omniture

KT Group Bawa Harapan Baharu kepada Masyarakat Filipina

KT Corp.
2018-06-05 07:56 1341

  • Enam Rakan Sekutu KT Bantu Bina Semula Sekolah di Filipina Musnah akibat Kebakaran
  • Platform CSV KT Bermatlamat Jadikan Dunia Lebih Baik dengan Teknologi ICT

SEOUL, Korea Selatan, 5 Jun 2018 /PRNewswire/ -- KT Corp. (KRX: 030200; NYSE: KT) hari ini berkata bahawa enam subsidiarinya bersama-sama membina sebuah bilik darjah media dan infrastruktur ICT untuk sebuah sekolah rendah di Dulag, bandar pesisir yang terletak berhampiran Bandar Raya Tacloban di Filipina tengah.

Syarikat telekomunikasi terbesar Korea itu berkata bahawa syarikat-syarikat yang mengambil bahagian -- BC Card, KT Skylife, KT Estate, KT Sat, KTDS dan KT Hope Sharing Foundation -- membina semula bilik darjah media di San Jose Central School dalam satu projek sepanjang minggu bermula pada 28 Mei.

Bilik darjah tersebut musnah dalam kebakaran yang memusnahkan kesemua 13 buah bangunan San Jose Central School pada Oktober lalu. Sekolah mempunyai 782 orang murid dalam 20 kelas bermula daripada tadika kepada darjah enam serta telah menghadapi saat-saat yang amat sukar untuk mengekalkan operasi harian sejak kebakaran berkenaan, yang dipercayai berpunca daripada litar pintas dalam bilik darjah komputer.  

Bandar pesisir Dulag, lokasi sekolah tersebut, adalah kira-kira 32 kilometer dari Tacloban, ibu kota wilayah Leyte. Korea Selatan menghantar pasukan tentera untuk membantu kerja-kerja pembinaan semula selepas kawasan tersebut musnah akibat Taufan Super Haiyan pada November 2013.

BC Card menghantar "Red Food Trucks" ("Trak Makanan Merah") untuk menyediakan bekalan makanan kepada pasukan tentera Korea. Pasukan tentera tersebut pulang ke Korea pada tahun 2014 setelah menyelesaikan misi sepanjang tahunnya, namun syarikat berkenaan terus menyediakan makanan percuma dan pendidikan pemakanan kepada penduduk tempatan.

Subsidiari-subsidiari KT turut menyumbang kebolehan dan kepakaran masing-masing untuk membina bilik darjah media baharu dan memasang teknologi ICT terkini untuk murid-murid dan komuniti mereka.

KTDS mengadakan kelas komputer dan sesi pengalaman realiti maya; KT Estate menambah baik persekitaran bilik darjah melalui pemodelan semula luaran dan lukisan mural; KT Skylife menyumbang set TV UHD dan kandungan siaran untuk kanak-kanak bagi menyokong pendidikan audiovisual; KT Sat memasang kotak atas set dengan kerjasama Cignal TV, penyiar satelit terkemuka di Filipina, untuk siaran satelit kandungan pendidikan; manakala BC Card menyajikan makanan panas kepada penduduk daripada trak makanan merahnya.

Untuk mendapatkan foto dan maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang berbahasa Inggeris kami: https://corp.kt.com/eng/

PERHUBUNGAN MEDIA

Untuk pertanyaan, sila hubungi Pasukan Perhubungan Media Asing kami di kt.fmrt@gmail.com

SIM Sung-Tae

Pengurus Pasukan

+82(10)4489-0113

st.sim@kt.com

LEE Ji-Young

Pengurus Kanan

+82(10)4551-7035

chloe.jiyoung.lee@kt.com

KANG Da-Som

Pengurus

+82(10)9777-2984

dasom.kang@kt.com

Source: KT Corp.
Keywords: Education Telecommunications