omniture

SF Express Di Kedudukan Ke-4 di kalangan Penyedia Perkhidmatan Logistik Global dalam 100 Jenama Terbaik Paling Bernilai Global 2018

SF Express
2018-06-04 10:09 1185

SHENZHEN, China, 4 Jun 2018 /PRNewswire/ -- Satu laporan menunjukkan bahawa SF Express ("SF") (SZSE: 002352)  memasuki kedudukan 100 jenama terbaik paling bernilai dunia. Berada di kedudukan #90 di kalangan 100 jenama terbaik global, SF merupakan satu-satunya penyedia perkhidmatan logistik dari China, dan berada di tempat ke-4 di kalangan rakan sejawat industri globalnya.

Laporan Top 100 Most Valuable Global Brands 2018 (100 Jenama Terbaik Paling Bernilai Global 2018) BrandZ telah diterbitkan oleh WPP dan Kantar Millward Brown di London pada 29 Mei 2018, dengan 14 jenama Cina diberikan kedudukan dalam senarai tersebut. Penarafan ini adalah berdasarkan temubual dengan lebih daripada tiga juta pengguna di seluruh dunia dan analisis prestasi kewangan dan perniagaan setiap syarikat (menggunakan data daripada Bloomberg dan Kantar Worldpanel).

SF ialah penyedia penyelesaian logistik yang menyeluruh yang terkenal di China. Di sepanjang 25 tahun yang lalu, SF telah memanfaatkan rangkaian udara (SF Airlines), rangkaian pengangkutan darat (trak + keretapi berkelajuan tinggi), dan rangkaian data besarnya, untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran yang paling boleh dipercayai, andal, mudah dan cepat kepada pelanggannya. Hasil pembangunannya yang kukuh dan pantas, SF telah menubuhkan cawangan-cawangan operasi kendiri di Rusia, AS, Korea Selatan, Jepun, Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam, Australia, UK, Perancis, dan Jerman dengan rangkaian perkhidmatan yang luas meliputi lebih daripada 200 negara di seluruh dunia.

Dengan perkembangan pesat ekonomi Cina pada tahun-tahun kebelakangan ini, para pengguna dan pedagang lebih bergantung kepada perkhidmatan logistik dan ekspres berbanding sebelum ini. Dalam tahun 2017, SF mengendalikan sejumlah 3.05 bilion penghantaran, peningkatan 18% berbanding tahun 2016. Kesemua penghantaran ini diedarkan ke pintu pelanggan melalui trak, keretapi berkelajuan tinggi dan kapal terbang dalam rangkaian SF.

Sebagai peneraju penyedia penyelesaian logistik, SF berusaha untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada pedagang dan pengguna di rumah dan luar negara. Untuk menangani perniagaan e-dagang merentas sempadan yang sedang pesat, SF telah menubuhkan gudang-gudang luar negara secara proaktif dan melancarkan Penghantaran Diperakui Antarabangsa SF untuk membantu pedagang dan pengguna memastikan pengangkutan yang lancar & integriti barangan. Pada masa yang sama, SF juga membina lapangan terbangnya sendiri di Hubei China untuk menyumbang kepada "Inisiatif Jalur dan Jalan" dan meningkatkan pembangunan logistik di China.

Source: SF Express
Related Stocks:
Shenzhen:002352
Keywords: Electronic Commerce Transportation Awards Survey, Polls & Research