omniture

Inspirasi Gin: Resipi Ini Akan Buatkan Anda Teruja pada Hari Gin Sedunia

Tanqueray
2018-06-04 16:00 955

LONDON, 4 Jun 2018 /PRNewswire/ --

Sentuhan savuri? Alkohol lebih rendah? Gin berperisa? Pakar gin dan pakar pengadun elit Tristan Stephenson berganding bahu bersama Tanqueray bagi meneroka apa yang harus anda tuangkan ke atas ais pada 9 Jun ini   

Dengan Hari Gin Sedunia yang bakal menjelang tidak lama lagi, peminat gin di seluruh dunia akan meneroka cara baharu dan menarik untuk menikmati minuman beralkohol dunia yang klasik ini. Bagi meraikan acara ini, pakar gin dan pelayan bar terkemuka, Tristan Stephenson, meneroka tiga trend gin paling menarik masa kini iaitu koktel gin rendah alkohol, gin berperisa dan koktel gin dengan sentuhan savuri.

generated by system

generated by system

Tristan, pengarang buku bersiri The Curious Bartender dan pemilik bar koktel bertema Victoria ikonik, The Worship Street Whistling Shop, berkata: "Dunia sentiasa berubah-ubah dengan trend baharu muncul setiap masa. Gin ialah minuman beralkohol yang menarik dan versatil, sentiasa terdapat cara yang baharu dan menarik bagi menikmatinya. Terdapat begitu banyak ujikaji yang dilakukan dan bergantung pada (g)individu bagi menentukan cara paling menarik untuk dinikmati!"

Tristan dirakam ketika menghasilkan tiga koktel eksklusif yang menumpu pada trend-trend baru muncul ini menggunakan Tanqueray kegemaran[1] pelayan bar sebagai minuman beralkohol pilihan, tepat pada masanya sempena Hari Gin Sedunia pada 9 Jun. Resipi-resipi ini adalah cepat dan mudah dan boleh dihasilkan di rumah. Anda boleh menyaksikan beliau dengan mengklik di sini: http://bit.ly/TanquerayWorldGinDay

Tiga trend utama Tristan  

1. Koktel gin rendah alkohol

"Orang ramai mempunyai misi untuk minum lebih baik dan bukannya lebih banyak dan di bar milik saya, saya dapat menyaksikan peningkatan permintaan terhadap koktel lebih rendah kandungan alkohol," kata Tristan.

"Oleh yang demikian, sama ada untuk dinikmati sebagai sarapan pagi lewat yang santai atau anda ingin menghasilkan minuman selepas makan malam klasik, hidangan gin rendah ABV ini, Queen Bee, dengan rasa lemon pedas dan unsur asas madu, adalah koktel sempurna untuk dinikmati bersama rakan-rakan."

2. Gin berperisa

Tristan berkata, "Terdapat peningkatan sebenar gin berperisa sejak beberapa tahun kebelakangan ini tatkala orang ramai mencuba dan mencari kombinasi rasa baharu."

"Gin berperisa baharu yang hebat yang saya gemar mencubanya ialah Tanqueray Flor de Sevilla. Ia merupakan gin yang mana rasa utama jintan diimbangi dengan rasa sitrus oren Seville, yang hebat sekali digunakan untuk sentuhan dalam resipi gin klasik. Sekiranya anda tercari-cari koktel gin yang seimbang dengan sempurna yang amat sesuai untuk musim panas, cubalah resipi Gin and Juice saya."

3. Koktel gin dengan sentuhan savuri

"Saya banyak mengembara dalam pekerjaan saya dan salah satu perkara yang semakin banyak dapat dilihat di seluruh dunia ialah cef dan pelayan bar semakin bekerjasama dengan lebih erat, sama ada melibatkan perkongsian bahan-bahan mahupun teknik. Hasilnya membawa kepada peningkatan koktel gaya savuri yang semakin muncul dalam menu minuman di seluruh dunia," kata Tristan.

"Cara yang mudah untuk memberikan koktel gin anda dengan sentuhan savuri adalah menggunakan herba sebagai hiasan. Salah satu herba kegemaran saya ialah taragon yang amat serasi dengan sentuhan saya untuk G & T - Tanqueray Cooler."

Resipi Tristan sempena Hari Gin Sedunia 

Koktel gin rendah alkohol - Queen Bee    

25ml Tanqueray London Dry 

10ml Air madu 

15ml Jus lemon segar 

Tambahkan Air Soda

Hiaskan dengan daun taim segar

Barang kaca: gelas kaca tinggi 

Kaedah:  

Penuhkan gelas kaca tinggi dengan kuib ais. 

Tuangkan Tanqueray London Dry, jus lemon serta air madu dan kacau. 

Tambahkan lebih banyak ais di gelas kaca tinggi. 

Tambahkan setangkai taim segar ke dalam gelas dan kemudian tambahkan air soda dan kacau koktel sekali lagi sebelum dihidangkan. 

(8g alkohol setiap hidangan)

Koktel gin berperisa - Gin & Juice  

50ml Tanqueray Flor De Sevilla 

35ml Jus limau gedang merah jambu

25ml Teh sarapan sejuk

15ml Sirap gula 

Hiaskan dengan parutan kulit oren

Barang kaca: gelas Nick and Nora atau gelas coupe

Kaedah:  

Goncangkan bersama-sama Tanqueray Flor De Sevilla, jus limau gedang, teh sejuk dan sirap gula. 

Perahkan parutan kulit oren ke atas koktel dan akhirnya tuangkan ke dalam gelas dan hidangkan. 

(16g alkohol setiap hidangan)

Koktel gin dengan sentuhan savuri Gin - Tanqueray Cooler  

35ml Tanqueray No. Ten 

35ml Vermouth putih 

Air tonik timun

Setangkai Taragon 

Barang kaca: gelas Copa 

Kaedah:  

Penuhkan gelas copa dengan ais. 

Tambahkan Tanqueray No. Ten dan vermouth. 

Tambahkan air tonik timun. 

Hiaskan dengan beberapa tangkai taragon segar dan kacau. 

Tambahkan dengan lebih banyak ais dan hidangkan. 

(18g alkohol setiap hidangan)

[1] Bartenders' Choice – Drinks International Brands Report (2018) (Laporan Jenama-jenama Antarabangsa Minuman (2018))

Source: Tanqueray
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Trade show news Future Events