omniture

Serlahkan Bintang Sokongan Hollywood: IMDb teroka warisan layar perak pemetik api Zippo melalui lensa industri

ZIPPO
2018-06-04 08:00 897

LONDON, 4 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Dalam satu video baharu yang disiarkan eksklusif bersama IMDb, Pakar Prop Hollywood Russell Bobbitt yang tersohor mempersembahkan keajaiban pembikinan filem, menonjolkan proses kreatif dalam penerbitan filem dan mendokumentasikan legasi seluloid Zippo.

generated by system

Selama lebih 30 tahun, Ketua Pakar Prop Marvel Entertainment, Russell Bobbitt telah bekerja di belakang tabir bersama-sama para penyokong setia industri. Dengan portfolio sebanyak lebih 50 filem termasuk filem pecah panggung seperti The Good Shepherd dan Planet of the Apes, Russell bertanggungjawab memperoleh, mereka bentuk dan menghasilkan objek-objek yang digunakan oleh pelakon-pelakon terkenal Hollywood.

Dalam video Walk of Flame, Bobbitt membawa peminat filem ke belakang tabir untuk melihat bilik simpanan prop LA utama yang mempunyai lebih 1,000,000 prop yang tersenarai. Ketika beliau meninjau ruang tersebut, Russell meneroka alat-alat bercerita penting yang dapat meneruskan plot serta memperlihatkan bagaimana pemetik api Zippo yang sederhana menjadi prop yang boleh diharapkan menerusi lebih 2,000 penampilan filem yang menggunakannya, https://www.imdb.com/list/ls053181649/videoplayer/vi3651975961

Ketika membincangkan mengenai peranan beliau, Bobbitt mengulas: "Prop adalah satu cara untuk mencipta penghayatan dan meluahkan jiwa watak. Tiada apa yang tidak disengajakan, setiap item yang disediakan dalam set penggambaran seharusnya dapat meningkatkan pemahaman penonton tentang kisah tersebut. Peranan saya memerlukan mata yang tajam untuk melihat butiran, semua yang disentuh oleh pelakon dalam sesebuah filem telah dirancang dengan teliti."

"Apabila watak-watak memerlukan prop yang andal, salah satu yang menjadi pergantungan saya ialah pemetik api kalis angin Zippo, meskipun saiznya kecil, ia dapat memberi impak yang besar dan mampu serasi serta merta dengan penonton."  

Bobbitt sendiri membantu jenama Amerika ikonik itu menyalakan filem pecah panggung, menampilkan pemetik api kalis angin seperti dalam Charlie's Angels (2000) dan Hocus Pocus (1993). Sama ada dalam pusingan jalan cerita yang padat dengan suspens, percikan untuk mencetuskan letupan, cahaya untuk menerangi laluan yang berbahaya atau sebagai cara untuk melepaskan diri daripada situasi yang sukar, anda sering mendengar bunyi 'klik Zippo' yang tidak dapat disangkalkan lagi dalam beberapa filem terkenal Bobbitt.

Video tersebut merupakan sebahagian daripada kempen Walk of Flame lebih besar yang memberi peluang pertama kepada pemetik api yang dipercayai itu untuk ditonjolkan sebagai tumpuan utama. Bagi memperingati peranan Zippo dalam filem, jenama berkenaan melancarkan rangkaian pemetik api penghormatan untuk filem, diilhamkan oleh beberapa reka bentuk paling terkenal yang ditampilkan di layar perak.

Source: ZIPPO
Keywords: Entertainment