutuan Bola Sepak India
  10. 4.45" - 5.17" SOUNDBITE Abdulla Al Junaibi, Naib Presiden Persekutuan Bola Sepak UAE
  11. 5.17" - 5.19" SOUNDBITE - Soalan penemubual
  12. 5.19" - 5.32" SOUNDBITE Bassam Adeel Jaleel, Presiden Persatuan Bola Sepak  Maldives
Source: South West Asian Football Federation
Related Links:
Keywords: Sporting Events Sports